Wednesday, August 29, 2012

RAYA 2012

SALAM..

selamat hari raya aidil fitri.. ehhh masih belum terlambat kan aku wish raya.. heheheh macam sudah berabad aku tak update nie blog.. busy... sebelum cuti raya hari tu, aku sibuk dengan kelas, dengan assignment, quiz, dan test.. sudah sampai tawau, aku buzy pulak dengan rumah.. heheeheheh macam mana raya kamu semua? best dapat berkumpul bersama keluarga? best dapat berkumpul dengan rakan-rakan? bagus la.. ^_^

raya aku biasa jak.. hurm.. tak ada yg menarik.. ^_^

byeeee aku busy sebab tak lama lagi exam.. wish me luck.. byeeeeeeee

Friday, August 17, 2012

010707


KASIH SAMPAI DI SINI (010707)

28 ramadan, 17 ogos 2012… hati ku kacau, tidak keruan seperti pantai yang dihempas ombak yang mengganas. Aku memandang cermin, memandang wajah ku, sepasang mata itu berkaca-kaca. Aku ingin menjerit.. aku ingin meraung… tetapi semua itu hanya dalam hati, kerana kau tidak mampu meluahkan apa yang terbuku. Aku memandang ke sisi almari, sebuah gitar berwarna merah terletak baik disana. Perlahan-lahan aku menyentuhnya, saat itu, airmata yang dari tadi ditahan, kini menitis, ku ketap bibir ku, tidak tertahan rasanya..
26 jun 2007… hari ini hujan, aku, emak, dan bapa dalam perjalan ke lapangan terbang untuk menghantar ku. Cuaca diluar sejuk, baju lengan panjang berwarna merah itu pun tidak mampu untuk menghangatkan ku. Entah mengapa, jantung ku berdebar kencang.. bagaikan ada sesuatu yang akan berlaku. Sesampainya di lapangan terbang.. aku mengangkat bagasi ku. Berat! Entah apa sahaja yang aku masukkan kedalam bagasi ini, pemergian ku tidak lama.. hanya perkemahan 5 hari 6 malam di Pulau Pinang. Saat aku melangkah ke dalam lapangan terbang, aku terpandang dia.. dia berbaju kemeja hijau. Dia bersama keluarganya.. aku mendekati mereka. “banyak barang..” dia menegur ku, aku tersenyum, malu pun ada.. apa tidaknya.. bagasi ku seperti hendak pergi bertahun-tahun.. sebelum kami masuk ke balai berlepas.. aku dan dia berjalan beriringan.. seketika kemudian, namanya di panggil oleh mamanya.. serentak saat itu, kami dua menoleh.. menyedari keadaan itu, segera aku berpaling dan meneruskan perjalanan.. entah la mengapa hari itu, aku agak rapat dengannya.. sedangkan sebelum ini, aku jarang bertegur dengan dia.. penerbangan bermula dari Tawau ke Kota Kinabalu.. selepas itu ke KLIA.. setelah itu terus ke lapangan terbang Pulau Pinang.. perjalanan yang memenatkan.. tetapi seronok, kerana aku selalu duduk bersebalahan dengan dia.. tidak pernah aku merasai perasaan ini. Aku rasa tenang di sampingnya..
30 jun 2007.. tepat 12 tengah malam, aku yang ada di dalam kemah terdengar siulan isyarat “Q..Q…” dari dia dan seorang lagi rakan dari Sabah.. aku pun keluar dari kemah, mendekati mereka.. sepontan mereka menyanyikan aku lagu “selamat hari jadi..” aku tersenyum bahagia. Dibawah sinaran bulan, aku dapat melihat wajahnya.. pandangannya.. degupan jantung ku semakin laju.. Ya Allah, apakah perasaan ini? Sebelum masuk ke kemah, sempat kami bermain pijak-pijak kasut.. tetapi aku terjatuh. Dia membantu ku untuk bangun. Masuk sahaja ke kemah, aku menerima pesanan ringkas.. “monyong are u ok?” aku membalasnya.. “ ok.. siapa nie?” tetapi pesanan ringkas itu tidak berbalas.. aku biarkan sepi dan tertidur….pagi-pagi lagi, rombongan pelajar dari Sabah sudah meninggalkan perkemahan tanpa sempat menghadiri sesi penutupan. Sewaktu kami menuju ke bas yang akan menghantar kami ke lapangan terbang, dia mendekati ku, mengambil beg jinjit ku, dan memberikan aku beg bagasinya dan terus berlalu.. aku terkedu. Aku kepayahan mengangkat 2 bagasi, sedangkan dia selamba sahaja menuju ke bas. Apabila naik di bas.. aku menjelingnya, tidak tahu apa motif dia berbuat sebegitu. Kami duduk agak berjauhan, tetapi entah mengapa.. lancar sahaja aku menyuruh dia duduk sebaris dengan ku. Segara aku ketap bibir.. tidak faham dengan tindakan ku. Sepanjang perjalan pulang ke Tawau.. aku mentafsir perasaan ku terhadap dia. Aku lebih banyak berdiam.. memerhatikan dia… pandangan matanya yang redup..  satu perasaan menyelinap di dalam hati ku.. perasaan hangat.. bahagia..

1 julai 2007… pagi-pagi lagi aku sudah menerima satu pesanan ringkas. Nombor telefon dari orang yang sama. Kali ini, pesanan ringkas itu ku biarkan sepi…. Lebih kurang pukul 2 petang, aku membalasnya.. owh.. pesanan ringkas itu datang dari dia. Aku tersenyum sendiri.. kami ber’sms’ sehingga larut malam.. bahagianya perasaan ku! Malam itu juga aku dan dia mengikat satu perhubungan yang aku sendiri tidak sangka akan memberi kesan pada hidup ku..
Pertemuan yang membahagiakan… aku dan dia mengharungi banyak dugaan… pergaduhan.. perselisihan faham.. terjadi… perkara biasa dalam perhubungan… tetapi tetap ku pertahankan sehingga hujung tahun 2011…
Aku dan dia terpisah… kerana berada di Universiti yang berbeza.. dia jauh di sana….. kepercayaan kian rapuh, dengan pelbagai perkara yang menyakitkan hati.. tapi aku bahagia bersamanya.. sesuatu yang aku harap dia faham.. bahawa aku sudah menyimpan hati ini untuk dia..
Tapi dia makin jauh… pesanan ringkas tidak berbalas… telefon tidak disambut.. benarkah.. perasaannya berubah.. benarkah kasih kami akan sampai disini?
Akhirnya…
Hubungan yang ku pertahankan musnah….. kecewa… hanya Allah yang tahu, pedih..perit… semua ku terima.. andai ini salah ku, maafkan aku.. tetapi kini, dia bahagia.. bahagia bersama insan lain. Sedangkan aku? Masih berduka.. cerita ini bukan untuk meminta simpati.. cukup aku luahkan untuk memberitahu.. betapa aku tidak berdaya… aku yakin, Allah berikan aku yang terbaik. Walaupun aku harus merangkak untuk terus maju.. kerana harapan ibu bapa ku…

Seseorang yang berada di hati ku… inilah warkah ku… semoga aku akan lebih kuat hadapi masa ini…
Andainya semua boleh diubah dengan kata maaf.. maka akulah insan yang paling bahagia… melupakan semua kesalahan mu, seperti semuanya baik-baik sahaja..
Andainya ingatan ini boleh dihapus.. maka akulah insan yang paling bahagia.. kerana tidak perlu ingat pada janji dan dusta mu..
Andainya nyawa ini tidak berharga.. maka akulah insan yang paling bahagia.. kerana aku akan pergi dari muka bumi ini tanpa penyesalan…
Walaupun seperit mana langkah ku, akan ku harungi… kerana rasa sayang ku pada mu….walaupun hati ku membenci apa yang kau lakukan pada ku.. tapi jiwa ku mencintai mu.. sakit yang kau berikan pada ku tidak bermakna apa-apa jika dibandingkan dengan kasih sayang dan cinta ku untuk mu.. melihat kau jauh buat hati ku pedih.. melihat kau jauh.. membuatkan aku sebak.. betapa aku mencintai mu.. izinkan aku membawa mati kenangan ini.. izinkan aku membawa mati cinta ini… cinta ku bukan mainan.. bukan kata murah yang senang aku tuturkan..
Ya Allah.. jagalah dia.. kerana aku tidak mampu untuk berada di sisinya..
Ya Allah.. berikan dia yang terbaik kerana aku tidak mampu untuk jadi yang terbaik untuk dia..
Ya Allah.. lindungi dia.. kerana aku tidak mampu untuk melindugi dia..

Selamanya… buat selamanya… buat selamanya…….

-Hati ini milik mu-

Saturday, August 11, 2012

NEED YOU NOW..

Salam...

Picture perfect memories scattered all around the floor
Reachin' for the phone 'cause I can't fight it anymore
And I wonder if I ever cross your mind
For me it happens all the time

It's a quarter after one, I'm all alone and I need you now
Said I wouldn't call but I lost all control and I need you now
And I don't know how I can do without
I just need you now

Another shot of whiskey can't stop looking at the door
Wishing you'd come sweeping in the way you did before
And I wonder if I ever cross your mind
For me it happens all the time 

It's a quarter after one, I'm a little drunk and I need you now
Said I wouldn't call but I lost all control and I need you now
And I don't know how I can do without
I just need you now

woah woaaah.

Guess I'd rather hurt than feel nothin' at all

It's a quarter after one I'm all alone and I need you now

And I said I wouldn't call but I lost all control and I need you now

And I don't know how I can do without 

I just need you now

I just need you now (wait)

Ooo, baby, I need you now

apa kaitan dgn aku dgn lagu nie?? hu............ biarlah 
hati ku jak faham..


Apa dalam fikiran ku??

Salam ramadan semua..

tak lama lagi balik TAWAU.. yeeaaahhh tak sabar mau raya. heheh hurm apa dalam fikiran ku? sekarang memang berserabut sangat-sangat.. tak tau lah.. hidup berantakan sahaja.. yalah assignment memang banyak tahap gaban.. presentation lain cerita..... sekarang nie.. mood cuti sudah menggila memang semangat mau buat kerja sudah jatuh ke tahap negatif!! TOLONG!!!

Maaflah kalau tak ada manfaat dalam entry kali ini.. just nak share dan tulis-tulis dalam blog nie.. tak tau lah nak meluah dengan siapa.. hurm.. aku tak ada ilham mau buat novellllllll buat aku tresss sangat-sangat stresss. tak tau lah kenapa tak ada ilham mau buat novel terasa macam orang bodoh yang tak guna pun ada jugak!!

aku tak tahulah kenapa hidup ku semakin berantakan...aku rasa aku hilang dah.. yang tengah menaip entry nie bukan orang yang sama lagi.. (hohohoho ketawa macam hantu) hurmmmmmmmmmm






haaaa kes boringggg JAJA n AreTEEN heheheh

at the end.. apa la kunun nie entry????

Thursday, August 2, 2012

Istiadat Hari Kecemerlangan Akademik UiTM Sabah..

Salam... dan salam Ramadan..

Tanggal 31 julaI 2012 hari tu.. ada istiadat hari kecemerlangan akademik yang dianjurkan oleh UiTM Sabah.. hurm.. dapat la anugerah bagi pelajar yang cemerlang.. (ahah cemerlang la sangat..) malas nak cerita.. tgk la pic yerr.. byeeee