Monday, November 25, 2013

senyumlah walaupun hati mu paling tersakiti

sesakit apa pun yang terasa dihati ini,
ku cuba untuk senyum, agar kau tahu, aku baik-baik sahaja,
sesakit apa pun batin ku terasa,
ku cuba senyum, agar kau tahu, aku tidak merasa kehilangan.
tidak payah kau asingkan,
kerana pada awalnya, aku bukan untuk mu,
kau bukan untuk ku,
cuma pada awalnya,
aku menyimpan perasaan..
jauh dilubuk hati,
ada sekelumit harapan,
kau untuk ku,
aku untuk mu..
terasa dingin hari ini,
rasa sepi hari ini,
maka aku tersenyum walaupun hati ini yang paling tersakiti..

:D

Saturday, November 23, 2013

alahai nurfatin~

dear blog ku yang kadang-kadang jak aku tulis sesuatu.

sorry ar.. busy betul aku sekarang nie... byk betul kerja n tanggunjwab jadi student degree. huhuhu blog makin lama, aku makin lain owh. entah, dulu aku nie bukan pandai buat lawak. sekarang aku berhambur.. dalam interview pun aku tidak serius.. dalam presentation pun aku main2.. kawan aku komen la.. huhu punyalah aku rasa mcm bersalah sangat2..

apalah aku nie. kadang-kadang aku sedar jugak tu yang aku nie jenis yang suka main2.. tpi aku tak boleh help it!! makin mcm kanak2 owh. T.T aku tidak mau jugak tu mcm g tu.. aku mau jadi matang hba.. huhuhu apalah aku nie.. tidak boleh fokus.

aku suka seseorang. tapi aku tau.. seseorang itu adalah mustahil.. jadi diam2 jak la suka org.. akumau jadi lady bha.. bukan budak2.. arghh arghhh adam asalah dalam identiti bha aku nie..

benci.. malasnya aku... fatin.. fatin.. fatin.. fatin.. fatin.. apalah kau nie.. huhuhuhuhuhuh

Monday, November 4, 2013

suatu hari nanti pasti!

Salam~

heyy apa kabar? aku sihat2 jak.. :D

bukan senang hendak sembunyi apa yang ada dalam hati. kadang-kadang semakin disembunyi, semakin juga kelihatan. =_=''

suatu hari nanti pasti juga dia tahu apa yang dalam hati ku, dan saat itu, semuanya sudah terlambat. kadang-kadang apa yang kita rasa dalam hati, patut didiamkan sahaja.. sebab itu lebih baik untuk semua.

suatu hari nanti pasti dia akan bertemu pasangannya. dan saat itu, aku harap dia akan bahagia. dengan melihat dia bahagia.. aku juga bahagia..

suatu hari nanti pasti aku akan bertemu pasangan ku, dan saat itu, aku harap aku juga akan bahagia dengan kehidupan ku. semoga, segala awan pilu hilang dari pandangan.

suatu hari nanti pasti cerita ini akan terkenang, bagaimana perasaan itu boleh ada terhadap dia. dan saat itu, aku dan dia sudah bahagia dengan cerita hidup masing-masing.

dan suatu hari nanti, apabila aku sudah berhenti menyayanginya, saat itu, aku berdoa agar ada insan lain yang menyayanginya lebih dari aku.

suatu hari nanti.. pasti.