Wednesday, February 29, 2012

Cermin-cermin diri dulu...

Assalamualaikum... dan salam sejahtera... 

apa kabar hari nie? sihat?? syukur alhamdulillah kalau sihat... aku pun sihat jugak.. syukur kepada Allah..

let's talk about entry kali nie... pernah tak korang pergi kelas tapi tak sempat nak tgk cermin? and ada orang tegur yang rambut korang tak kemas, muka korang masih ada air liur basi?? ehhh.. nampak sangat tak mandi.. hahahahahha tettttttttttttt.. bukan itu yang aku nak cakap malam nie.. apa yang aku nak cakap ialah.....

sentiasalah cermin-cerminkan diri sendiri dulu sebelum start mengata, mengutuk, or menghina orang lain... bukan apa.. telinga aku dah naik pekak, dah naik tuli mendengar perkara-perkara seperti ini saban hari.. ya, aku tau, kita sebagai manusia memang tidak sempurna.. kerana sifat kesempurnaan itu hanya ada pada ALLAH SWT... tetapi, kita boleh belajar untuk memperbaiki kekurangan dan kesilapan kita... mengapa harus menunding jari kerah orang lain, menghabiskan air liur untuk mengata orang lain, dan memeningkan kepala untuk masalah orang lain?? tenanglah... sebelum cakap orang, fikir dahulu, apa yang kita cakap tu... sebenarnya... dah ok ke dalam diri kita??? 

it is simple... macam makan kacang... "JANGAN CAKAP BODOH LA, BENGGONG..." or.. "JANGAN CAKAP PERKARA YANG MENJIJIKKAN SEPERTI TAHI, HINGUS, KAHAK, DAN TAHI HIDUNG..." Ok sekarang korang dah faham????? apa yang aku cuba nak sampaikan???? kita selalu cakap kat orang jangan buat macam tu.. tapi sebenarnya.. diri sendiri masih tak betul... the moral of my entry... please... cermin-cerminkan diri dulu okkkk sebelum kita nak buat sesuatu...

dan aku sendiri dah cerminkan diri aku sebelum aku tulis entry nie...... aku tegur untuk sama-sama memperbaiki diri..... agar keindahan islam itu terserlah... 

semoga sebelum kita semua tidur malam nie... kita bermuhasabah diri... dan esok kita semua jadi insan yang lebih baik dari malam nie.. okeeeyyyyy?? insyaALLAH.. ^_^


WHY PIC NIE TERBALIK?? SUKA HATI AKU LA.. HAHAHAH

PEACE.... BYE..

Tuesday, February 28, 2012

HOT-HOT Chicken SHIT..

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.... 

Pergh!!! lama gila aku tak update apa-apa.. jangan kata nak update.. nak on9 pun aku tak ada masa.. jangan kata nak on9, nak pegang lappy aku pun... aku tak ada masa!!! sampai nak call family aku pun aku tak ingat dunia dah.. tapi apa-apa pun jangan sampai tak ingat akhirat okeyyyy...

oleh disebabkan aku harus menyiapkan final draft for my BEL311, barulah aku ada masa nak buka lappy... dan barulah la jugak aku ter'connect' dengan dunia alamaya ini... huhuhuhuhu kalau diikutkan, aku nie macam hot-hot chicken shit (hangat-hangat tahi ayam kalau orang kampung macam aku cakap la..) dalam meng'update' blog nie kan.. herm.. saya sangat-sangat sibuk... ko tau ka aku pagi-pagi lagi dah tinggalkan rumah pergi kelas.. dan aku akan pulang ke rumah apabila senja sudah di hujung-hujung... (arggh! aku tak tahu macam mana nak susun ayat ku nie.. haha berhambur..) tak apa.. tak apa.. tak kisah sangat.. hohohoh

apa-apa pun... hangat-hangat tahi ayam nie tak bagus di amalkan... terutamanya dalam soal mengamalkan agama dan belajar.... untuk membuat sesuatu kita haruslah tekun dan sangat teliti.. ok!!

dan aku sedang tekun menyipakan thesis aku pasal THE EXISTENCE OF VAMPIRE... apa tajuk aku  mengarut ka?? dan untuk pengetahuan korang semua.. yessss semua orang dalam kelas aku ketawakan aku time aku pilih tajuk nie.. tapi tak apa.... this is what i want.. dan aku akan buat yang terbaeeeekkk punya.. so..... untuk yang mentertawakan tajuk thesis saya... silakan... saya tak kisah.. ;P 

okkkk take care.. love u all... bye2..

Tuesday, February 21, 2012

sampai masa... ku pergi juga.......

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

apa kabar???? syukur alhamdulillah kalau sihat-sihat saja.. aku pula hari ini rasa bertenaga.. rasa biasa jer.. tak ada yang istimewa sangat.. heheh apa pasal tajuk entry aku nie emo-emo sangat???? aku sendiri pun dah naik muak nak emo-emo.. dalah kawan-kawan kat kampus selalu panggil aku emo-emo.. ada yang panggil aku gila.. apa ingat aku tak marah ker???? marah la... adakah orang itu gila kalau dia cakap dia ada nampak lelaki kacak duduk sebelah dia?? ehh itu tak gila la.. itu namanya gedik nak mampus!! hahaha itu aku la tu..

dah.. aku tak nak marah-marah... lantak koranglah nak gelar aku apa... yang penting.. aku nak berjaya dunia dan akhirat.. mereka-mereka boleh cakap apa sahaja sebab itu mulut mereka.. dan aku juga boleh cakap apa yang aku suka.. sebab itu mulut aku.. bagi yang tak suka aku mengexpresskan perasaan ku.. sila la pergi jauh-jauh dari diri ini.. sebab cik LUKACHIKITO ARETEEN adalah seorang yang penuh dengan perasaan!!! let me be ME!!!

Tadi pagi... aku terbangun dari tidur, tiba-tiba rasa beban dalam otak aku makin bertambah... biasalah.. dekat-dekat exam.. memang stress tahap dewa.. hehehe tapi yang aku pelik, beban dalam hati aku... dah semakin kurang... mungkin aku dah merelakan dia yang pernah ku sayangi untuk pergi dari hidup ku... sampai bila aku hendak pertahankan sesuatu yang dia sendiri tidak ingin pertahankan... aku nie sangat-sangat bikin panas... asyik-asyik salahkan hati.. kenapa hati ini sangat mencintai dia.. sedangkan aku terlupa.. bahawa.. hati dan perasaan ini kurniaan ALLAH kepada ku.. tergamaknya aku hendak membenci pemberian ALLAH.. mungkin ada hikmah di sebalik semua kesakitan dan airmata yang dah berbaldi-baldi aku tadah kerana cinta ku pada lelaki itu....

sakit kan hati kita bila orang yang kita sayang tak sayang kita.. orang yang kita ingat tak ingat kita... sangat sakit... tapi pernah tak korang-korang semua fikir bagus-bagus..... Tuhan sentiasa ada untuk kita, tidak pernah meninggalkan kita.. memberikan kita segalanya... nak bernafas pun free tak payah bayar... tapi pernah tak kita ingat kat Tuhan? pernah tak kita rasa sayang kat Tuhan? pernah tak kita menangis kerana dosa-dosa yang kita lakukan?? kalau ada yang ingat, sayang dan menangis... syukur Alhamdulillah... tapi kalau yang tak pernah rasa semua tu... cuba-cuba la ingat.... kita milik siapa???

aku rasa tak berbaloi aku menangis berbaldi-baldi untuk dia yang belum tentu akan jadi suami ku.... doa ku padanya.. semoga dia selalu berbahagia.. dan terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup ku.. membahgiakan aku... walaupun hanya seketika.. mungkin tiada jodoh.. mungkin ALLAH telah ciptakan orang lain untuk kami berdua....

COME ON LUKACHIKITO ARETEEN.... baru 20 tahun bha.. masihhhhhhhhhhhhhhhh banyak lagi benda penting yang perlu di terokai..... bukan cinta sesama manusia semata-mata.....

well... final exam dah dekat.... chayyyooooooooooooooo.......

petang nie ada bola jaring.. k.. see u all in my next entry.. paipai..

Monday, February 20, 2012

kisah yang sudah berlalu...

Assalamualaikum....

Ada sebuah kisah yang cik luka hendak kongsi bersama.... diharap.. cerita ini dapat memberi motivasi kepada sesiapa yang memerlukan, ambil iktibar daripada kisah ini...

seorang gadis... yang begitu polos dan amat percaya pada kisah cinta.. sepanjang umurnya yang berusia 15 tahun, dia tidak pernah bercinta... dia yang paling ketinggalan zaman jika dibandingkan dengan rakan-rakannya.. tetapi semua itu berubah.. apabila dia menyertai sebuah kem di Pulau Pinang.......

perkenalannya dengan seorang jejaka begitu mengembirakan hatinya yang selama ini suram... sepi... dan sendiri... dia bahagia apabila perasaan dihatinya turut berbalas.... mereka bercinta.. berkasih... berjanji... tetapi mereka terlupa.. perjalanan masih panjang............ 

setelah habis tingkatan 5, hubungan mereka mula goyah.... si jejaka mula berubah.... gadis ini tidak mahu mengalah dalam perjuangannya... dia mahu si jejaka itu sahaja dalam hidupnya.. tiada lelaki lain... kerana hatinya tidak pernah berhenti mencintai jejaka itu.... melangkah ke alam universiti... si jejaka sangat-sangat berubah... tiada lagi kata-kata cinta... si gadis pilu... terluka.. bersedih... dia jadi kekok, bertahun-tahun bertemankan si jejaka.. tiba-tiba.. si jejaka hilang.... berubah.. hatinya dihambat rasa sedih yang teramat sangat...

si gadis terlalu sedih, sehinggakan dia selalu jatuh sakit... tiada lagi senyuman dibibirnya.. hanya airmata jadi teman.. mimpi buruk selalu muncul... sehingga si gadis takut untuk melelapkan mata.... saat si gadis bersedih.. si jejaka bergembira disana... masih mampu mengukir senyuman bersama gadis lain... si gadis hampa... dan akhirnya.. dia tahu... dia harus mengundur diri, dengan kesedihan di hati, dia selalu berdoa agar dia akan bahagia... agar ALLAH akan mengurniakan seseorang yang akan menyayanginya selamanya..... 

buat si jejaka itu....

Jejaka, Gadis tidak pernah berhenti mencintai mu.... hatinya hanya ada diri mu... tetapi apalah erti cinta sekiranya hanya airmata jadi teman... apalah erti cinta.. jika hanya si gadis yang berusaha untuk mempertahankan hubungan ini... jejaka... gadis selalu berdoa agar jejaka akan bahagia....selamanya.. tak kira dimana jejaka berada.. dan dengan siapa jejaka bersama...

jejaka...... gadis sangat mencintai jejaka.... T_T

Friday, February 10, 2012

usah bersedih.. pandanglah atas..

Asalamualaikum dan salam 1 Malaysia....

hai!!! hari ini aku nak share dengan korang sesuatu yang aku rasa boleh membantu sesiapa yang bersedih... setiap orang ada cara sendiri untuk atasi masalah atau kesedihan, kemurungan mereka.. dan cara aku ialah!!!

PANDANGLAH ATAS...

Kenapa pulak nak pandang atas?????

sebab apabila hati aku sebab, otak aku buntu dan berserabut.. jiwa kacau.. dan jantung macam nak meletup... yang aku hanya mampu lakukan.. ialah tengok atas.. diatas.. aku tengok langit!! apabila aku tengok langit.. aku akan rasa tenang... ada dua sebab kenapa aku rasa tenang lepas tengok langit...

1. sebab......... aku sedar betapa besarnya kuasa ALLAh... dan aku hnyalah hambaNYA yang kerdil....jadi masalah yang sedang menimpa ku.. hanyalah satu ujian..

2. sebab aku boleh yakinkan diri ku tentang erti kebabasan... erti keluasan.................... dunia ALLAH ini luasssssssssssssssssssssssssssss sangat..... jadi aku tak perlu bersedih... mengenagkan orang yang langsung tidak menghargai.. tidak mencintai.. dan tidak pernah peduli dengan aku!!! kerana aku yakin!!!!!!!!!!!!!!!!!!! JODOH ku ada di luar sana............... cuma aku belum jumpa jak lagil....................

ITULAH HEBATNYA PANDANG ATAS......

cubalah... kalau tak berkesan dengan korang.. try la tgk bawah.. mana tahu tengok bawah boleh mengingatkan korang tentang kematian dan terus insaf.. or.. tgk belakang ker.. mana tahu ada hantu ker.. or.. tutup mata.. terus jer tidur!! hahahaha aku hanya melawak.. k.. bye.. bye..


anda di suruh tengok atas.. bukan bergambar dari atas.. ok... jgn salah konsep pulak.. hahahahha

Thursday, February 9, 2012

kau senyum.. tapi hatimu tak gembira..

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia...

heeeyyy....heeeyyyy semua... korang sihat? syukur alhamdulillah kalau korang semua sihat-sihat saja.. entry kali ini memang emo.. hahahah biasalah.. cik luka memang selalu emo..

pernahkah korang senyum.. tapi hati korang tak gembira??? aku yakin kebanyakan perempuan yang mengalami masalah ini... kalau aku?? hahahah senyum ker, tak senyum ke.. hati aku tak tahulah.. hepi ka tidak... macam mana nak tahu kalau hati korang hepi??? aku rasa aku jalani hari-hari aku kat kampus hanya untuk menghepikan orang lain... walhal.. aku tak rasa apa-apa pun.......

agak lama aku tak rasa bahagia... apa yang selalu aku rasakan hanyalah BLUR!!!! pernahkah korang rasa macam mana aku rasa? korang jalani hari-hari korang hanya untuk orang lain.. sedangkan korang sendiri tak pasti... apa sebenarnya yang korang buat??? aku hanya akan jadi diri sendiri bila aku dgn blog aku... time aku dengan diary aku... disitulah sebenarnya perasaan aku yang sebenar...

aku ketawa dengan kawan-kawan, bergurau... tapi hati ku sebenarnya sedih... walaupun aku dikelilingi dengan orang-orang yang ceria.. hakikatnya.... aku sendirian! Ya ALLAH kenapa dengan diri ku ini??? semakin hari... aku tidak seperti menajadi orang lain.. 

aku rindu dengan keadaan yang dulu.. dimana aku masih boleh rasa bahagia.. tersenyum bukan kerana orang lain.. tapi kerana aku benar-benar rasa bahagia.........

rasanya.. aku perlukan seorang doktor untuk mengetahui masalah ku yang sebenar...


jgn tertipu dengan senyuman cik luka!! ok......... 

Tuesday, February 7, 2012

Sepintas lalu....

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia...

lama aku tak post apa-apa... hehehe macam biasa, kalau dah dekat-dekat exam nie.. memang sibuk tahap gaban sampai aku tak sempat mau bernafas...... so??? macam mana kehidupan korang???
kehidupan aku sejak kebelakangan ini.. biasa-biasa saja.. belum ada lagi anak raja nak masuk meminang.. hahahah OK!!! CIK LUKA SANGAT PERASAN!! >.<

aku da banyak benda nak share.. tapi belum ada kesempatan.. dalah BB aku pun lambat macam siput babik.. adeeehhhh.... herm.. tiba-tiba teringat pula dengan seseorang itu... entah apa kabarnya.. aku sekarang sedang menhilangkan diri.... semoga kau bahagia walau dimana kau berada... aku pergi bukan kerana aku tidak cinta.. tetapi aku pergi mencari harga diri ku yang telah kau campakkan....... ok.. stoopp!!! dah mula nak bersedih-sedih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku tak nak nangis lagi.. cukup!!!!!!!

oklah.. aku nak sambung balik buat kerja aku... 

persoalannya.. APA MOTIF AKU DALAM ENTRY KALI INI????

hahahahahahahah tajukpun sepintas lalu..
suka hati gua la.....
lu apa sibuK?????

PEACE NO WAR BABEHHH!!!

BYE!!!!!!!!