Thursday, December 5, 2013

lukachikito?




Wednesday, December 4, 2013

inilah hidup

pernah kau rasa dibuang? akulah contoh terbaik. berkali-kali dibuang, tapi aku tetap berdiri teguh. (hurm taklah teguh sangat) sakitkan. rasanya bagaikan hati mu tercarik tak tercantum lagi.

inilah hidup.

"manusia berubah" acap kali ku dengar. yeah, orang bergerak maju kehadapan, sedangkan aku masih berliur-liur bermimpi akan kisah dongeng (abadi).

aku begini orangnya :

apabila aku sayang, aku akan berharap masa itu terhenti. walhal tidak. masa itu berjalan, dan meninggalkan aku yang terhenti sendiri.
akhirnya, apabila semua orang sudah menjalani proses perubahan.
aku?
masih disitu, melihat dengan linangan airmata. tertanya-tanya sendiri, mengapa, dan bodohnya, menyalahkan diri.
itulah aku.

rasa dibuang, tidak sama dengan rasa membuang.

dibuang, ragamu hancur tak tercantum.
jiwa mu rapuh.
semangat mu runtuh.

membuang? entah. aku tidak tahu. sebab aku jarang membuang. kecuali sampah.

inilah hidup.
penuh kejutan. sekelip mata semuanya berubah.

hanya persepsi ku barangkali.