Friday, March 30, 2012

selamat tinggal sem 3... hello holiday ^_^

Assalamualaikum........

hari ini, secara rasminya............. akan ku tinggalkan sem 3, dan esok bermulalah cuti selama 2 bulan lebih, tadi paper PAD214, alhamdulillah....... dipermudahkan segala urusan ku untuk menjawabnya........ dan tengah sibuk-sibuk jawab paper, boleh-boleh aku teringat nasihat cikgu bahasa english time form 5, heheh rindu kat dia sangat-sangat....walaupun dia garang, tapi...... apa yang dia cakap, apa yang dia bebel waktu sekolah, time kelas BI dulu, kembali menyinggah dalam kepala ku hahahaha 

dia selalu cakap, 'untuk berjaya tidak semudah itu... dan tidak sesukar itu', "do not destroy your future for a stupid things", and banyak lagi la.. hahaha tapi apa yang aku buat time tu.. just dengar dan tak apply langsung dalam hidup, tapi tadi tiba-tiba aku teringat.. dan betullah apa dia cakap, apa yang penting dalam kehidupan untuk berjaya, adalah azam dan tekad... kehendak, dan berusaha tanpa henti to achieve your goals in life... and you should focus and never fall for stupid things... let people talks about you, because they have mouth, and let you succeed because you have you goals.

simple and easy jer masihat dia, apa-apa pun sem nie banyak kenangan manis....... sangat-sangat banyak.. semoga sem depan akan lebih manis dan aku semakin berusaha menuju kejayaan. esok aku balik tawau, last flight.. dan aku bercadang hendak kerja insyaALLAH segalanya dipermudahkan.... wah rindunya dengan keluarga aku.. hohohohohoho

kenangan sem 3 akan selalu terpahat dalam hati ku... 

persembahkan.............. gambar-gambar sem ini.. actually banyak lagi tai nie jer yang mampu aku edit.. (penat nak mampus aku mengedit =_='')

pergi berjoging bersama sue n dila.. ^_^

LDK bersama satu kumpulan, azfar, kak penny, khai, lehan, dan jaja... ^_^

sambutan maal hijrah bersama filza..^-^ di masjid uitm sabah

spending time with ema, filza, jaja, n ayaki...

random pic taken by me.. ayaki, jaja, ema, filza, judith, lala, kak penny, amal, JJ n kevin

going to cluster C untuk buat rayuan kolej.. hahaha with sue, ayaki, kak penny, filza, ayaki, ema n jaja

kami tengah melawati carnival kakak n abang part 6.. such a wonderful day.. ^_^

X-mas mood at !1B.. tapi kami tak sambut krismas ok...

bakal-bakal model uitm terkenal..hahahah lala, JJ, me, kevin n amal..

we had PAD test when this pic was taken, aku guna payung besar warna-warni.. heheheh  (aku sakit time nie... demam)

we stady macroeconomy... our artwork.. hahah

my macho n very hardworking fren.. kevin, jj, and amri

the next top model..  hahaha filza, jaja, ema, naya, and me

menghabiskan kopon c naya.. hahahaha jaja, me, and naya

students of diploma in public admin

i will miss this momment.. every Wednesday... ada kelas HBU bola jaring.. huhuhu rindu masa-masa ini sem depan dah tak ada..

sambutan maulidul rasul.. me with filza... dila and sue

our first adventure at PAPAR, kak penny's sister wed 

kejohanan tertutup bola jaring.. anjuran part 3.. iaitu kamilah..hehehe

terlalu banyak kenangan yang indah2.. hehehe sedih untuk meninggalkan masa-masa ini...

-the end-

Thursday, March 29, 2012

kekacauan jiwa CIK LUKACHIKITO

Argh! disaat-saat aku sedang asyik menelaah nota-nota, saat itu juga minda ku ligat memutarkan kenangan-kenangan ku bersama Matahari!! otak ku kusut............ bercampur aduk kenangan menusuk jiwa dan nota untuk final exam esok... aduh!!! tertekannya jiwa saat ini.......................................... aku tahu memang bodoh untuk terus-terus dalam keadaan seperti ini, tetapi harus bagaimana lagi, Matahari itu sebahagian daripada hidup ku selama 5 tahun yang lalu.......................................................... ternyata aku masih cinta. hahahahahha setianya aku pada insan yang tak ingin kan diri ku kan.... jiwa ku kacau saat ini, terlalu kacau sehingga aku rasa akulah manusia paling bodoh dan tolol terlalu taksub dengan cinta duniawi... umur baru setahun jagung, sudah tertekan kerana masalah remeh dan tak masuk akal ini.... aku berjuang untuk keluarga ku, jika ingin diturutkan hati, aku lah manusia yang paling berduka disaat ini... mengapa kau hadir? kemudian kau pergi begitu sahaja.. tanpa sebarang pesan.. dan penjelasan mengapa kau berubah hati.. ah sekali lagi bodohnya aku... bertanya mengapa dia berubah hati.. bukan kah hati ini milik Allah.. sudah tentu Allah yang mengubah kasihnya.. ada hikmah disebalik semua ini.. tetapi aku harus tabah untuk mengharungi detik-detik denting dan rapuh dalam hidup ku...  pada siapa ingin ku curahkan hati dan perasaan???????? hanya pada blog... dan juga diary... kepada yang sudi membaca entry ini... anda bebas untuk berkata apa  sahaja tentang aku.. aku juga manusia biasa, punya hati dan perasaan... aku selalu memotivasikan diri sendiri, agar tabah, dan teruskan perjuangan untuk keluarga tercinta.. tetapi pada masa yang sama.. pada malam yang sama.. saat semua orang telah tidur.. aku sendirian... dan taktkala itulah aku rasakan sunyinya............................ tanpa MATAHARI didalam hati ku untuk menghangatkan hati dingin ku................ aku tahu............................................... pasti akan ada insan lain yang akan membahagiakan ku.. tetapi untuk saat dan ketika ini.............. jiwa ku kacau! otak ku berserabut.......................................... kenangan.. kenangan... aku rindu.. rindu..... rindu..........rindu pada setiap sms yang dihantar, gelak ketawa bersama, gurau senda, matanya yang redup.. senyumannya yang menarik hati ku... raut wajah itu..... rambutnya.......... malah baunya.................. aku rindu pada mu wahai MATAHARI... aku memanggil mu MATAHARI kerana aku tidak sanggup lagi untuk menyebut nama mu, pada bibir dan juga di blog ini.. malah diary ku juga tidak ku sebut lagi nama mu.. tapi.. percayalah.. hati ku selalu menyebut nama mu dan itulah yang membutkan kepedihan ini semakin menyeksakan.. semakin lebar luka itu.. dan semakin deras airmata mengalir........ sungguh YA ALLAH aku rindu pada makhluk mu yang ku gelar MATAHARI... sangat merinduinya... masih terbayang............ pertemuan yang menimbulkan sebuah perasaan yang asyik, damai dan membahagiakan...... kenangan di kapal terbang............ semua itu masih kekal dalam ingatan.......................... selama 5 tahun lebih....... nama mu yang terus-terus ku sebut dalam hati, hanya kau yang ku fikirkan............................................................................ hanya diri mu yang ku sayangi sebagai insan yang akan menemani hidup ku..... tetapi kau pergi........................................................... pergi jauh meninggalkan ku............................................................................... sungguh aku derita................. sungguh aku tidak sanggup merasakan perasaan ini............... 2 hari lagi aku akan pulang ke kampung.. hati ku takut andai bertemu dengan mu.. tau ahli keluarga mu.. aku takut segala kekuatan yang ku bina beberapa bulan ini........... akan hancur!!! dan aku kembali kepada manusia yang semakin hilang akal................ argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku sia-siakan masa belajar untuk menulis entry merapu ini.. semoga lepas ini........ aku akan boleh fokus belajar.... SEMOGA ALLAH SELALU ADA BERSAMA KU........

T_T

Wednesday, March 28, 2012

part of the sweet time..

salam...

esok last paper sudah!!!! hurrreeeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy hurm, semalam aku bermimpi... tapi yang hairan mengapa aku selalu mimpikan dia? dia langsung tak penting pun dalam hidup ku, kerana dia yang meninggalkan aku.. ini bukan cerita pasal bekas kekasih ok... ini pasal kawan.. aku pelik bin ajaib la.. kenapa dia selalu jer muncul dalam mimpi ku.. dalam mimpi bukan main lagi kami mesra.. tapi hakikatnya.. dia langsung tak pandang aku.. dia langsung tak cakap dengan aku.. adeeehhhhhhhhh aku binggung ehhhhhhhhhhhhhhhhhhh... 2 sem sudah kami perang dingin.. aku pun tak tahu.. apa sebab dia mcam tu. fuuuhhhh... (kenapa aku kisah sangat kalau dia tak nak kawan dengan aku??????????) persoalan hahahahahah

sebuah gambar yang membawa kenangan manis.. hehehe (dia nie kawan aku ekkkk ) sweettttttt masa nie..

Tuesday, March 27, 2012

jadilah remaja yang sihat... (tips)

Assalamualaikum..............

sedar tak sedar dah hampir sebulan minggu peperiksaan berlangsung.. aku lagi 1 paper.. dan aku akan bercuti!!!!!!!!! tempoh bercuti semester ini agak lama, dua bulan lebih.. so, aku akan habiskan masa untuk menjadi remaja yang sihat??

ehhh remaja yang sihat? macam mana tu??? adakah aku akan bersenam selalu agar sihat? itukah yang dimaksudkan jadi remaja yang sihat?? SALAH!!! heheheheh

menjadi remaja yang sihat, bukan sahaja sihat dari segi fizikal, tetapi rohani, mental juga.... sihat secara fizikal, tetapi mental dan rohani bermasalah.. itu belum lagi menjadi remaja yang sihat tau.. cuti semester ini aku nak habiskan masa yang berkualiti bersama keluarga, cari kerja sambilan untuk cari duit tambahan... dan belajar buat kerja rumah terutamanya skill memasak, dan kemas rumah, seterusnya lebih bermuhasabah diri agar sentiasa dekat pada yang Maha Esa... kata orang sambil menyelam minum air... heheheh

memanfaatkan masa cuti sebelum kembali ke kampus, agar tidak terpengaruh dengan gejala-gejala sosial yang sering dikaitkan dengan remaja.. aku sebagai remaja kadang kala rasa marah, tetapi apakan daya, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. aku percaya masih ada ramai lagi remaja di luar sana yang masih sihat fizikal, mental, dan rohani.. dan pada rakan-rakan seremaja yang sedang sakit... cepat-capat pulih, agar kita semua jadi remaja yang sihat!!

alangkah bahagianya, jika dapat membahagiakan orang-orang disekeliling... disamping membahagiakan diri sendiri.Alangkah bahagianya membuat ibu bapa bangga dengan diri ini... daripada membuat ibu bapa malu, dengan menconteng arang ke muka mereka.. aku lebih rela korbankan masa-masa 'enjoy' sebagai seorang remaja hanya untuk melihat senyuman bangga dan bahagia diraut wajah orang tua ku.... selagi aku berfikiran positif, dan aku juga menikmati masa-masa bersama mereka... bagi ku itu sudah sangat enjoy daripada 'enjoy' yang entah memberikan kebahagiaan apa pada diri ku...

akhir kata.. marilah jadi remaja yang sihat!!!

hanya gambar hiasan.. ^_^




Sunday, March 25, 2012

aku akan sentiasa ada...

Assalamualaikum..........

apa kabar?? sihat? syukur Alhamdulillah......

lama tak tulis apa-apa, aku busy stdy... minggu nie last dah exam... then cuti 2 bulan lebih... actually aku tak ada apa-apa yang menarik nak dikongsikan bersama saat ini... aku meniap dengan otak  yang kosong tanpa idea yang bernas..... hurm.. entahlah aku binggung sebenarnya.. tidak tahu mana jalan yang harus aku pilih.. astagfilullah'alazim.... apalah aku nie, tak bagus macam nie kan.. nyah kau perasaan yang tak menarik dari diri ku... ok.. ^_^

aku akan sentiasa ada...

ada untuk agama ku... ada untuk keluarga ku... ada untuk rakan-rakan... dan ada untuk dia yang akan bergelar suami ku..... kadang kala, mungkin aku tiada bersama mereka saat itu.. tapi hati ku sentiasa ada untuk mereka... aku akan sentiasa ada di celah-celah orang ramai, walau aku tidak kelihatan... aku akan sentiasa... ada..

itu jer.. hahahaah apa point aku tulis entry nie???? TAK TAHU...

BYE!!


Thursday, March 22, 2012

APA matlamat kamu masuk Universiti???

Assalamualaikum semua...

(ehhhhh hari nie 2 kali aku tulis entry.. hahahaha tak pe.. tak pe.. sementara masih ada idea... jadi tulis jerlah..)

apa matlamat korang masuk U??? (terutamanya untuk mereka-mereka yang dah berada dalam U..)

sekarang nie, student diploma tengah exam... (uitm la.. U lain aku kurang pasti) tiba-tiba aku terpandang mereka-mereka yang tengah dibuai kelalaian, terdetik dihati ku... apa matlamat mereka datang kesini? kemudian aku lihat diri ku, tertanya sendiri... apa matlamat ku datang ke universiti?

aku dibesarkan di kawasan perkampungan.. dimana jiran-jiran yang masuk universiti tu bagi ku dah hebat.. apatah lagi mereka yang melanjutkan pelajaran keluar negara..... fuhhhh hebat tahap gaban!!! aku memang bercita-cita masuk Universiti.

aku bukan pelajar yang asyik dapat straight A... aku belajar bersungguh-sungguh kerana emak dan bapa selalu beri dorongan agar aku, kakak, dan adik menjadi orang yang berguna dan dapat mengubah nasib keluarga aku yang miskin...... semakin menginjak dewasa, aku pass SPM dengan setakat cukup  makan.. kerana terlalu asyik dengan kelalian perasaan yang di buai- buai dengan cinta... aku menyesal.. keputusan aku memang tak teruk tetapi aku masih tak puas hati sebab aku tak dapat nak sambung bidang kedoktoran.... tetapi, Allah telah berikan aku peluang ke 2.... apabila aku dapat menjejakkan kaki ke menara gading.... sekali gus mengubat hati emak dan bapa.... aku melangkah pada hari pertama ke UiTM dengan niat dan tekad ku untuk menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.......

itu matlamat ku... tetapi bagi mereka?? meraka yang lalai? apa matlamat mereka kesini?? aku tidak mengerti...... sayangnya.... desis hati ku.. berapa ramai mereka yang bijak pandai di kampung ku yang hendak menyambung pelajaran tetapi tidak dapat kerana dokumen pendaftaran mereka ada masalah.. mereka tidak tahu bersyukur betapa beruntungnya mereka dapat masuk ke Universiti... argh!!! hati ku panas.. mereka berfoya-foya.. lupa dengan keluarga di kampung... terlalu ikutkan kata hati... sehingga boleh memusnahkan impian ibu bapa mereka...

bagi aku yang miskin ini... ini sahaja peluang ku untuk keluar dari belenggu kemiskinan... menyenangkan ibu bapa agar mereka tidak lagi harus bekerja keras.... bagkitlah wahai mahasiswa dan mahasiswi... jangan alpa dengan kebebasan yang ada.... keseronokan sekarang tidak menjamin masa depan mu... kerana cabaran hidup akan datang lebih besar daripada hari ini... hari ini, gaji RM500 pun terlalu sempit, inikan pula di masa hadapan.....

nasib kita takkan berubah wahai rakan-rakan..... biar berbuih orang lain menasihati.... tetapi kalau tiada tindakan dari diri sendiri.. semua itu bagaikan mimpi sahaja.............

BANGKIT..BANGKIT...BANGKIT... mulakan langkah transformasi.......... jadikan masa-masa di universiti sebagai masa-masa untuk bertanam... agar nanti boleh menuai hasilnya...............

apa matlamat kamu masuk Universiti??????


Wednesday, March 21, 2012

aku tak cakap 'sampah' okkkk

assalamualaikum...

apa pandangan korang kalau tengok orang tu menggunakan kata-kata kesat???? ok, entry kali nie mengandungi unsur-unsur yang tidak sopan.. kepada kanak-kanak bawah 12 tahun.. please.. do not read okkkk...

tidak dinafikan, perkataan seperti 'shit' 'stupid' 'motherfuck' 'f*ck 'damn' 'holy shit' 'p*k*mak' dan macam-macam lagi sering di tuturkan oleh remaja, bahkan kanak-kanak dan orang tua pun selalu sebut...... tak sopan la.. sorry aku tidak menjudge based on individual ok... ini secara menyeluruh....... 

kau tengok perempuan tu cute jer.. manis jer... tapi tiba-tiba jer dia bukak mulut, sebut perkataan 'fuck'!! ok!!! it's not good... orang lain tengok pun dah tak cute.. ada orang cakap... 

'ekeleh... itu cuma cakap jer... kau tak boleh nilai orang macam tu.. mulut jer macam longkang tapi hati dia baik tau...' 

ehhh, macam mana nak tahu dia baik, hati dia tak nampak.... so sebagai manusia biasa, aku menilai melalui apa yang dia sampaikan dari percakapan, gerak tubuh, dan penampilan... kalau dia baik.. kenapa cakap benda yang tak baik? sedangkan banyak lagi perkataan yang boleh dituturkan untuk melambangkan hati dia yang baik dan suci bersih... tak gitu??

samalah dengan konsep, ala... orang bertudung tak semestinya baik.. kannnnnnnn... telinga aku dah naik pekak dengar orang cakap macam tu... memang tidak dinafikan, orang yang bertudung tidak semuanya baik, sebab tudung pada zaman sekarang lebih kepada fashion dan bukannya tuntutan agama yang meminta untuk menutup aurat... ok aku tidak bias dalam berbicara soal agama... kerana masing-masing mempunyai pendapat sendiri, dan aku belum punya ilmu yang tebal untuk berbicara tentang agama.. cuma fikiran dan pendapat aku saja.. tetapi orang yang bertudung nie untuk melambangkan keislaman mereka... terutamanya yang bertudung menutup syariat... maniskah di tengok.. sesuaikah didengar, orang yang bertudung tetapi menyebut perkataan-perkataan 'sampah' itu?????? secara logik dan warasnya?????? apa jawapan kamu semua??

hidup nie bagaikan simbol...... kita yang  membentuk diri untuk menjadi apa.... jadi jangan salahkan orang lain kerana menilai diri kita seperti apa... kerana diri sendiri yang menjadi simbol kepada baik atau buruk.. jadi berhati-hatilah ketika mempamerkan sesuatu... jangan disalah tafsirkan diri sendiri, kelak membakar diri..

aku pun kadang-kadang terlepas cakap perkataan 'sampah' ini... dan aku nak perbaiki diri agar tidak terus-terus menyimbolkan diri ku sebagai sesuatu yang buruk.. biarlah aku menjadi simbol kepada sesuatu yang tenang... dan boleh membanggakan agama ku.. 

akhir entry, aku menyeru rakan-rakan sebaya, remaja sekalian agar menjadikan diri sebagai simbol yang terbaik untuk diri sendiri, agama, negara dan bangsa............... agar orang lain boleh menilai kita sebagai sesuatu yang berharga bukan sebagai simbol 'sampah'... 

sekian.


Tuesday, March 20, 2012

JANGAN terlalu bermimpi...

Salam kepada pembaca blog aku... (ehhh ada ker jugak orang yang baca blog aku??)

hari ini aku akan menyentuh topik mimpi... apa binatang mimpi tu??? tumbuhan ker?? hahahah tak la.. apa yang aku hendak cakap tentang mimpi... impian..kehendak... angan-angan.. cita-cita... semuanya  berbeza dari segi ayat tetapi membawa maksud yang sama kepada ku...

remaja sekarang terlalu banyak bermimpi sehinggakan terbuai dengan perasaan sendiri yang sebenarnya menyimpang daripada rialiti kehidupan.... bermimpi hendak menjadi best student, tapi tidak berusaha dan pada akhirnya kegagalan menimpa.... itu kerana TERLALU BERMIMPI........

Bermimpi hendak mendapat pekerjaan yang bagus-bagus.... tetapi waktu sekolah ponteng dan jadi SAMPAH MASYARAKAT.... akhirnya................. KEGAGALAN menimpa.............. itu semua kerana terlalu banyak BERMIMPI..............

BERMIMPI tidak salah, bermimpilah biar sampai ke bintang......................... tetapi tolong berusaha untuk mencapai mimpi itu... (tiba-tiba teringat pulak lagu biar sampai ke bintang)

apalah erti bermimpi sampai ke bintang sekiranya tidak disertakan usaha dan doa... bermimpi adalah satu perkara yang sia-sia jika ianya hanya semata-mata mimpi......

untuk berjaya mimpi perlu, agar menentukan matlamat yang hendak dicapai...  berusaha untuk mencapai mimpi agar mimpi itu menjadi impian.. bukan angan-angan kosong..


selamat bermimpi... ^_^

Monday, March 19, 2012

Hello ENCIK COOL

Assalamualaikum...........

hari nie... hati terdetik untuk menulis entry tentang 'encik cool' herm, aku tak kenal dia.. dan tak tahu siapa dia.. tapi.............. aku ingat wajahnya dari pertama kali aku jumpa dia, sejak itu aku tidak pernah lupa.. dan tadi aku jumpa dia lagi....................................................................... aku tak boleh kata apa-apa.. just.. kalau jodoh tak kemana kan.. hello encik cool....................

Sunday, March 18, 2012

bisikan qalbu...

Berlalulah wahai kenangan.....

kerna hati sudah terperangkap dalam kesiksaan...

berbisik qalbu dalam sendu..

berlari ke langit..

namun langkah kian rapuh...

berharap bertemu bulan dan bintang...

mengadu lara dan tak ingin kembali...

jiwa meronta ingin bebas..

menepis segala rasa di dada..

bibir terkunci, daku menangis tak tertahan sebak...

pedihnya jiwa, siksanya batin...

pergilah sejauh mungkin...

lari dari kenyataan...

andai khayalan lebih mengasyikkan..

biar aku terbuai dengan dongeng tipuan..

asal hati bisa tersenyum... biar pandangan merentas mimpi...

asal AKU bahagia...

aku bukan seri kandi cinta, jauh sekali Dian membakar diri....

p/s : sajak atau puisi yang di cipta oleh aku.. dah lama tak buat macam nie.. dulu time sekolah menengah memang aku la raja jiwang.. hua..hua..hua


Friday, March 16, 2012

hakikatnya

Assalamualaikum....

lama tak update apa-apa kan.. sekarng tengah exam... so, busy sikit... hari-hari ku dipenuhi dengan labry dan buku sahaja... muka pun dah banyak timbul jerawat-jerawat exam.. well tak lama cuti, hari tu aku cadang nak kerja kat KK jer.. tak nak balik Tawau.. but then.. aku kesian dengan mak aku.. takkan aku nak buang keluarga hanya tak nak ingat dengan kisah lalu kan.. sangat buduh bha aku nie... InsyaALLAH aku akan jadi lebih tabah selepas ini...

semakin dewasa. (wah.. dewasa kunun.. ^_^) semakin banyak perkara yang sebelum ini aku tak faham... kini dah faham.... kalau dulu..

"wah........bestnya jadi dewasa.."

sekarang...

"aku masih budak-budak la.." (even umur dah lanjut..)

hakikatnya disini, manusia itu tidak tahu bersyukur kan... dan mengakibatkan dia tidak menikmati zaman-zaman yang sepatutnya dinikmati dengan syariat yang betul.....

"alangkah bahagianya berumah tangga.." (bagi yang belum kawin..)

"alangkah bahagianya zaman bujang-bujang dulu..." (bagi yang dah kawin..)

hakikatnya disini, manusia masih tidak tahu bersyukur.. selalu memandang dari segi negatif, mengapa tidak bersyukur dan menghargai sahaja apa yang ada... kadang kala, bersyukur itu sangat penting..

kalau dulu, aku berteman... sekarang aku sendiri...... aku tidak akan mengeluh kerana sendiri, dan tidak punya teman.. hakikatnya ramai disekeliling ku penuh dengan orang-orang yang bahagia menyulam cinta, aku akan nikmati masa-masa sendiri ini..... dan memperbaiki diri ku yang banyak kekurangan... agar suatu hari nanti apabila jodoh ku yang Allah sudah tentukan (insyaALLAH kalau ada) tiba, aku bersedia dari segala segi...

seseorang dikelilingi dengan teman dan rakan, hakikatnya... dia sendiri. kerana tiada daripada rakan dan temannya itu adalah yang sejati... (lari topik)

ada orang hidupnya mewah, tetapi hakikatnya.. hatinya tidak bahagia.... jiwanya berantakan.. 

ada orang hidupnya serba kekurangan, tetapi hakikatnya.. dia bahagia.. jiwanya tenang... fikirannya damai..

ada orang wajahnya rupawan... hakikatnya dia menjadi perangkap syaitan...

ada orang wajahnya biasa sahaja.... hakikatnya dialah permata yang dicari...

ada orang mulutnya manis berbicara, hakikatnya.. dialah pendusta celaka..

ada orang mulutnya pedas, dan kadang kala tidak banyak bercakap.. hakikatnya dialah yang jujur menegur agar tidak terpesong...

ada orang wajahnya sedingin ais, hakikatnya hatinya hangat lagi medamaikan...

ada orang wajahnya  ayu... hakikatnya, dia talam bermuka-muka...

apa-apa pun.. jangan menilai dari luaran, kerana yang didalam belum tentu sama.. jangan terus menghakimi seseorang tanpa mengatahui perkara yang sebenar....

akhir kata.......maaf jika ada yang tersinggung.. hanya sebagai peringatan...


Sunday, March 11, 2012

DO YOUR BEST!!!!

Assalamualaikum!!!!!!

esok dah start exam... dan esok paper BEL311.... adeeehhhhh hari nie aku blank hendak belajar apa............................................................................. toink.. toink...


Saturday, March 10, 2012

kad aqiqah Yaya

Assalamualaikum semua.......

baru-baru nie.. aku dapat job dari abang sepupu n kakak ipar ku untuk design kad aqiqah anak buah aku yang baru lahir seminggu yang lalu... nama dia YAYA ok... Adik kepada ALEESYA... nie la hasil art work aku.. biasa-biasa jer.. tapi aku bangga dengan hasil usaha aku. hahaha


Thursday, March 8, 2012

semua yang terjadi ada hikmahNYA...

Assalamualaikum....

Bismillahirahmahnirahim......

semua yang terjadi ada hikmahNYA, ayat ini sudah lali kita dengar barangkali..... tetapi, berapa ramai yang betul-betul menghayati maksud sebenarnya? pernah tak kamu merasakan hidup ini tidak adil? dan tertanya-tanya mengapa perkara itu terjadi?? secara tidak langsung kamu menyalahkan takdir?? aku pernah... terasa sangat bersalah dan berdosa kerana tidak menganggap segala yang datang sebagai ujian dan dugaan...

semua pekara yang terjadi dalam hidup ini, ada maksud tersurat dan tersirat yang seharusnya dihayati sebaik mungkin, kerana jika tidak... pasti manis sesuatu dugaan dan ujian yang kita hadapi tidak terasa... seperti situasi ini...

"mengapa dia tinggalkan aku???"

dialog biasa, jika seseorang putus cinta, memang sakit yang teramat sangat, tapi disebalik kesakitan itu... jika dihayati hikmah yang ALLAH cuba berikan kepada kita ialah.... pertama, untuk menjauhkan diri daripada maksiat.. Allah sudah tidak mahu kita terus-terus terjebak didalam kancah maksiat, oleh itu, Allah buang rasa sayang dan cinta orang itu untuk kita... itu tandanya Allah masih sayang kita.. Allah mahu kita lebih fokus kepadaNYA dan apa yang penting, agar kita tidak lalai dalam keasyikan dunia yang sementara... kedua, orang yang putus cinta, hatinya akan hancur..... tetapi apa yang penting, Allah beri hati yang baru, hati yang lebih perkasa, lebih tabah untuk kita menjalani hari-hari yang akan datang... kerana Allah tahu, hati kita \lemah, oleh itu Allah berikan ujian.... bukan kah Allah itu yang terbaik?

situasi seterusnya..

kau sedih sebab tak pergi ke suatu tempat bersama rakan-rakan kerana ibu bapa melarang, hati mu bersedih, cemburu kawan-kawan mu bergembira sakan... tetapi hakikatnya.... Allah menegaskan hati ibu dan bapa untuk tidak mengizinkan kau turut pergi kerana Allah tidak mahu kau terlibat dalam perkara yang sia-sia... Allah tidak mahu kau terjerumus dalam pergaulan bebas.... yang akhirnya akan menyebabkan kau tertinggal solat dan lalai... sungguh.. Allah begitu menyayangi kan...

situasi seterusnya...

kau rasa sedih kerana tidak dikurniakan body yang mantap, wajah yang anggun dan ayu idaman kebanyakan lelaki.. tetapi Allah itu maha adil... dengan tidak mempunyai body yang mantap, wajah yang menjadi igauan lelaki sedunia.... kau boleh berjalan tanpa usikan dan siulan nakal lelaki, kau terhindar daripada mata-mata nakal lelaki yang akhirnya akan menjerumuskan diri. minta maaf, disini aku tidak bersifat prajudis.. kepada mereka yang cantik...

Allah jadikan sesuatu bersebab, tiada ciptaaNYA yang sia-sia.... dan semua yang terjadi ada hikmahNYA.. terpulang kepada individu untuk menilai maksud tersirat dan tersuratnya..... mentafsir manisnya segala perancangan ALLAH untuk hambaNYA.. oleh itu, sentiasalah berfikiran yang baik-baik kepada Allah.. jangan sesekali menyalahkan Allah kerana apa yang terjadi... sesungguhnya kita manusia tidak mengetahui akan perkara yang Allah ketahui....

akhir entry.. minta maaf.. sekiranya ada pengunaan ayat dalam entry ini yang mengguris hati sesiapa yang membaca... tidak berniat untuk menyakiti hati.. tetapi hanya untuk menjadikan entry untuk renungan bersama..


Wednesday, March 7, 2012

Hidup hanya dengan warna hitam dan putih...

Assalamualaikum...........

hari nie aku tak berapa nak happy.. mood blur jak, satu hari aku habiskan masa di labry ulangkaji subjek law, tapi satu apa pun tak masuk... rasanya chapter 1 n 2 jer.. yang lain semua beterbangan jadi kupu-kupu yang berwarna hitam dan putih....

sejak akhir-akhir nie... aku dah lalui banyak perubahan........... terima kasih kepada insan yang sudah melukai ku kerana dialah, aku mampu berdiri segagah ini, tersenyum seikhlas ini, dan aku semakin dekatkan diri pada Allah... sekali lagi.. terima kasih....

aku masih ingat, bagaimana hancurnya semangat ku saat jiwa ku rapuh tatkala maruah ku dipijak-pijak... hanya air mata yang menitis.... bibir ku ketap sekuat mungkin, hanya mereka yang berada dekat dengan ku tahu sakitnya jiwa ku saat itu.... apabila ku kenang kembali masa itu...... jiwa ku terobek sedikit, kadang kala, hati ku terasa sakit... pantas ku cantas kesakitan itu denga kemaafan... ku maafkan kau yang menyakiti ku.... tiada dendam yang ku simpan, walau sekecil zarah.. malah aku doakan kebahagiaan mu... agar suatu hari nanti, aku akan bahagia....

aku tersenyum sendiri, membaca helaian demi helaian diary ku, tempat aku menelempiaskan sakit dijiwa, terdapat tompok-tompok kesan daripada titisan airmata, betapa saat itu hati ku berduka lara.... tetapi kini, hati ku sudah lapang, ALHAMDULILLAH... segala puji hanya untukMU YA ALLAH....

dahulu, aku manusia yang penuh warna.. penuh ragam.. penuh cerita... sekarang, aku lebih banyak habiskan masa di perpustakaan... berjuang demi masa depan keluarga.... tenang rasanya hidup hanya dengan dua warna, hitam dan putih, hanya ada dua pilihan, hitam ataupun putih.... tanpa prajudis terhadap apa-apa disekeliling ku.. hanya memikirkan baik dan buruk seterusnya pilihan ada di tangan sendiri...

titik permulaan kehidupan seorang insan yang bernama NURFATIN BINTI MOHAMMED YUNUS bermula saat ini.... tidak akan berpatah balik, teruskan kehidupan.. penuhkan matlamat untuk mendapat redhaNYA... dan aku serahkan hidup dan mati ku padaNYA...


Tuesday, March 6, 2012

Hati-hati berbicara.....

Bismillahhirahmahnirahim....

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

seboleh-bolehnya aku tidak ingin menulis entry kali ini dengan penuh prajudis dan pilih kasih, lebih-lebih lagi melibatkan emosi.. berusaha aku berfikir menggunakan akal tidak menggunakan hati seperti selalu...

berhati-hati ketika berbicara.. kerana perkataan mampu  membunuh sesuatu yang aku panggil perasaan, hati dan emosi... kerana mulut anda sungguh berbisa........
tahukah anda? aku rasa memang kamu semua tahu, sebab masalah ini dari zaman berzaman lagi telah wujud, hati dan perasaan akan terluka hanya kerana perkataan... aku tidak kata yang aku bagus, kadang kala juga aku TIDAK SENGAJA akan menuturkan sesuatu yang menyakitkan... tetapi itu akan jadi masalah apabila KAU SENGAJA untuk menyakitkan hati orang...(aku cuba untuk tidak mnggunakan emosi...) apabila kau bercakap sesuatu yang kau sendiri tidak faham, maka kebodohan mu akan terserlah.. percayalah.. adalah sesuatu yang berbeza apabila seseorang yang tahu dengan seseorang yang tidak mempunyai ilmu...

kau bercakap ikut hati dan perasaan mu (ya.. aku mengaku.. aku pun selalu begitu) tanpa kau sedar, hati dan perasaan orang terluka.. orang menangis kerana apa yang kau tuturkan... bukan kah itu kejam? siapa kau hendak menghancurkan hati seseorang, adakah kau tidak merasa bersalah apabila kau membuatkan seseorang menangis??? bangga kah kau apabila kau dapat menghakimi seseorang dihadapan orang ramai? menjatuhkan maruahnya? sungguh aku tidak menyukai apa yang kau lakukan.... terasa diri ku panas, tetapi segera aku ingat pada Allah, siapa aku hendak mengamuk, memarahi mu.. dan hendak menghakimi mu.. apa yang mampu aku buat hanya menulis di blog ini dengan harapan.. agar sesiapa yang membaca entry ini akan lebih berhati-hati dalam berbicara.. jangan membunuh perasaan orang dengan kata-kata.

luka pada fizikal lebih mudah sembuh, jika luka di hati kerana kata-kata, kerana orang yang terluka akan membenci dan mengutuk mu.. bukan kah itu akan menyebabkan orang yang terluka itu mengumpat?

apa-apa pun fikir-fikrikanlah.....



Monday, March 5, 2012

MY ALEESYAH...

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

hari ini terdetik hati aku hendak menulis entry pasal anak buah kesayangan, pengarang jantung aku.. hahaha nama dia NUR ALEESYAH.. dialah badadari kecil bagi ku sekaligus merangkap 'monster' jugak. .hahahaha

dia memang sangat comel dan apa yang paling penting.. dia sangat-sangat HYPER!!! ok.. aku tak tipu.. dia tak tahu duduk diam, tak tahu nak bertenang.. always want to hurry and sangat susah hendak kawal dia.. aku dah turun 4 kilo sebab dia la. asyik bawa aku berlari dan dan melompat-lompat.. inilah biodata dia...

NAMA : NUR ALEESYAH BINTI SULKIFLIZAN

TARIKH LAHIR : 26 OCTOBER 2009

HOBI : BERLARI, MENYANYI, DAN MENGACAU ORANG, MELUKIS

CITA-CITA : BELUM DIKENAL PASTI..

MAKANAN KEGEMARAN : BUBUR BUATAN IBU DIA

MINUMAN KEGEMARAN : AIR MASAK DAN TEH

BINATANG KESUKAAN : BEAR, MERANGKAP  TEDDY BEAR

BINATANG DITAKUTI : LIPAS!!!!!!!

setakat nie.. itus sahaja yang boleh aku ceritakan pasal Aleesyah nie.. apa-apa pun.. aku akan post entry pasal budak kecik nie lagi. oteeeyyyy....

time dia tido jer barulah aku rasa tenang...

-_^

lari jer kerja dia.. tak pandai duduk diam..

konklusinya... makcik sayang Esyah sangat-sangat.. terima kasih sebab buat hari-hari makcik jadi ceria.. di saat makcik sangat-sangat terluka........... sayangggggggggggggggggggggggggg Esyah!!!!!

World in My eyes


Sunday, March 4, 2012

kalau begitu.. bukan aku orangnya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

well, aku sedar diri juga aku siapa... aku tahu aku bukan perempuan yang ayu... jauh sekali untuk dimasukkan dalam golongan orang yang cantik jelita... ya aku mengaku aku bukan gadis itu... aku bukan yang pandai bergaya.. dan pandai menggoda... aku bukan perempuan begitu.. kalau kau mencari perempuan ayu, jelita, sopan.. bukan aku orangnya...

aku memang tak sopan... sebab aku tak pandai nak makan guna sudu dan garfu, aku makan guna tangan... sebab aku memang orang kampung... aku memang tak sopan, sebab aku makan sambil berjalan, aku memang selekeh... sangat selekeh.. jangan salahkan orang tua ku kerana aku tidak sopan dan tidak beradab... kerana mereka telah mengajar aku segala-galanya cuma aku sahaja yang bebal tidak mengikuti ajaran mereka....

jika kau mencari perempuan yang bersuara lunak.. bukan aku juga orangnya.. kerana aku tidak pandai bernyanyi.. tidak pandai melentok-lentokkan suara untuk bermanja.. aku tidak reti untuk bercakap lembut.. kerana aku memang kasar.. aku kasar tetapi tidak sampai menghina orang seperti mulut perempuan yang manis itu menjatuhkan maruah ku dihadapan orang lain...

jika kau mencari perempuan yang selalu memuji atas apa yang kau lakukan, maka aku bukan orangnya.. sebab aku bercakap apa yang aku rasa betul, dan aku pertahankan apa yang seharusnya aku pertahankan.. sekiranya kau berbuat salah, maka aku akan menegur dan menegaskan teguran ku.. jadi.. kalau kau mau orang memuji mu.. bukan akulah orangnya...

jika kau mencari perempuan yang pandai menghibur mu.. aku bukan orangnya.. sebab aku tidak pandai menghibur..

aku tahu mengapa kau pergi... kerana aku bukan orangnya...  tak apa aku tidak pernah menyesal kerana aku bersyukur dengan apa yang ALLAH berikan kepada ku... hanya yang sejati sahaja yang mampu menilai permata dicelahan kaca.....


Saturday, March 3, 2012

Secara rasminya... kuliah untuk sem 3 dah tamat...

Assalamualaikum semua...... dan selamat pagi!!!!! (7.27 am)

apa kes aku post awal-awal nie kan... sebenarnya... aku tengah buat sijil untuk AJK bola jaring.. kejap lagi ada kelas ganti bola jaring.. huhuhu yerrr aku tahu... hari sabtu macam nie pun aku kena pergi UiTM.. Herm apa boleh buat dah nasib labu....

secara rasminya... kuliah untuk budak diploma UiTM telah berakhir kemarin... dan sekarang kami tengah masuk study week for 1 week... and then mula la.. exam.... tak sangka cepat betul masa berlalu.. baru jak rasanya aku start kuliah untuk sem 3.. ehh tengok-tengoh dah habis dah... lepas nie cuti dua bulan lebih.. lama gila cuti.. tapi aku tak balik tawau... herm.. balik tawau pun untuk seminggu jak.. lepas tu aku pergi KK lagi coz aku nak kerja, daripada duduk rumah tak ada penghasilan, 2 bulan cuti.. boleh gila aku d rumah jak.. jadi aku dah ambik keputusan untuk kerja.. cewha.. sejak bila aku berfikiran macam orang dewasa nie.. hahaha well umur ku dah 20 tahun bha... (bulan 6 tanggal 30 baru betul-betul 20 okkkeeyy) dan aku ada banyak sebab kenapa aku nak habiskan masa cuti ku dengan bekerja.. tapi aku tak nak cerita dalam entry nie.. nanti aku post entry lain.. pasal kerja. oteeeyyy..

kemarin kelas akhir aku, kelas Macro... sedih jugak la.. bila lecture minta maaf segala.. actually, lecture kami untuk Macro adalah lecture baru.. so banyak jugak la conflict antara kelas kami dengan dia.. dia pun masih muda jugak.. dan kami pun kepala batu.. tapi apa-apa pun.. kelas dia memang best... dia bagi banyak kerja.. tapi sebenarnya itu semua untuk kami jugak.. dia tau yang subjek macro nie tak ada kaitan dengan course kami, jadi dia bagi la banyak-banyak kerja supaya kami boleh lebih faham... bukan niat untuk menyusahkan.. aku rasa Misz tu dah banyak sangat tolong kami... so, thanks MISZ... If you read my entry la.. hahahaha (perasan ada orang baca nie blog..)

apa-apa pun gud luck kepada seluruh student UiTM... paipai...