Tuesday, July 31, 2012

AKU yang tak cukup bagus....

Assalamualaikum... dan salam ramadan ya rakan-rakan...

aku tak cukup bagus untuk jadi seorang anak yang berjasa dan berbakti pada ibu bapa ku... aku tak cukup bagus untuk jadi seorang adik kepada kakak ku.. dan tak cukup bagus untuk jadi seorang kakak untuk adik ku... aku tak cukup bagus untuk jadi seorang muslimah sejati.. aku juga tak cukup bagus untuk jadi hamba Allah yang taat.. aku tak cukup bagus untuk jadi seorang sahabat yang baik.. malah aku juga tak cukup bagus untuk jadi seorang pelajar universiti...

aku rasa aku memang tak cukup bagus.. aku  memang tak cukp bagussss aku memang tak cukup bagus.... aku rasakan, aku dah banyak buang masa.. dah banyak bazirkan masa untuk sesuatu yang tak penting.. aku tak cukup bagus!!! tak cukup bagus untuk jadi seorang manusia! argh!!!

apa yang patut aku buat???????????

aku akan berusha lebih..... aku akan berusaha sebaik mungkin.. aku tak cukup bagus.. tak cukup bagusssss tak cukup bagussssssss.. rasa nak nangis jak.. Ya Allah... hamba Mu ini merasakan yang diri ku tak cukp bagus.. tak cukup bagus untuk semua ini......

FATIN kau boleh buat.. usaha, doa dan tawakal... serahkan semuanya pada Allah... dan mintalah semoga jalan ku dipermudahkan.....

Aku tak cukup bagus untuk jadi seorang anak yang baik, kerana aku masih membiarkan ibu bapa ku bersusah payah untuk ku.. aku tak cukup bagus untuk jadi seorang anak yang baik kerana aku biarkan ibu bapa ku bersedih kerana ku.. aku tak cukup bagus kerana aku jarang mendoakan ibu bapa ku...

aku tak cukp bagus untuk jadi seorang adik yang baik untuk kakak ku.. kerana aku masih melawan kata, masih bergaduh.. dan jarang berdoa untuk kakak ku.. aku masih tak cukup bagus untuk jadi adik yang baik...

aku tak cukp bagus untuk jadi kakak kepada adik ku, kerana aku belum mampu menjadi contoh yang baik untuk adik ku agar adik ku boleh mengikut lagkah ku.. aku tak cukup bagus untuk jadi kakak, kerana masih rasa cemburu pada adik ku yang berusia 16 tahun...

aku tak cukup bagus untuk jadi seorang muslimah sejati... kerana aku masih belum menghayati agama ku sebaiknya.. aku masih tinggal-tinggal solat.. masih tak cukup bagus...

aku tak cukup bagus...untuk jadi hamba Allah yang taat.. kerana ada masanya aku lupakanNYA.. ada masanya aku leka.. ada masanya aku berpaling darinya...

aku tak cukup bagus untuk jadi seorang sahabat yang baik... kerana aku masih dapat membantu rakan-rakan ku.... aku masih tidak ikhlas dalam perbuatan ku kadang kala..

aku tak cukp bagus untuk menjadi seorang pelajar universiti.. kerana aku kadang kala lupa untuk belajar bersungguh-sungguh. leka... kadang kala lupa apa tujuan ku ke Universiti..

Ya Allah.. aku mohon agar KAU tetap kan hati ku agar tidak terpesong dari landasan MU... permudahkan segala urusan ku...

ku serahkan hidup dan mati ku pada MU....

Saturday, July 28, 2012

49 days..

Salam Ramadan kawan-kawan...

apa kabar? aku harap korang semua sehat.. dan bahagia selalu disamping insan-insan tersayang... '49 days' drama korea.. korang dah tengok? aku baru jak habis semalam.. start pukul 10malam semalam sampai pukul pagi tadi.. mata memang macam panda... ahaha bengkak..sekarang nie aku mengantuk tahap gaban... ^_^

apa yang aku mahu cakap tentang drama nie... ialah.. aku benci drama nie sebab buat aku nangis... tak adil apabila kita mengetahui orang yang kita sayang sebenarnya tak sayang kita.. dan orang yang kita rasa tak sayang kita.. sebenarnya.. dialah cinta sejati...

diberi 49 hari untuk hidup...... lepas tu akan mati.... aku akan puas hati hanya dengan 49 hari.. asalkan aku tahu.. siapa yang sebenarnya sayang dan cintakan aku sepenuh hati.....  lepas nie kalau mati sekali pun.. aku mampu tersenyum...

lepas habis tengok cerita nie.. aku nangis... nangis sepenuh hati.. jiwa ku sebak... jiwa ku sakit.. terasa tersekat di tekak.. airmata merembes keluar dengan penuh kepiluan...

cintailah seseorang seikhlasnya... sayangi lah seseorang dengan sepenuh hati... jangan lukai hati orang yang sudah menyayangi.. sudah mencintai.. kerana sekali perasaan itu terluka.. selamanya.... akan terluka...

T_T

Thursday, July 26, 2012

i'm fine...

Salam Ramadan..

jangan risau.. aku baik-baik sahaja... sejak akhir-akhir aku rasa susah mau bernafas... jadual padat.. hari Selasa nie.. ada program "ISTIADAT HARI KECEMERLANGAN AKADEMIK DIPLOMA" dan apa yang menarik.. alhamdulillah aku tersenarai dalam penerima anugerah.. tak sia-sia aku berusaha dan kekalkan pointer 3 keatas.. :') semoga aku semakin rajin berusaha.. chayoo fatin... terima kasih atas doa emak dan bapa.... sangat-sangat hargainya..

selain daripada perkara yang mengembirakan... aku juga tension sangat pasal kelas... tak taulah dimana silapnya.. semester ini nampaknya semua subjek buat otak ku berserabut.. lain lagi kes dalam kelas... =_='' sangat-sangat serabut tau...

walaubagaimanapun.. aku bahagia. kerana aku lebih fokus kepada hidup ku... sekarang nie.. Handphone ku memang susah mau berbunyik.. berbunyik la jugak kalau alarm ahahahha (stupid me) hurm... kadang-kadang sunyi la jugak.. sebab dari sekolah menengah lagi asyik bersms jak.. asyik layan perasaan... sekarang hp pun tak pandai nak berbunyi-bunyi.... dah masuk umur 20 tahun nie.. aku dah malas fikir pasal hati dan perasaan.. buat apa mau fikir kalau sebenarnya.. benda tu semua tak menjamin kebahagiaan... korang boleh cakap yang aku 'TAKUT BERUMAH DI TEPIAN PANTAI KERANA TAKUT DI PUKUL OMBAK RINDU' hehehehehe, tapi tu semua betul.. aku belum ready lagi untuk bercinta cintun... biarlah Allah yang tentukan.. kan lebih baik serahkan semuanya pada Allah...

aku hendak fokus pada pelajaran.... hendak fokus untuk membahagiakan keluarga ku... itu matlamat ku... insyaALLAH.. lepas nie, emak dan bapa tak perlulah susah-susah lagi kerja... biarlah aku yang ambik alih tugas mereka untuk menyara keluarga... 

sekarang nie, apa yang mengembirakan aku ialah... jalani kehidupan tanpa rasa penyesalan... dan aku akan pastikan yang hidup ku baik-baik sahaja.. INSYAALLAH... aku mahu jadi hambaNYA yang sentiasa ingat pada dirinya... dan tidak pernah melupakannya.. 

don't worry.. i'm fine.. i will be fine.. i will....



Saturday, July 21, 2012

Siapa teman mu??

Salam ramadhan...

kalau dulu kita boleh cakap 'nak tahu orangnya.. tengoklah mak bapaknya...' tapi sekarang kata-kata nie dah tak boleh pakai... sekarang..

'kalau tahu orangnya.. tengok lah siapa temannya.." lihat.. banyak kan perbezaan.. kalau dulu orang menilai seseorang berdasarkan siapa ibubapanya.. siapa keluarganya... jika bapa nya seorang iman.. ibunya seorang ustazah maka anaknya pun seperti itu.. tetapi kita sedar... iman tidak diwarisi... tidak di jual.. dan tiada ditepian pantai untuk kita kutip.... 

remaja zaman sekarang... hidupnya senang terpengaruh dengan manusia yang bergelar 'teman', 'geng', 'kawan', 'best fren 4 ever', dan apa-apalah yang seangkatan dengan itu.. tapi sedarkah kita... berapa ramai teman... adalah teman yang membawa kepada kebaikan? teman yang memberikan manfaat kepada mu...

aku juga seorang manusia yang bergelar teman.. tetapi sejauh mana aku melakukan tanggungjawab untuk menjadi teman yang baik.. untuk membawa rakan-rakan ke jalan yang benar? sejauh mana? setakat ini belum ada statistik berkaitan dengan itu.. (gurau jak).. 

adalah tidak mudah untuk kita mendefinisikan teman..... tapi sebelum aku melihat dan menilai teman-teman ku.. adalah lebih baik aku menilai diri sendiri... bertanya... pada diri sendiri.. sudah cukup baik kah aku menjadi seorang teman?? layakkah aku menyakiti hati teman ku?? layakkah aku untuk mengatakan keburukan teman ku?? layak kah aku untuk menghakimi teman ku? sedangkan... aku sendiri belum tahu betul atau tidak... baik atau buruk...

itulah manusia.. .sifat manusia..... selalu memandang semut di seberang sungai.. namun... gajah di hadapan mata tidak di nampak.. selalu melihat kain orang lain yang koyak.. tetapi kain sendiri yang koyak tidak dipeduli..... itulah manusia... Ya Allah... semoga teman-teman ku adalah orang-orang yang baik..

aku tidak mencemuh, tidak menghakimi orang lain.. kerana aku bercerita berdasarkan diri ku sendiri.... ternyata aku masih banyak kekurangan... dengan itu.. semoga aku menjadi insan yang lebih baik.. INSYAALLAH...

pernahkah kita merasakan diri kita sudah cukup bagus... sehinggakan kita merasakan... orang lain yang salah.. sedangkan... tanpa kita sedari.. sedikit sebanyak... kita yang salah... renung-renungkan...


hidup ini satu perjalanan..

Salam Ramadan semua...

Hidup ini satu cerita yang panjang... dari aku lahir.. hinggalah aku yang senang menulis entry ini, entah masih adakah esok untuk ku... hanya ALLAH yang MAHA  MENGETAHUI.... hidup ini satu perjalanan... dimana perjalanan yang mulanya bersama keluarga.... jalan yang berliku-liku.. jalan yang lurus.. dan ada kalanya.. jalan itu terlalu sukar untuk aku lalui kerana ianya beronak dan berduri...

hidup ini satu perjalanan... dimana perjalanan ku ditemani pelbagai jenis manusia.... ada yang sama-sama berjalan tetapi akan terpisah di jalan yang lain..... kutemui ramai sahabat... teman.... dan kenalan... antara ramai-ramai ini.. hanya beberapa orang sahaja yang sampai sekarang masih berjalan bersama... ada pula yang berjalan bersama... tetapi tidak memahami satu sama lain.. ada yang berjalan bersama... tetapi hatinya dan hati ku tidak bersama... ada yang berjalan bersama tetapi... seolah-oleh kami bermusuhan... 

Hidup ini satu perjalanan.... tidak akan selalu bahagia.. dan tidak selamanya berduka, ada hikmah yang tersembunyi disebalik masalah yang timbul... hidup ini satu perjalanan.... ada yang akan aku tinggalkan.. dan ada yang akan meninggalkan ku... mungkin disinilah titik bermulanya kehidupan ku... pada usia 20 tahun ini, minda ku terbuka luas.. untuk memandang hidup ini sebagai satu perjalanan menuju yang abadi... maaf kepada sesiapa yang bakal aku tinggalkan... dan kepada sesiapa yang meninggalkan ku... tidak mengapa.. semoga kalian bahagia...

aku tidak mampu menjadi insan yang kamu inginkan kerana inilah aku... aku tidak mampu untuk terus bertahan hati.. memuaskan hati orang lain.. bagi mereka yang tidak dapat menerima diri ku seadanya.. sila la berlalu.. doa ku, agar kamu bahagia... dan bagi mereka yang tidak dapat aku terima... maafkan aku sekiranya meninggalkan kamu juga.. aku tidak mampu untuk bertahan... kerana hidup ini singkat.. aku ingin menyayangi mereka yang menyayangi ku.. mencintai hamba Allah yang mencintai ku... dan sudah pasti aku ingin mencari cinta hakiki.. cinta yang tidak akan berpaling tadah dari ku.. iaitu cinta ALLAH... 

hidup ini satu perjalanan.. yang ku pilih untuk laluinya dengan senyuman... dengan ketabahan.. dengan mereka-mereka yang tidak menghakimi ku sebagai makhluk Allah... 

HIDUP DI AKHIRAT BELUM TENTU BAHAGIA.. JADI MENGAPA DI DUNIA HARUS BERDUKA... 

semoga hari ini... membawa seribu perubahan kepada ku....


Friday, July 20, 2012

World in my eyes..

SALAM RAMADAN...


SELAMAT DATANG RAMADAN

Salam...

malam nie, orang dah start solat taraweh.. aku pun dari solat taraweh tadi di UMS.... aku bawa anak buah aku tadi. di leesyah.. punyalah dia comel pakai telekung. dah tu.. time mau habis dah solat taraweh dia nangis.. apa lagi.. kelam kabut dibuatnya.. takut kacau org pulak.. apa2 pun.. selamat menyambut bulan ramadhan... semoga ramadhan ini... kita semua mendapat rahmatNYA..

Thursday, July 19, 2012

Audi Alteram Partem

Salam...

Audi Alteram Partem... bahasa apa yang aku cakap nie??? ini bukan bahasa asing ataupun bahasa dari planet lain.. inilah salah satu prinsip undang-undang yang aku belajar... Audi Alteram Partem..yang turut membawa maksud.. dengar kedua belah pihak. barulah ADIL..

aku tidak ingin berbicara sesuatu yang berat tentang perinsip undang-undang nie.. hanya untuk mengaplikasikan dalam kehidupan seharian...

sedar atau tidak, kita sering membuat kesimpulan sendiri, sering membuat tuduhan sendiri terhadap sesuatu sebelum mendengar dari kedua belah pihak... adakah ini adil? adakah ini adil bagi orang lain? jawapannya adalah TIDAK ADIL.. ini tidak adil.. tidak adil.. baginya.. (tiba-tiba lagu Yuna).. 

kita sedar yang semua ini tidak adil, tapi inilah yang kita selau buat.. melemparkan tomahan.. melemparkan kata-kata nista pada insan lain... atas judgment yang kita buat.. dan judgment kita adalah berdasarkan apa orang lain kata.... apa hati kita rasa.. apa otak kita fikir....

sebaik-baiknya kita memberi peluang mendengar kedua belah pihak, agar ada keadilan di sana.. agar ada jalan penyelesaian.... bukannya makin mengusutkan fikiran.. mengundahkan lagi hati yang sememangnya sudah gundah...

aku tidak merujuk kepada orang lain.. cukup pada diri ku sendiri.. sebagai seorang manusia.. aku juga tidak terlepas dari menilai dan menghakimi seseorang berdasarkan sebelah pihak.. .tidak adil kan aku.. kejam kan aku.. sedangkah Allah tidak suka hambaNYA berprasangka buruk terhadap orang lain.. aku sedar, aku hanya manusia yang lemah.... tapi aku yang lemah ini tidak akan selamanya lemah.. aku akan terus perbaiki diri.. semoga entry ku yang tidak seberapa ini dapat memberi ruang dan lembaran baru dalam menuju bulan ramadan yang tidak lama lagi.. akan tiba...  

-tamat-

Friday, July 13, 2012

STOP BEING PATHETIC

SALAM

STOP BEING PATHETIC!!!

SEBAB TAK ADA ORANG YANG AKAN KESIAN KAT KAU! TAK ADA ORANG YANG AKAN SIMPATI DENGAN KAU!! BERHENTI CARI PERHATIAN.... tak boleh ka jadi orang yang normal? jadi manusia yang bersemangat?? sebab jadi manusia yang sangat menyedihkan adalah sangat2 tidak cool!!

kesian  memang kesian, tapi kesian terletak pada tempat yang betul.... kalau ko buat diri ko seperti itu, sama sahaja kau jadikan diri ko sebagai mangsa cemuhan!! wake up!! bangkit!!!! bangun!!!! jangan dengan minta simpati orang kau rasa kau boleh survive dalam dunia nie!! dunia dah moden, kau lambat, kau tak bagus.. kau akan ketinggalan. takkan ada orang yang akan pujuk ko, kesian dengan ko untuk bangkit!!!

STOP BEING PATHETIC!!

berhentilah buat diri kau macam badut... aku pun pernah jadi orang yang sangat menyedihkan sebab apa? sebab putus cinta!! SEKARANG AKU SEDAR WEEII BODOHNYA AKU!! padahal aku hidup nie bukan pasal cinta jak! tapi sekarang aku dah bangun! aku dah bukitkan yang aku boleh.. bukan nak bangga diri tapi aku dah rasa mcm mana nak keluar dari kehidupan yang menyedihkan! 

waktu aku putus cinta, memang aku nangis jakkkk tidur nangis, belajar nangis.. aku memang down, memang rasa diri nie tak berguna... tapi aku fikir lagi.. sampai bila nak jadi orang BODOH??!! sampai bila nak jadikan sakit hati dan putus cinta sebagai alasan untuk tidak berjaya???!!! AKU PAKSA DIRI NIE BELAJAR.. WALAUPUN NANGIS... AIRMATA JATUH-JATUH ATAS NOTA... aku paksa!! SEBAB AKU TAK MAU JADI ORANG YANG MENYEDIHKAN!!! 

dan akhirnyaaaaa aku berjaya dapat pointer lebih baik dari sem sebelumnya... aku jugak telah berjaya menambah 'A' dalam result aku... well!!! aku berjaya!!!! jadi apa alasan ko untuk jadi PATHETIC??? 

adakah dengan jadi manusia yang begitu ko boleh berjaya? boleh bahagiakan mak bapak ko? boleh dipandang tinggi?? TIDAK!!! TIDAK!!!!!!

BERHENTI JADI MANUSIA YANG MENYEDIHKAN!!

Nie bukan zaman dulu-dulu.. BUKAN!!! inilah rialiti dunia...... kau akan hanyut dengan perasaan ko sendiri... dengan TREP jadi kesian.. kau akan JATUH!!!!!! tolong la... tolong... bangkit........ buktikan yang kau boleh...... buktikan yang kau mampu buat!!!!!!

DAN kepada mereka yang RASA diri mereka pandai sampai boleh mempersendakan orang lain yang berusaha untuk maju.. sebenarnya.. KEBODOHAN kamu lebih terserlah..... ternyata kamu lebih PATHETIC!!!!

dua jenis manusia nielah aku tak faham... 

1) suka minta simpati

2) pandai sangat... sampai mau persendakan USAHA ORANG LAIN, padahal DIA LAGI BODOH!!


Thursday, July 12, 2012

BUKIT BOTAK.. modul part 4

SALAM....

minggu lepas... tanggal 7/7/2012, student UiTM Sabah part 4 telah berjaya menghabiskan modul yang dianggap wajib!! kepada kami-kami sebagai latihan luar dari kelas.. sebelum hari modul pada sabtu dan ahad, kami telah diberikan ceramah, dimana ceramah nie wajib untuk dihadiri.. kalau tak datang.. maka repeat la ko dengan junior... aseehh malu ya!! ok... ceramah yang berlangsung selama 4 or 3 jam... dan yang paling di tunggu2 adalah makan malam! ahaha semua pun mau makan bha...

7/7/12 - pagi-pagi lagi dah bangun... dah bersiap nak daki bukit botak... aku tak taulah apa official name tuk bukit tu.. tapi yang aku tau.. kami semua panggil bukit botak... bangun pagi, lepas tu.. tunggu bas.. tapi bas tak jugak muncul-muncul.. dan akhirnya kami turun tangga DPIM... tangag DPIM nie.. bukan alang-alang ya... panjang bermeter-meter.. tak pa.. next time aku upload pic tu tangga... k.. dah sarapan.. mula lah pendakian kami... waktu naik tu.. ok jak.. sekali turun.. YA ALLAH!!! tanah licin.. dah tu.. aku lah yang balik-balik jatuh... sangat-sangat berterima kasih kepada kawan-kawan siswa yang selalu tolong aku... tanpa dorang.. aku rasa.. aku nie tak berjaya turun tu bukit... baru bukit.. belum lagi gunung kinabalu.. tapi i'm proud of my self.. at least ada kan.. ahhaha aku ada, kau ada???? pic nie jak yang boleh aku upload.. byk lagi.. tapi aku malas mau upload dengan keadaan line yang sangat mcm siput... tapi pemandangan memang TERBAEEEKKKK
 kita orang tengah sarapan!! nanti pengsan kalau tak sarapan...
 ayak yang jadi mangsa olok-olok.. punya sengsara mau angkat dia masuk dalam hutan.. lenguh tangan gua..

lala, amal, and meklonia... eheheh punya semangat nie sumandak2 daki bukit...


me with azfar.. dia la yang telah menolong ku!! tima kc azfar.. jasa mu tetap ku kenang...... (mukak ku mcm mau minta tampar) 

pemandangan memang terbaekkk 

see what i mean.. cantik kan... 


kenangan indah bersama rakan-rakan sekelas... di harap habis diploma nanti tak la di lupa ekkk (mukak ku mcm mau mintak tampar kan.. argh!! hitam aku yoo)
aku sayang kamu semua... :') 


nielah pic yang paloing terbaekkk yang ada... heheh

k.. tamat!

Tuesday, July 10, 2012

andainya semua boleh diubah dengan 'MAAF'

salam....

hari nie tak ada intro... terus jak pergi entry.. ^_^.

maaf.. perkataan yang selalu kita ucap bila kita rasa diri kita nie buat salah..... perkataan yang selalu di sebut bila terlanggar dengan orang lain... or kita buat sesuatu yang tidak disengajakan... 

tapi.... sedarkah... sejauh mana perkataan 'maaf' itu betul-betul dimaksudkan? betul-betul ditujukan dengan ikhlas?? sedarkah kita.. perkataan 'maaf'' semakin hilang maknanya........

maaf dituturkan apabila kita benar-benar rasa bersalah... benar-benar kesal dengan apa yang terjadi... sekiranya kita telah menyakiti hati orang lain.. maka di harap dengan berkata maaf.. hatinya akan terubat..... tapi, bagi mereka yang tidak faham erti 'maaf' mereka akan terus-terus jadikan perkataan 'maaf' sebagai hiasan dan mainan... setelah menyakiti hati orang lain.. mereka akan menuturkan semua kata maaf.... dan mengulangi kesilapan sama... dan terus cakap maaf.. maaf..maaf......

andainya semua boleh diubah dengan hanya kata 'maaf'!!!

jangan minta maaf kalau tak maksudkannya... sebab itu akan buat orang lain makin terluka... sedar kah? sedar???? menyakiti hati orang tu best ka? lepas tu minta maaf lagik, lepas tu... buat lagi... buat lagi.. buat lagi sampai bosan!!

tapi untuk mereka yang telah disakiti.... sebenarnya, dengan memaafkan mereka yang salah itu sahaja yang mampu mengubat hati kita yang luka... dengan memberi kemaafkan, orang-orang yang disakiti ini boleh teruskan melangkah..... hanya dengan memberi maaf kepada mereka ini sahaja.... hati mu boleh bahagia semula....

pilihan ada di tangan sendiri.. sama ada mau jadi orang yang meminta maaf atau... orang yang memberikan maaf....

apa-apa pun.. fikri la sebaiknya sebelum menyakiti hati orang lain ya.....

Tuesday, July 3, 2012

I'm 20

SALAM....

aku dah berumur 20 tahun pada 30 jun yang lepasss syukur Alhamdulillah kepada Allah kerana aku masih berpeluang untuk menikmati kehidupan sampai saat ini....

sebenarnya.. aku sangat berbangga jadi umur 20 tahun!! maknanya..aku bukan lagi gadis belasan tahun.. hua..hua..hua... tapi untuk menjadi seorang manusia yang berjaya.. untuk jadi seorang yang ada identiti sendiri... aku tak rasa yang aku masih mampu berbuat begitu... well, kata orang... semua itu harus dibina perlahan-lahan.. dan aku masih mencari identiti diri yang sebenar...

siapa aku? apa aku nak buat dalam dunia nie? apa yang aku suka? apa yang aku tak suka? baik kah begitu? buruk kah begitu? eh.. salah ke? betul ka? kawan mana yang baik? mana kawan yang tak baik..? aku masih berfikiran seperti itu.. masih tertanya pada diri sendiri.. masih tak tahu nak bezakan apa yang patut aku buat dan tak patut aku buat... 

apa benda yang aku merepek nie kan... haha hanya orang-orang alamai apa yang aku rasa jak yang faham.. 


this pic d amik masa beday ku taun lalu.. ahahhaha thn nie pulak tak ada pic yang d ambik... ^_^

Tak perlu jadi org lain.....

Assalamualaikum....... dan selamat selamat selamat hari selasa!!

apa kabar wahai pembaca blog ku yang terensem and tercantik?? korang semua sihat? alhamdulillah kalau sihat..

rasanya dah lama aku tak tulis entry yang bermanfaat dan berguna kan... maafkan aku, aku memang sangat-sangat sibuk... (ahah tapi on9 fb sempat pulak) untuk makluman korang, aku sekarang dah sem 4, so memang akan sibuk tahap gaban... banyak assingment yang nak di buat.. banyak jugak karenah lecture yang nak di hadap buat aku hypertension!! 

semester 4 nie, aku memang tension berabis.... terpaksa menadah telinga untuk mendengar segala maki hamun makhluk Allah seorang nie! dalam kelas memang muka ku ketat macam boleh koyak!! Ya Allah bantulah aku untuk terus bertahan dan bersabar dengan karenah manusia seorang nie.......

ok.... let start the entry.. 

kawan-kawan semua, korang pernah tak nak jadi orang lain? korang pernah rasa tak jadi orang lain lebih best dari diri sendiri? pernah rasa mau tukar tempat dengan orang tu??

based on my life... aku pernah rasa macam tu semua... time kecik-kecik aku selalu berdoa nak jadi sailormoon.. coz aku rasa diri ku nie tak leh selamatkan dunia! tak boleh nak tegakkan keadilan.. ahahah (biasalah kanak-kanak yang hyper imaginasi).. dah besar... tengok kawan-kawan aku yang kaya raya... aku mau tukar dengan dorang.. kan best kalau aku boleh jadi kaya macam dorang.. aku boleh hidup lebih senang berbanding hidup ku....

sekarang nie kalau tengok Najwa Latif semua orang nak jadi macam dia.. boleh popular.. boleh jadi terkenal kan.... 

well, kita tak perlu nak jadi orang lain sebab apa yang dorang ada.... kita tak perlu  jadi orang lain sebab apa yang kita tak ada...  apa yang paling penting.. hargai diri sendiri... sayangi diri sendiri.... sebab tak ada orang akan sayang diri kita nie.. kalau bukan kita sendiri.... tak ada yang akan hargai diri kita lebih dari diri sendiri.. bukan aku nak mengajar untuk jadi orang yang pentingkan diri sendiri.. tapi.. tak perlulah jadi orang lain untuk memuaskan hati orang lain atau diri sendiri...

kita nak jadi diri sendiri sebab nak puaskan hati sendiri? betul ka kalau jadi orang lain kita akan bahagia??? yakinkah kamu??? tiada siapa yang tahu kecuali Allah... apa yang paling penting... bersyukur dengan apa yang Allah telah berikan.... usaha untuk jadi lebih baik...... tak perlulah meniru gaya orang.. tak perlulah nak jadi orang lain...

kita nak jadi diri sendiri sebab nak puaskan hati orang?? haaa!! tu lagi la kerja bodoh!! memang sangat bodoh!! buat apa nak nak jadi diri orang lain sebab nak puaskan hati orang lain??? sebagai contoh.. ada seorang lelaki cakap dengan awek dia.. 'sayang... boleh tak awak jadi macam yuna? B, suka sangat la tengok dia' esok-esok... nak lagi tukar jadi orang lain.. apa dia fikir perempuan nie sesumpah boleh tukar-tukar? sama jugak dengan perempuan.. "bang..bang.. boleh tak buat style rambut aaron aziz tu... ayang suka la..' amboiiiii jangan la biarkan orang yang kita sayang nie jadi orang lain.. terima dia apa adanya...

kerana cinta tidak pernah menilai semua tu... kerana Allah selalu mencintai hambanya.... cuma kita nie sahaja sebagai hamba yang kadang kala terlupa akan Allah yang selalu ada untuk diri kita.....

wahai rakan-rakan...... tak perlulah untuk jadi orang lain.. jadi diri sendiri.. perbaiki diri sendiri kejalan yang diredhai Allah... itu sudah cukup.. pupuklah diri, binalah jati diri.. untuk menjadi....... manusia yang berguna untuk keluarga, agama, bangsa, dan negara...






Sunday, July 1, 2012

world in my eyes