Thursday, May 31, 2012

i found lots of lovesssss

assalamualaikum....

Hari nie aku dah sah berhenti kerja dari 'rumah atok-atok' hurm... sebelum cuti sem hari tu.. aku ada mention tentang nak cari kerja kan, so 2 bulan cuti nie aku kerja di KFC... Ala mesti korang tau apa tu KFC jadi tak perlulah kau mendefenisikan maksudnya.. dan mencerakinkan ayat2 nie semua ok...

balik kepada cerita yang aku nak ceritakan.. hurm... first aku kerja di KFC, banyak sangat dugaan...... pertama niat ku untuk kerja.. adalah untuk lari dari masalah, sekali gus mencari duit untuk konvo nanti.... aku tak nak habiskan masa di rumah, berdiam diri dan termenung.. .sebab aku tahu aku akan jadi gila plus sot.. hahahah

pertama masuk KFC, aku ingat senang jer kerjanya.. tak banyak protokol.. but when dah masuk aku sedar yang sebenarnya kerja nie tak semudah yang disangka.. aku jadi cashier kat sana, first week memang gabra berabis.. memang hambur.. nak ingat menu, nak semua benda... lain lagi nak suaikan diri dengan kawan-kawan.. hahaha kalau di kenang kembali.. memang aku rasa sangat payah.. tapi aku berjaya harunginya.. aku berjaya atasi semuanya... jadi cashier tak senang tau.. kena kira duit, kerja tak tentu masa.. tak boleh balik on time.. aku sedar itu semua risikp berkerja..

apa yang best disana.. semua orang macam family, kami ada RM, ada manager2, ada senior, ada kawan2.. dan ada 4 department.. cashier, cook, lobby, dan backup... semuanya macam keluarga... waktu aku masuk di KFC, aku sangat kecewa.. heart broken la bilang orang.. tapi aku jumpa banyak kasih sayang.. jumpa banyak cinta (cinta tak bermaksud lelaki dan perempuan ek... ) i found lots of lovess!! sangat banyak love sehingga aku sendiri tak tertanggung kasih sayang dorang tau.. heheh

disini aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga KFC JALAN MASJID TAWAU sebab.... sudi terima kau sebagai keluarga... terima dan ajar aku macam mana nak buat kerja dengan betul... well i lovee u allllllll

Wednesday, May 30, 2012

sinonimnya akulah gitar itu...

Salam semua...

aku duduk di tepi katil, memandang sepi sebuah gitar berwarna merah, kepunyaan insan yang pernah hadir dalam hidup ku dulu.. tapi kini telah pergi.... gitar itu sudah berhabuk, dibiar sepi di sudut bilik. sesekali ku pandang.. terasa pilu di hati... airmata menitis satu persatu.. argh rindunya... tapi bukan milik ku. aku yakin Allah akan berikan seseorang yang lebih baik dari dia.

aku teringat dahulu....

dulu.. gitar itulah pilihan hatinya.. gitar itulah yang di bawa kemana-mana, gitar itulah yang dia sayang hingga tidur pun ada di sebelahnya.. apabila bosan, dia memetik gitar itu, menyanyi lagi kesukaannya... pokoknya, gitar itulah yang sangat disayangnya...

masa berlalu...

dia sudah bosan dengan gitar itu... sehingga dia mengumpul duit untuk membeli gitar baru, yang jauh lebih bagus, dia bersungguh-sungguh untuk membeli gitar baru.. semangatnya tidak pernah pudar, kesabarannya mengumpul duit untuk membeli gitar baru... akhirnya, dia memiliki gitar baru..

gitar lama dibiar sepi.. tidak dihiraukan, walaupun dahulu pernah menjadi pujaannya... gitar lama itu terputus talinya... tampak sedih dengan keadaannya seperti itu....  dia kini bermain dengan gitar baru... menyayangi gitar baru... tanpa memperdulikan gitar lama...

sinonimnya... aku dan gitar itu serupa...

mungkin takdir Tuhan, gitar itu kini menjadi milik ku, walau aku tidak tahu bagaimana hendak memetik gitar, tidak tahu bernyanyi.... tapi gitar merah itu sentiasa ada dengan ku.. apabila rindu, ku sentuh gitar itu.. seakan-akan melihat wajah pemiliknya.... semoga dia bahagia... tidak pernah sesaat aku melupakannya... sentiasa berdoa agar Allah memberikan dia kebahagiaan dunia dan akhirat.. rasanya.. pengakhirannya disini... rasanya segalanya berakhir disini.. terpisah di jalan yang berbeza...

dimana aku sentiasa berdoa.. agar jalan yang terpisah itu... akan terus terpisah... jangan bertemu lagi... jangan bercantum lagi..... izinkan aku pergi selamanya...... AMIN...

Tuesday, May 29, 2012

si hati kapas...

salam....

tidak semua insan di dunia sama.... kata pepatah ada mengatakan 'rambut sama hitam, tapi hati lain-lain' tidak semua jugak orang mempunyai hati yang tabah.. ada juga yang mempunyai hati yang rapuh.. seperti gula-gula kapas mungkin, apabila terkena air pasti akan cair... hati seperti ini tidak mudah untuk 'survive'  lebih-lebih lagi apabila dikelilingi insan-insan yang suka menghancurkan hati 'heart breaker' terlalu mudah untuk kecewa.. menitiskan airmata.. untuk insan seperti kami ini.... berusaha untuk menjadi tabah.. agar dapat bernafas di muka bumi ALLAH ini....

kami tidak mahu jadi lemah.. seboleh-bolehnya kami cuba untuk tabah, belajar menutupi perasaan walaupun sebenarnya.............................. hati kami hancur berkecai, kami cuba untuk berlagak tenang walaupun kami tidak setenang itu. peganglah hati kami sebaik mungkin... jgn dihancurkan kerna itu membuatkan insan seperti kami akan turut hancur..

tapi insan macam kami ada cita-cita, ada impian..... kerana itu, kami belajar untuk menjadi kukuh, menjadikan hati seperti batu.. supaya tidak mudah pecah, hancur dah retak.. kami tidak boleh melangkah dengan hati yang retak seribu.. kerna insan macam kami lebih tertumpu pada hati, bukan minda.. walaupun sesungguhnya ALLAH menciptakan minda untuk berfikiran waras... tapi ternyata insan macam kami... hatinya lebih besar dan sangat lemah... sesungguhnya itulah kelemahan kami.. lemah bila berhadapan dengan soal hati dan perasaan.. lemah bila berhadapan dengan cinta... tersalah langkah, bertemu dengan si 'heart breaker maka hati yang rapuh itu akan hancur..

tapi orang macam kami, tidak pernah  menjadikan itu sebagai alasan.. kami berusaha untuk terus maju.. tidak kira sakit macam mana... sengsara macam mana.. kami akan tetapi melangkah. walah langkah kami pincang.. walau langkah kami tidak sempurna... sekurang-kurangnya kami belajar untuk jadi lebih kukuh dan tabah... walaupun sesungguhnya.. kami jadi cacat pada pandangan mata orang lain...

kepada mereka yang hatinya rapuh... jangan takut untuk teruskan kehidupan... jangan takut berhadapan dengan yang namanya cinta, kerana kekecewaan akan melatih hati agar menjadi kukuh.. jangan membenci si 'heart breaker' tapi berterima kasih la..... kerna.. mereka kita jadi lebih tabah.. teruskan melangkah, walau langkah mu cacat.. kerana tiada insan yang sempurna di dunia.. teruskan panjatkan doa agar suatu hari nanti hati mu tabah.. dan semoga kau bertemu dengan insan yang akan menjaga hati mu dengan baik....

salam sayang dari ku... NURFATIN MOHAMMED YUNUS (si hati kapas)

Friday, May 25, 2012

semakin tabah ^_^

Assalamualaikum......

apa kabar??? untuk pengetahuan korang semua, aku dah selamat buka balik FB setelah hampir 6 bulan hilang.. hahahaha well kenapa aku buka balik FB? coz aku dah semakin tabah.. hidup mesti diteruskan.. yang pergi biarkan pergi.. semoga dia gembira disana... untuk yang masih sama seperti dulu, teruskan kehidupan.. sebab itulah cik Lukachikito Areteen akan teruskan hidup macam biasa...

petikan ini memberikan aku sejuta inspirasi...

"UNTUK APA BERSEDIH DI DUNIA...SEDANGKAN DIAKHIRAT BELUM TENTU BAHAGIA"

dan aku percaya dan yakin.. pasti ada yang lebih baik dari ini... ^_^ untuk para pembaca blog aku... usah dibebankan dengan masalah dan kesedihan.. kerana kita tak tahu bila kita akan dijemput untuk kembali padaNYA.. nikmati hidup sebaik mungkin.. buat kebaikan... dan sentiasa berikan kasih sayang untuk semua.. buang segala dendam... benci.. kerana hanya akan buat hati semakin sakit... ^_^

apa-apa pun selamat berhujung minggu..

Tuesday, May 22, 2012

sementara ada kesempatan..

wahh 2 kali tulis entry.. heheeh sementara masih ada kesempatan..

well, hidup nie sebenarnya terlalu singkat, singkat untuk disia-siakan.. aku menulis blog, ada yang kata, sesuatu yang sia-sia, aku menulis diary.. kata mereka buang masa, aku menulis novel dan cerita.. kata mereka semua itu sia-sia kerana tidak diterbitkan.. hahah aku tergelak sendiri.. betul ka sia-sia apa yang aku lakukan ini? Aku menulis blog, untuk berkongsi pada yang sudi.. agar mereka mengambil iktibar dari kehidupan ku.. dari kelalaian ku.. dan sama-sama memperbaiki diri.. itu matlamat ku menulis.. aku menulis diari.. agar suatu hari nanti aku boleh baca kembali apa yang pernah terjadi pada diri ku.. dan sekali gus mengingatkan aku.. siapa aku yang sebenar.. moto hidup ku, BELAJR DARI KESILAPAN, HIDUP UNTUK HARI INI, HARAPAN UNTUK HARI ESOK, apa yang ada dalam diari adalah satu kesilapan, dimana aku akan betulkan hari-hari yang mendatang.. dan.. berharap esok akan jadi lebih baik.... aku menulis novel, membuatkan hard disk ku penuh dengan cerita yang meleret-leret dan membosankan.. kerana aku suka berkarya.. aku suka mengandaikan.. membayangkan.. dan menyelami hari orang.. aku menjadi insan yang lebih memahami dunia sebenar, keluar dari fantasi hidup yang berwarna warna.. walhal.. semuanya hanya mimpi.. aku seorang manusia yang menulis sementara masih ada kesempatan... masih bernafas dimuka bumi Allah, selagi diberikan ilham.. aku akan terus menulis..... untuk kebaikan, untuk menyebarkan kasih sayang.. aku tidak pernah bosan, tidak pernah berkecil hati kepada mereka yang merasakan aku sedang mensia-siakan waktu duduk dihadapan komputer, menaip 'sampah' (kata mereka).. aku senyum selagi mampu... semoga apa yang mereka sedang lakukan.. adalah perkara yang bermanfaat kepada mereka... mungkin menghina, mengutuk, dan mengumpat orang itu adalah perkara yang bermanfaat kepada mereka.. HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI, siapa aku hendak menilai mereka...

saran ku pada rakan-rakan, buatlah sesuatu yang kamu sukai, sementara masih ada kesempatan, dan tidak melanggar hukum Syarak, dan hukum dunia... buatlah sementara masih ada kesempatan...

untuk pelajar miskin seperti ku, aku bekerja diwaktu cuti ini.. mereka mentertawakan aku.. aku senyum.. silakan ketawa.. kerana ku sedar, dimana bumi dipijak, disitu langit ku junjung. aku sedar, aku bukan anak orang berada.. jauh sekali untuk ku bermimpi duduk-duduk dirumah.. dan menikmati duit hasil keringat emak dan bapa ku.. untuk berfoya-foya.. sedangkan sem hadapan.. aku perlukan duit untuk pengajian.. mereka mentertawakan aku.. kerana bekerja, ada juga yang mengatakan.. seharusnya aku menikmati cuti bersama keluarga.. argh senangnya mulut mereka berbicara seperti itu, siapa yang tidak ingin untuk menikmati cuti ini bersama keluarga tercinta, tetapi bagi ku sementara masih ada masa... aku akan berusaha mencari wang, mengumpul duit untuk konvo nanti..... aku mencari duit, bukan bermakna aku melupakan keluarga ku... tidak sama sekali, aku masih menjalankan tanggungjawab ku untuk membahagiakan kedua ibu bapa ku.. menjadi adik yang baik, dan kakak yang baik.... sementara masih ada kesempatan ini..

aku terima hinaan mereka.. ia aku anak Yunus si supir... ketawalah.. kerana kau berharta.. kerana anak mu tidak perlu bersusah-susah seperti anak si yunus si supir........ yang harus mengerah tenaganya untuk mencari wang... ketawalah.. kerana kau naik kereta besar.. tidak seperti si Yunus si Supir.... yang hanya naik kereta syarikat... ketawalah.... ketawalah....

TAPI SUATU HARI NANTI, DENGAN IZIN ALLAH....... AKU AKAN TEBUS SEMUANYA! SEKARANG BELUM MASANYA...

hidup seperti roda.... ketawalah kau sementara masih ada kesempatan mu....^_^

weeeehhhhh lama hilang!!!

salam semua.....

wahhhhh lamanya aku menghilang kan.. heheheeh 2 bulan cuti nie.. sibuk sangat.. sampai nak bernafas pun tak ada masa... aku betul-betul manfaatkan cuti nie untuk kebaikan bersama.. selain itu.. aku juga sibuk mencari identiti diri yang sebenar.. wahh ayat ku semakin teratur.. kan..kan..kan.. so.. macam mana hari-hari korang? aku harap okk jer.. dan harap korang semua happy.. owh ya..

sedar tak sedar, hampir 2 bulan aku di Tawau, tak lama lagi sem baru akan bermula.. semoga aku akan melakar sesuatu yang indah, dan akan menjadi kenangan ku sampai mati.. cakap pasal kuliah, alhamdulillah, result exam sem lalu dah keluar, dan keputusan tidak menghampakan.. walaupun sejujurnya, adalah hampa sedikit sebab target ku tidak mengena, tapi kalau difikir secara positif, ponter naik dari sem lalunya.. hehehe aku sepatutnya bangga dengan diri sendiri, kerana dapat menaikkan pointer dan terus mengekalkan pointer 3 keatas.. alhmadulillah, segala pujian hanya untuk ALLAH..

aku ada banyak benda nak cerita dengan korang, nak share gambar, tapi sekarang nie.. semuanya tak berapa bagus.. sebab kat tawau, line BB aku masih tak ok lagi.. nanti dah pulang kampus baru aku upload semua yang aku dapat.. dan cerita tentang pengalaman yang aku kutip selama bercuti.. boleh dikatakan.. aku mengunakan cuti ini sebaik mungkin.. tiada penyesalan tau.. hehehe

cuti nie, aku kerja, di rumah 'atok-atok' hahahahahah nantilah aku cerita selebihnya.. aku jumpa siapa, apa pengalaman.. dan.... apa sebenarnya 'atok-atok' tu.. hahahahahahahaha wah... hepinya aku menaip..

apa-apa pun, sebelum aku mengundurkan diri... 'sayangi diri sendiri sebelum menyayangi insan lain' .. .. okkkklah.. bye-bye.. salam..