Tuesday, January 29, 2013

Kebahagiaan itu pasti ada~

Assalamualaikum!!!

haii!!!

hello!!

wahai pembaca blog ku yang ter'comel, ter'cantik, ter'hensem, ter'macho.. >_< apa kabar??? tuan blog sihat-sihat saja...

jom mulakan entry..

aku duduk menghadap rakan-rakan ku, asyik mereka bercerita, tetapi tiap butir bicara mereka sedikit pun tidak masuk kedalam otak ku yang terasanya 'stuck' seketika. saat itu, aku hanya mampu memerhatikan riak wajah mereka yang berubah. sekejap berkerut, sekejap bibir mereka memuncung, sekejap dahi mereka berkerut-kerut.

aku bagaikan terleka.. memerhatikan mereka, dalam hati ku terdetik. "kebahagiaan itu pasti ada"

keyakinan itu ada, keyakinan itu ada!

jauh aku termenung, fikir mereka aku ada punya masalah. ku lontarkan senyuman buat mereka sekadar untuk mengatakan bahawa aku baik-baik sahaja.

kita tidak sedar, kehidupan ini amat mengasyikkan... adakalanya kita tersenyum, ada kalanya kita bersedih, ada kalanya kita menangis.. kehidupan itu asyik.. amat mengasyikan.. maka hargainya..

dan aku katakan bahawa......

kebahagian itu pasti ada!


Wednesday, January 23, 2013

seutas rantai~

Salam...

warghhh hari nie kampus kami ada jual macam-macam rantai, kerongsang, dan macam-macam lagik. tp aku tak hepi! tak hepi! tak hepi!

kenapa aku tak hepi???

sebab semua pun cantik-cantik, aku ada tengok seutas rantai nihhhh memang cantik!!! serius cantik!!! buah rantainya mutiara warna putih.. terus aku terliur...

aku bukan pempuan yg cepat tertarik dengan benda-benda macam nie... tp tgk rantai tuh memang aku nakkk sangat!!!!!!

tp aku tak beli.. sebab sia-sia saja! aku elergi pakai rantai.. tak kirahlah emas ka, silver ka, emas putih ka, tembaga ka, besi ka.. plastik ka.. memang leher aku merah-merah.. T.T sedih!! kawan-kawan semua beli rantaiiii aku nak rantai!!! nak rantai!!

time dorang beli, aku duduk jauh-jauh tengok2 gadis-gadis lain beli rantai.. kesian owh aku rasa diri ku.. aku rasa aku macam bukan perempuan!

T.T rasa nak menitis airmata niehhhh

tapi aku tabahkan hati ku... kesian.. kesian.. kesian.. kesiannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

kenapa aku emo nie?? memanglah sebab aku suka sangat rantai tuh.

kawan aku cakap, kenapa akut ak beli.. then aku cakap, sia-sia kalau aku beli tak jugak dipakai.. nanti disimpan saja dalam laci.. buruk begitu sahaja.. daripada aku beli simpan dalam laci bagus biar orang lain beli kannn boleh jugak dia pakai...

kesimpulannya disni!! cehh ada kesimpulan ka? ahhaah mestilah kamu orang fikir aku tulis entry nie sukak-sukak? endaklahhh

tak semua orang yang kita suka akan dapat kita miliki... daripada kita simpan, or paksakan diri dan memudaratkan diri dan lebih baik kita let go.. biarkan insan itu bersama orang yang betul-betul perlukannya dan hargainya...

okkk.. bye. tamat.

Monday, January 21, 2013

kesetiaan itu kolot

Salam

heyy,

hari nie, waktu aku dalam kelas tutorial, aku dan lecturer ku adalah berbicara sedikit tentang 'kesetiaan'. tak tahu macam mana boleh bercerita tentang topik tuh, tpi kata lecturer ku..

KESETIAAN ITU KOLOT!

ha?! biar betul kesetiaan itu kolot.. kalau begitulah, biarlah aku kolot! sebab aku mahu jadi seseorang yang setia.

sebenarnya orang kolot macam kami, bukan takut untuk berubah ataupun melakukan trasformasi ... tapi sebab kami sudah rasa selesa dengan sesuatu itu dan kami menghargai! jadi kami setia! Ya kami kolot dalam berfikir..

aku rasa lebih baik kolot, dari hidup secara nomad, yang tidak tahu arah tujuan, berpindah randah apabila melihat sesuatu yang lebih baik.. meninggalkan yang lama dan mencari yang baru. YA! aku kolot tapi aku suka dengan cara kolot begini.

setiap orang mempunyai fikiran yang berbeza, pendapat yang berbeza dan hati yang berbeza~

jadi wajar sahajalah kalau aku tidak sependapat dengan lecturer ku.

kalau ketidaksetiaan itu adalah kemodenan, aku tidak mampu untuk menolaknya, dan aku harus akur bahawa kadang kala kita harus meninggalkan yang lama untuk kehidupan yang baru.

ah! aku atas pagar lagi, mengiakan apa yang aku tidakkan.


aku maluuuuuu >_<



Friday, January 18, 2013

aku umpama Lalang

Salam

aku umpama lalang.. itulah yang digelarkan oleh rakan ku yang seorang ini. Lalang, yang dimaksudkan bukan dari segi fizikal.. tapi lalang dari aspek berfikir.

'umpama lalang, kalau angin bertiup ke kiri.. dia ke kiri, kalau angin bertiup ke kanan.. dia ke kanan'

itulah aku kata rakan ku....

adakah aku tidak berpendirian?? adakah aku benar-benar seperti lalang?

Lalang bukan tidak ada pendirian sendiri... tetapi lalang lebih suka mengalah pada angin, membiarkan angin membawanya ke mana sahaja arah angin bertiup..

Lalang, adalah dian yang membakar diri, kerana membiarkan orang lain bahagia walaupun bukan atas kehendaknya..

Lalang, adalah orang yang paling derita... kerana mendahulukan kehendak orang lain dari dirinya sendiri..

Lalang, adalah orang yang selalu kesunyian, kerana tidak berbunga dan selalu tampak sedih

Lalang, adalah orang yang tidak akan dipetik kerana kecantikannya tiada..

Lalang, adalah orang yang paling sunyi..

Lalang... aku adalah Lalang...

:')


Thursday, January 17, 2013

Believe@Percaya

Assalamualaikum readers.... 

aku selalu dengar orang cakap kunci kepada sesebuah hubungan adalah kepercayaan.... bukan setakat dengar, malah selalu jugak aku baca di buku-buku motivasi...

Percaya adalah sesuatu yang besar untuk ku, terutamanya untuk insan yang pernah dikhianati seperti ku... rapuh rasanya untuk terus percaya pada kata-kata. takut untuk kecawa. serius. aku takut.

setiap hari yang aku lalui bersama 'dia' seperti berada diantara percaya atau tidak, yakin dan ragu, kasih dan takut, dan hari ini aku belajar sesuatu dari 'dia'....... HUBUNGAN tanpa kepercayaan hanya SIA-SIA... 

mulanya aku memberontak... menyatakan aku betul, menafikan apa yang 'dia' katakan... tapi benarlah! aku mengaku... silap ku disitu... menafikan sesuatu yang sudah nyata bahawa PERCAYA itu penting! 

bukankah PERCAYA asas kepada segalanya? aku buta... tidak melihat kebenaran disana.. sedangkan aku terus-terus memperjuangkan prinsip bodoh ku! =_='' aku tahu aku yang bersalah.

hari ini aku belajar untuk mempercayai.. mengembalikan sesuatu yang pernah dihancurkan...

aku tidak boleh untuk terus berada disisi negatif selamanya, sedangkan masa berjalan kehadapan.. masa tidak akan menunggu ku... aku tidak mahu kehilangan sesuatu yg penting dalam hidup ku lagi.. selamanya...


sesuatu yg aku ingin buat sekarang adalah tersenyum bahagia.... keep moving LUKACHIKITO ARETEEN!!

Tuesday, January 15, 2013

Erti kebahagiaan...

Salam....

halu.. halu...

2013 misi mencari erti kebahagiaan... apa definisi kebahagiaan bagi kamu? aku yakin setiap org ada pendapat masing-masing, ada definisi sendiri dan ada falsafah sendiri tentang kebahagiaan... 

aku membuka bicara berasaskan hati yang tulus menulis blog ini dan semangat yang suam-suam kuku... hambek ko.. makan mu kendos.. ???? 

sorry... ada kesilapan teknikal~~

ok2 kebahagian?? 

dulu... bagi ku kebahagiaan adalah duit! kenapa duit? sebab kalau ada duit semua pun aku boleh beli.. kalau semua boleh beli maknanya aku BAHAGIA!! tapi itu bahagia yang tidak kekal.. habis duit.. habis la jugak kebahagiaan kan...

sekarang... kebahagian adalah duduk bersama keluarga tersayang... menikmati makanan yang sedap (lapar la pulak) yang dimasak oleh ibu dan dibantu oleh anak2... itulah kebahagiaan! kebahagiaan adalah kita bergurau senda dengan kawan-kawan, bercerita tentang semua perkara seolah-olah dunia milik kita... itulah kebahagiaan... kebahagiaan adalah mencintai seseorang dengan ikhlas tanpa meminta balasan.. dan mendoakan semoga dia selalu bahagia itulah kebahagiaan!

selain itu, kebahagiaan juga ketika hujan minum susu pun kebahagiaan jugak (maaf.. lari dari tajuk)

yang dapat aku simpulkan, kebahagiaan bukan semata-mata wang... tapi kita ada orang di sekeliling kita untuk berbagi duit itu.. ahahahahha betulah.. tak best shopping sendiri-sendiri~~

oleh disebabkan usia ku tahun nie akan menjadi 21 tahun, dan sem nie dah final sem untuk diploma aku mencari kebahagiaan sedalam-dalamnya... mencari kebahagiaan di pelusuk dunia... sebab kehidupan ini hanya sementara... aku ingin bahagia.. aku ingin menikmatinya dengan insan-insan yang sudi berkongsi dengan ku.... 

mudah.hanya ingin bahagia~ <3 p="p">


ema n me * kami mencari kebahagiaan~~

Friday, January 11, 2013

Kesabaran..









"KESABARAN"

Wednesday, January 2, 2013

world in my eyes.. entah num berapa dah



mcm bekapan kan.. hohoho =_=''