Sunday, February 24, 2013

berapa orang yang faham?

Salam...

lama aku tak update ini belong.. sorry dorry strobery... aku bukan tak ada masa.. tapi aku tak ada ilham.. tak tau mau tulis apa.. tak tau mau merepek pasal apa.... heeeeee =_=''

setiap manusia dalam dunia ini ada fikiran masing-masing, dan berapa orang yang faham dengan apa yang kita fikirkan... kadang-kadang, benda yang kita fikir tu mudah jak... tapi orang fikir berbelit-belit sampai dia tercekik.. ada masanya... kita pulak yang fikir benda tu rumit sangat-sangat... tetapi orang boleh fikir semudah makan kacang... see... berbeza kan...

inilah kehidupan, penuh warna.. penuh ragam.. penuh segala-galanya..

aku ada terfikir pasal kawin muda... bagi ku, baguslah kalau kawin muda.. sekurang-kurangnya dapat mengelakkan dari buat dosa... tapi.. berpa orang yang faham? berapa orang ibu bapa yang faham? jangan cakap pasal ibu bapa orang lain la.. even mak bapak aku sendiri pun tak setuju kawin muda.. sebab kami nie orang susah.. nak bagi belajar sampai habis dulu, kerja, berulah fikir pasal berkeluarga...

tetapi ada pulak sesetengah ibubapa berfikir kalau anak dorang kawin awal-awal itu lebih bagus.. kan mencegah lebih baik dari mengubati...

ada separuh pulak cakap.. alam perkahwinan ini tidak semudah yang disangka... bukan macam makan kacang... bukan jugak macam petik jari... aku sendiri pun tak pasti.. sebab aku belum merasai kawin muda...

berkahwin muda kalau ada ilmu agama yang mantap.. aku rasa...itu tak ada masalah.. tapi kalau dua-dua pun masih terumbang-ambing... apa kes??

so far, kamu-kamu yang baca blog aku nie.. mesti tak faham.. apa point aku sebenarnya kan... sebab itulah tajuk entry aku 'berpa orang yang faham?' even aku sendiri tak faham.. apa motif aku buat entry ini.. hanya meluahkan rasa di hati.. hanya menaip apa yang terlintas difikiran....

pandangan peribadi... bestt kawin muda.. tapi macam mana nak tanggung kehidupan? macam mana mau berjaya? family lagi? =_='' terlalu banyak yang perlu dipertimbangkan.. bagi ku.. benda mudah.. mengapa harus dipersulitkan... bukan kah bagus mengelak dari maksiat.. pasal alam perkahwinan tue... macam mana nak handle.. itu terpulang la.. sedangkan orang yang dah berusia pun.. belum tentu berjaya urus perkahwinan mereka...

arrr apa aku cakap nie?? maaf kalau salah.. sebab ini hanya pendapat bukan fakta.. jgn la hentam aku ok.. heheheh

bha.. itu sahaja.. bye2. peace.

Monday, February 11, 2013

DIAT

salam..

WARNING : entry kali nie mamang agak jiwang.. agak meluatkan.. dan agak poyo.... jd? hati2 tau!!

sejujurnya.. aku tak percaya yg hati ku boleh terbuka untuk terima insan lain setelah aku kecewa dgn cinta yg dulu.... aku tak yakin dgn diri sendiri...aku down..aku rasa yg ku nie betul-betul tak ada apa2 coz ditinggalkan begitu jak... memang keyakinan diri berada di paras negatif!!!

after 1 year, aku  blame diri sendiri untuk kegagalan cinta itu... aku nekad! yg aku akan pertahankan semua yang aku ada dan takkan biarkan apa2 pun pergi dari diri sendiri... setahun aku belajar kekurangan diri... setahun aku belajar untuk bersabar... untuk terima hakikat yg sebenarnya aku telah ditinggalkan...

that day... suddenly.. everything change.. he come without warning.. he come into my life just like that! (petik jari) buat aku tak terkata... he took all control over me.

dengan dia... semuanya berbeza.. 
dengan dia... ilham ku yg hilang kini muncul balik..
dengan dia... aku jadi diri sendiri..
dengan dia... aku adalah aku..
dengan dia....aku BAHAGIA!

Sifat pemarah ku hilang bila bersama dia... seolah-olah dia air sungai yg mengalir, memadamkan api kemarahan... 

susah untuk aku huraikan dengan kata-kata.... bagaimana sebenarnya dia... biarlah keistimewaan itu aku yang simpan...

dan 

aku berdoa... semoga kali ini tidak kecundang lagi... semoga kali ini hubungan ini bertahan hingga ke akhir nafas yang terakhir... kau bukan yang pertma dalam hidupku... tp insyaALLAH kau yang terakhir dalam hidup ku... dan aku bukan cinta pertama mu... tp aku mau jadi cinta yang TERINDAH untuk mu....

he is... MY DIAT!


Sunday, February 3, 2013

This is life~

Salam dan selamat petang semua..

how are you??

petang nie aku mau bukak cerita pasal life.. kehidupan...

sejauh mana kamu faham pasal kehidupan? sejauh mana kamu tau apa itu kehidupan? sejauh mana kamu sudah selami kehidupan?

kalau lontarkan soalan itu pada ku...

akan ku jawab 1% sahaja...  usia belum mencecah 21 tahun (insyaALLAH bulan jun nanti) kaki ku belum lagi pernah menjejakkan kaki ke bumi lain selain daripada Malaysia ini.. itupun tidak semua dijelajah.. masih belum ada kesempatan kata orang.

orang cakap, jauh berjalan, luas pemandangan... dan pemandangan ku masih disini-sini sahaja.. kehidupan yang ku kenali jugak tidak seperti didalam drama tv, tidak seperti movie aksi yang memaparkan adegan-adengan yang mengujakan.. hanya kehidupan yang biasa.. dan mungkin luar biasa dalam minda ku yang suka berkhayal ini..

sebenarnya.. kehidupan ini jauh dari apa yang kita bayangkan.. jauh dari apa yang kita harapkan..  dan tergantung pada diri sendiri.. macam mana kita mendefinisikan kehidupan ini...

dan bagi ku...

inilah kehidupan. aku hanya mampu untuk terus bernafas sekarang.. dan berharap agar di detik setrusnya aku masih mampu bernafas.. life.. kehidupan...

dan selagi itu. aku kan hargainya sebaik mungkin.

-tamat-

Friday, February 1, 2013

Rama-Rama

Salam~

kawan : ehh, kalau kau diberi sehari untuk rasa jadi haiwan.. haiwan apa yang kau nak jadi?

aku : rama-rama

kawan : kenapa?

Aku berikan jawapan rama-rama kerana bagi ku rama-rama itu indah, ringan seperti kapas yang terbang bebas di udara~

lenggoknya yang indah, menarik perhatian, sukar ditangkap kerana kecekapannya mengelek... kecantikannya menjadi bualan, menjadi igauan, malah sering menjadi simbol kepada kecantikan.. simbol kepada keindahan puisi..

Rama-rama tampak lembut tp hakikatnya mereka la yang merampas madu... mereka la 'raksasa' yang menghisap madu bunga-bunga.. lembut tapi kejam!

tapi ada juga yang mengatakan rama-rama itu lemah, lembik, tapi itu kata mereka... bukan aku. kan kita yang memberi makna pada sesuatu. jadi itu hak aku!

Rama-rama bebas terbang kemana saja dia inginkan... bagaikan dunia ini tiada sempadan... bagaikan dunia ini milik mereka.

terbang bersendirian! yakin! penuh keyakinan di diri... itulah rama-rama. sentiasa berdikari, aku ingin jadi seperti rama-rama...

namun, setiap yang baik, ada buruknya~ kerana kita yang memberi makna.

sekali disentuh sayapnya... maka hilanglah kecantikannya... hanya yang benar-benar arif tentang rama-rama yang tidak akan menyentuhnya.. rama-rama.. terlalu sensetif... itulah rama-rama

butterfly~ rama-rama.. bukan kupu-kupu...

HANYA RAMA-RAMA.