Monday, January 30, 2012

Duhai Hati..

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia semua...

apa kabar?? macam selalu aku dalam keadaan tidak sihat.. (fizikal dan hati) tidak mengapa Allah sedang menguji ku... Kali ini entry biasa-biasa saja.. sekadar ingin berkongsi pendapat.. herm, agaknyalah... kenapa??? hanya itu persoalan yang ada dalam hati dan minda ku... mempersoalkan sesuatu yang begitu tidak menyenangkan hati boleh dikatakan membuatkan aku stress sepanjang hari ini.. dan akhirnya, aku tersungkur sendiri.. menangis seperti orang tidak beriman! Duhai hati.. mengapa kau begitu rapuh? rapuh dalam memperkasakan keimanan ku pada Tuhan Ku?? hati, tabahlah... kerana jasad ku tidak mampu untuk menampung segala apa yang kau cuba rasakan... usah terhasut dengan rayuan SYAITAN untuk membenci orang lain... dan sentiasa YAKIN kerana Allah itu lebih mengetahui akan segala perkara-perkara yang tidak aku dan kau ketahui... 

Duhai hati... Cubalah bersabar, dan sentiasa menyebut nama Allah... kerana tubuh ku tidak mampu bertindak seperti keinginan mu, wahai hati... akal fikiran ku begitu terbatas dengan segala yang engkau rasakan duhai hati... usahlah kau bersedih, kerana mata ku sudah tidak mampu mengeluarkan air mata.. duhai hati.. usahlah kau merana.. kerana otak ku tidak mampu untuk fokus dalam pelajaran ku.. duhai hati, usahlah kau terluka lagi.. kerana bibir ku ingin mengukir senyuman.... aku tidak mahu masuk dalam lingkungan manusia yang tidak bahagia.. aku ingin bahagia wahai hati... aku ingin bahagia.. jadi usahlah kau tersiksa.. kerana AKU ingin bahagia... 

Hati, setiap hari bibirku berdoa agar aku bahagia.. berdoa agar Allah membukakan pintu-pintu kebahagiaan untuk ku...

Hati ku, hanya untuk makhluk Allah yang digelar lelaki, yang akan menjadi imam ku, dan yang akan membimbing ku ke jalan Allah... semoga aku adalah tulang rusuk kepada makhluk Allah yang sejati.. semoga kali ini Allah menutup cinta ku.. sehingga insan itu benar-benar hadir dalam hidup ku.. kerana aku ingin jadi bidadari kepada makhluk Allah yang bergelar suami ku suatu hari nanti.. INSYAALLAH...

-TAMAT-

Saturday, January 28, 2012

First impression penting KER???

Assalamualaikum semua... dan sesiapa yang bukan beragama islam HAI!!

hari nie Cik Luka nak cakap tentang 'first impression'.. penting ker pandangan pertama korang terhadap seseorang??? jawapannya YES and NO!! Ehhhh kenapa pulak???

YES, sebab first impression kita terhadap seseorang yang akan guide kita untuk mengenali seseorang itu dengan lebih baik, dan ini akan menimbulkan rasa ingin tahu dalam hati kita, apabila ada rasa ingin tahu sudah tentulah korang akan berusaha untuk mengenali, menyelidiki, dan mendalami seseorang individu itu.. tapi apa yang penting, adalah perfikiran positif... selagi korang berfikiran positif, first impression pasti tidak akan mengecewakan...

NO, sebab first impression kadang-kadang adalah salah....... terutamanya bagi meraka-meraka yang suka berfikiran negatif!!!! CIK LUKA ulangi sekali lagi...... BERFIKIRAN NEGATIF!!! untuk meraka-meraka yang berfikiran negatif, first impression ini akan menjadikan mereka tak suka, or benci dengan seseorang tanpa mengenali seseorang itu dengna lebih baik, tetapi apa yang Cik Luka cakap disini tidak semestinya betul, kadangkala.. pandangan pertama kita tentang seseorang itu sangat baik, tetapi at the end.. orang tu macam rupanya berperangai macam HANTU!! 

apa yang aku nak cakap kat sini adalah.... kita tidak boleh judge seseorang itu berdasarkan first impression sahaja.. sebab first impression hanyalah sebagai guide kita untuk mengenali or memahami seseorang itu.... tetapi aku sedia maklum, ramai orang-orang disekeliling kita terus menhakimi seseorang berdasarkan 'first impression'  pepatah melayu mengatakan 'tak kenal maka tak cinta'.. sudah terang, lagi bersuluh encik-encik dan cik-cik sekalian.... MENILAI boleh, tapi JANGAN MENGHAKIMI ok????? 

macam aku, wahh dah start bukak cerita.. hehe, muka aku memang kalau orang yang first time jumpa aku, mereka akan kata 'FUH!! PUNYA SOMBONG MUKA DIA' 'TAMBIRANG BHA TU ORANG' dan yang paling teruk aku terima 'AKU BENCI TENGOK MUKA DIA' wargh!! berdarah hidup aku dengar.. hahahaha tak apa.. jangan risau, aku tak marah pun.. itu korang punya hal... tapi please jangan hakimi aku berdasarkan wajah aku yang korang semua tengok pada kali pertama... serius jangan!! 

sebenarnya, aku pun tidak lari daripada menghakimi seseorang pada pandangan pertama... jadi sama-samalah kita semua memperbetulkan kesalahan ini... dan jangan ulangi di lain hari... kerana mengenali seseorang adalah sangat baik untuk memperbaiki diri sendiri.... setiap insan yang ALLAH ciptakan di dunia ini mempunyai sifat, perangai, hati yang berbeza-beza.. (colorful la bilang orang) jadi.... hiduplah dengan berwarna warni.. jangan hidup dengan satu warna sahaja... sebab tak best! hidup ini singkat... lebih baik habiskan masa yang singkat ini dengan perasaan bahagia, kerana kita tidak tahu diakhirat nanti akan bahagiakah kita...



bye2... aku mau belajar.. huhuhuhuhuhhuhu

My Adventure 1 - Papar, SABAH

Assalamualaikum n Salam 1 Malaysia...

apa kabar??? sihat? syukur Alhamdulillah kalau sihat-sihat jak. Aku kurang sihat, tapi tak apa.. itu semua dugaan dari Allah...

Kali ini, dan buat pertama kalinya... aku ada buat entry pasal 'My Adventure'. sebenar-benarnya, aku bukanlah seorang yang kaki 'adventure' sebab tak ada kenderaan.. cuma kali ini aku dapat sampai ke PAPAR pun sebab cuti tahun baru cina aku tak balik tawau, (Cuti 2 hari saja bha... isnin n selasa jer.. rabu dah kuliah balik.. T_T) oleh itu... aku telah diajak oleh KAK PENNY (classmate aku) untuk pulang ke kampung dia sebab adik KAK PENNY akan berkahwin.. daripada membosankan diri cuti nie.. lebih baik aku pergi, kata orang.. jauh berjalan... luaaaaasssss PEMANDANGAN... disamping itu boleh la jugak cuci-cuci mata.. hahahahha (ok.. aku gurau jer.. aku ikhlas hendak menolong..) dengan itu.. jom layan gambar-gambar yang tak seberapa cantik ini, sebab ambik gambar pun bukan pakai kamera DSLR ok.. aku tak ada duit nak beli kamera DSLR... huhu tak apalah.. nanti aku dah kerja.. aku beli jugak tu.. insyaALLAH.. ehhh banyak songeh pulak aku.. bha.. bha.. layan.....

our first day kat rumah family kak PENNY, seawal 6 pagi, dah gotong royong buat benda nie.. aku tak tahu pulak nama dia.. lupa nak tanya.. tapi kat tawau tak ada benda ni.. only d PAPAR..

cantik kan laman rumah dorang.. huhuhu rasa macam kat kampung....

nie c ikan kaloi... aku memang minat ikan.. tapi lebih kepada ikan emas la.. (saat aku tangkap gambar ikan nie.. yang aku fikir.. em...sedapnya ikan bakar.. huhuhu)

another view yang cantik....

ok, pic nie.. saja nak temberang... yang aku pun boleh bha ambik gambar mcm pro.. hahahhahaha

ini adalah iklan telur grad A.. jangan lupa untuk beli tau..

lebih kepada gambar-gambar suka hati kami..

ini time nak akad nikah... sorry pic memang ini jer yang ada.. sebab tak berani nak dekat.. GILAK! MALU JO... dahlah bukan family aku, takkan aku pulak yang nak over tangkap gambar dekat-dekat.. dan yang paling penting.. semua orang guna kamera DSLR ok.. cik luka saja kamera kecik.. >.<

tak sangka, kat sini, naluri keibuan kawan-kawan kau pun terserlah.... sesuai untuk dijadikan isteri... wink..wink..wink..

cantik betul la tu.. c filza menyapu, c ayak minum-minum, c ema termenung.. ehhh cik luka mana??/ hahah cik luka sibuk ambik gambar orang..

ok, ini adalah saat-saat yang sangat aku tak boleh lupa.... apa tidaknya aku macam orang gua yang tak pernah jumpa pokok rambutan!!! punya semangat aku menjolok rambutan, tapi hampah.. hanya sebijik yang dapat.. heheh

go luka.. go luka.. hahahahhaha memang macam orang gua..

akhirnya.............. kami berjaya jugak dapat rambutan.. well, CIK LUKA bha nie.. kau fikir cincai ka.. ;P tipu jer.. bukan aku or kawan-kawan aku yang jolok.. suami kak Penny yang tolong jolokkan.. huhuhuhu (owh lupa nak mention.. kak penny dah kawin okk)

nie pelamin dia..  nice kannnnn

malam berinai...

SEBENARNYA.. BANYAK LAGI GAMBAR.. TAPI BB AKU SANGATLAH  LAMBAT...HUHUHUHUHU

APA2PUN.. ENJOY.. BYE2

Wednesday, January 25, 2012

Selamat Hari Lahir Kache KU!!!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

lama aku menghilang... heheh cuti tahun baru cina nie aku pergi Papar, ada kenduri kawin (nanti aku cerita pasal nie d entry seterusnya, INSYAALLAH..) hari nie aku kena wish selamat hari jadi kepada KACHE ku.. yang sangat-sangat aku sayangi!!!!

Aku sebagai anak ke 2 dalam keluarga, sangat-sangat menyayangi KACHE ku yang telah dilahirkan pada hari ini, 22 tahun yang lalu... terima kasih kepada EMAK yang telah mengandungkan, melahirkan, dan menjaga serta mendidik insan yang ku gelar sebagai KACHE ini, aku dengan dia beza 2 tahun jak, dan aku beza 4 tahun dengan adik ku yang seterusnya.. oleh itu, aku dengan KACHE memang rapat.. apa dia pakai, tu jugak aku pakai.... kira kami macam kembar la.. hehehehe apa-apa pun aku memang sayang sangat dengan KACHE aku... 

aduuhh, banyak jugak emo-emo dalam entry nie.. sabar la jak KACHE...  OWH ya.. memandangkan aku balik rumah bulan 4 nie.. so, hadiah dia lama lagi la... hehehhehe sabar jerlah KACHE... 

pesanan untuk mu KACHE.. : kau  jangan tagih-tagih hadiah mu dengan aku di FB ar..... sudah ku upload nie... 

ambik la... nie hadiah MU!!!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

adeeehhh satu jak pic aku upload.. lambat!!! lidut!!! mcm siput + babi nie line.. huhuhuhuhu

aku mau belajar... lagi.. OK LA.. 

JUMPA Di Entry seterusnya... ^_^

Wednesday, January 18, 2012

Permulaan pada Sesuatu yang Baru..

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia...

Aku blur tahap gaban yooooo..... kenapa??? sepatutnya ada kelas Law sekarang nie, tapi entah mengapa sudah 42 minit kami duduk dalam kelas tapi tak ada jugak tu lecture datang-datang... ayo, ada kelas ka nie tak ada??? aku semangat mau kelas sebab aku dah siap semua assignment.. hahahah kalau tak siap, jangan harap la aku semangat... yeeeppyeeepphurraaaayyy kalau tak ada kelas... (normal la...) tapi ini adalah sifat yang negatif tau adik-adik.. jangan contohi sifat ini, sepatutnya kita kena rajin berusaha untuk mencapai cita-cita.. tapi apa boleh buat, kadang-kadang memang perangai 'nak mampus' nie muncul jugak walaupun saat itu aku dah sedar 101%...

after nie aku nak pergi labry, mau teng0k-tengok jodoh... (ok.. aku tipu) heheh nak belajar la.. mau pulang rumah, panas mau jalan kaki.. jadi lebih baik manfaatkan masa sampai jam 4 nanti baru ada kelas BEL... harap-harap adalah BEL, jangan batal lagi sudahlah.... 

hari ini aku sangat emo.. nanti la entry seterusnya aku bagi tau kenapa aku emo! apa-apa pun hari ini memang aku blur tahap gaban.... kata doktor Tuah, mengapa mesti kita biarkan hidup kita menderita? sedangkan pilihan untuk bahagia ada dalam genggaman kita? (lebih kurang la maksudnya) so.. aku mau GEMBIRA!!!! tak nak sedih-sedih.. blog aku pun dah baru jugak.. dulu nama blog nie "ERTI CINTA LUKA" tapi sekarang "based on herstory".. KENAPA AKU TUKAR?? jawapannya.. suka hati aku la.. MY BLOG, MY RULES BHA... hahahahah jangan marah ar.. senyum ^_^ 





nie la muka-muka yang gembira sebab kelas tak ada hahahahahhahahahahaha (sekali lagi.. adik-adik jangan contohi perangai kakak-kakak nie tau....)

cau.. peace..