Monday, October 28, 2013

sekali lagi? berkali-kali

dear blog..

who will care if I cry? who will care if I have no mood? who will care? coz i dont deserve it. :)

hatiku kala ini retak seretak retaknya.
tak bergaris, tapi terbelah.
terhempaskan seolah-olah tiada pedihnya.
kau pendamkan segalanya dihati.
sungguh bersahaja ayatnya,
sungguh bersahaja jiwanya,
tapi aku terhancurkan terderai hati.
ingin nangis.
tapi aku tahu tak akan ada yang peduli.
ingin tengelamkan emosi,
siapa kesah?
apa-apa sahajalah.
persetan.
jangan kau pandang aku.
aku seramkan kau melihat ku.
diam kamu!
bodoh kamu!

Tuesday, October 22, 2013

sekali lagi? berkali-kali

Dear blog..

sudikah kau mendengar keluh kesah ku? tak akan kah kau tinggalkan aku? resah tak bertepi. sepi sendiri. mungkin ditakdir sendiri. mungkin di takdir tak berteman. :D sabarlah hati.. jiwa mu kacau tak tersanggupkan. - ikutka hati. semua salah. aku saja yang betul. tapi biarlah. sekarang aku mau ikutkan hati. saat ini, hati aku yang terluka. bukan kalian.

ingin saja aku pecahkan segalanya, terbalikkan meja, agar semua tahu, marah ku, rajuk ku. tapi siapa aku? siapa aku yang ingin diperhatikan. dilihat juga tak sudi, didengar juga tak layak. 

siapa yang sudi? jiwa keromok begini.. hati yang kacau begini.. bukan aku ingin. bukan aku mau. kalau hati jiwa ada dijual dipasar, biarlah aku beli satu. tukar.. sudah lama aku tukarr..

bersambung..

Tuesday, October 8, 2013

cukup sudah buat kita

Salam.

khabar mu seperti apa?

cukup sudah buat kita yang tak henti dilanggar dengan kata-kata nisata. perlu ada penegasan agar tidak dibuli dengan ayat2 tahi. sekali lagi, perlu tegas!

buli bukan bererti dihayunkan tangan, dihayunkan kayu, dilemparkan kerusi, dilemparkan kasut kearah kita. buli banyak cabangnya. hati mu disakiti berulang kali dengan niat juga buli. kau sengaja dipersenda juga buli. dipanggil dengan nama binatang juga buli. itu semua buli. sebab kita tak rela.

cukup sudah buat kita yang pernah merasa erti dibuli. cukup sudah kita yang selalu merasakan sakitnya hati disamakan dengan binatang. emak kandungkan kita bukan untuk kau samakan dengan binatang. kerana taraf manusia itu jauh lebih tinggi dari binatang. kau faham maksud ku? dengarkan aku? :)\

tak perlu kau telempiaskan segala dendam dihati mu kerana emak mu tidak memeluk mu. tak perlu kau telempiaskan segala maki hamun mu kepada kami, kerana bapa mu sering menjadikan kau bola sepak. jangan kau telempiaskan segala marah mu pada kami, kerana kau tidak bahagia dirumah.

kau hero diluar. tapi kau zero di rumah.

dengarkan?

sebelum kau angkat tangan lagi. fikir bagus-bagus. cukup sudah buat kita.

masa untuk TEGAS

Sunday, October 6, 2013

Hilang satu persatu

assalamualaikum.

ada ka jugak orang view blog aku nie? huhuhu entahlah.. kalau ada baguslah, dan terima kasih sebab sudi baca. kalau tak ada.. anggap saja aku sedang syok sendiri.

semakin hari, semakin banyak yang hilang. hilang tak berganti. dan ada yang hilang mungkin berganti. tak pasti! *garu kepala.

apabila sesuatu itu aku rasa aku punya. aku pasti dan yakin. perlahan-lahan ia akan hilang. meninggalkan atau ditinggalkan. atau dirampas. sekali lagi. aku tak pasti. *garu kepala

dulu, aku duduk disitu. ketawa disitu. sekarang? sepi. *garu kepala lagi.

mana silapnya? aku termenung sekejap. owhh mungkin ada revolusi. owhh mungkin ada perubahan sekeliling. *cuba menyedapkan hati

tapi aku pun manusia. rasa sakit. rasa sedih. rasa kosong. itu tidak lari. malah singgah dan bermalam hingga berhari2 di hati ini.

aku mahu menangis. tapi macam pengecut pula. aku mahu marah. tapi aku tak layak. sebab dari azali. aku tidak pernah memiliki apa-apa. itu semua milik ALLAH.

harus ada rasa kehambaan dalam diri ini. kerdil. itu aku. aku perlu bergantung padaNYA. berusaha selagi aku boleh. bahagia selagi aku mampu. syukur alhamdulillah aku masih hidup. kalau dibandingkan orang lain yang kurang bernasib baik, aku dikira beruntung. sebab aku masih hidup. masih diberi peluang untuk bernafas dan bertaubat. kan akhirat itu yang dikejar.

itu adalah bonus kalau aku dapat kawan-kawan yang baik, seorang suami (mungkin), anak-anak (mungkin) ketika aku menjalani tempat persinggahan ini.

mungkin aku tak cukp bagus lagi sebagi hambaNYA. Tidak mengapa. kerana aku tengah berusaha. kawan-kawan bantulah doakan aku. semoga aku tidak lemas. semoga aku tidak sesat. semoga aku tidak putus asa dengan himpitan yang semakin hari ku rasakan membuat diri ku hancur.

ambillah apa yang aku punya. semoga kalian turut merasakan apa yang pernah aku rasakan dulu. semoga kalian faham perasaan ku. semoga kalian merasakan kebahagiaan ku dulu.

hilanglah~

:)

Wednesday, October 2, 2013

bodoh atau pandai? atau rajin atau malas?

salam... lama aku tak update apa2 d belog ini. sejak aku masuk degree aku memang sibuk. kenak-kenak lagi, aku memang kurang idea yang mau di share dalam belog ini.

aku ada baca status kawan aku dalam fb.. aku kenal dari dari tingkatan 1 lagi. Dia post pasal

 "saya tidak percaya dengan konsep bodoh atau pandai. saya hanya percaya dengan konsep kerajinan dan kemalasan."

aku sokong 100% dengan status dia.. aku mau 'like' beribu2 kali.. tapi tak dapat.. heheh cuma sekali jak boleh like.

mungkin dalam teori lain ataupun konsep lain, ada sesetengah orang yang dilahirkan dengan otak yang bijak tahap gaban, mungkin individu itu dapat fokus dengan lebih lama berbanding dengan orang lain. walaubagaimana pun, tiada sesiapa di dunia nie yang dilahirkan bodoh. ataupun dilahirkan untuk jadi bodoh. semua orang sama.. cuma yang membezakan kita hanyalah usaha. rajin atau malas, itu terpulang dengan individu.

setiap individu ada cara masing-masing untuk menerima, kerana manusia itu unik. ada yang menerima dengan cepat, ibarantya jaringan internetnya laju. dan ada yang harus di reload banyak kali, sebab jaringan internet nya lambat. tapi hasilnya tetap sama.

sebagai contohnya, tak payah la pergi jauh, aku ambil diri aku sebagai contoh. aku adalah orang yang cepat masuk dalam kepala otak tapi cepat jugak lupa. aku tak boleh belajar 'last-last minute' komfem! satu haram pun tak lekat dlm kepala otak. oleh itu, aku belajar dari awal.. 'play safe' so that aku boleh berdiri sama tinggi dengan orang-orang yang bijak2 nie.

aku sedar aku tak la bijak sangat.. tapi emak aku selalu cakap usaha itu penting. usaha adalah kata lain daripada keajaiban. maksudnya, kita boleh cipta keajaiban, dengan berusaha bersungguh-sungguh. time management amat penting kepada pelajar yang macam aku. jenis slow and steady.

apa2 pun.. belajar rajin2.. jgn malas2.. jadi pandai atau bodoh. itu pilihan kita sendiri.

assalamualaikum