Friday, December 30, 2011

The End for EVERYTHING..

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..

apa kabar?? lama dah tak update apa2.. herm..... sedar tak sedar... hari ini adalah hari terakhir untuk 2011.. esok, will be 2012... aku tak tahu sebenarnya nak cerita apa, aku masih dalam kesedihan.. sedih bila memikirkan orang yang kita sangat sayangi sebenarnya tak sayang pun dengan aku... hati aku pedih.... sangat pedih.. aku tak nak selamanya sedih, aku penat... aku cuba tak ignore perasaan ini, berpura-pura kesakitan di hati ini tidak terasa.. tapi aku tak mampu.... aku sangat tidak mampu.. T_T

tapi sampai bila aku mesti begini? aku bersedih sedangkan dia? tak ada orang lain boleh tolong aku selain diri aku sendiri... aku mesti tabah, kuat..... aku akan relakan dia walau hati ku pasti akan terluka... tidak selamanya aku akan terluka... suatu hari nanti aku pasti bahagia... aku yakin itu.. tetapi aku masih berharap agar dia sedar yang aku disini menanti dia.... sememangnya penantian itu sakit... Ya Allah... berikan aku kekuatan untuk lalui semua ini... 

be strong Fatin... biarkan dia pergi... relakan pemergiannya.........

T_T

Friday, December 9, 2011

Luahan Hati Ku...

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia...

heeeyyy, apa kabar semua? sihat??? syukur Alhamdulillah kalau korang semua sihat. well, entry kali nie tak ada apa-apa nak share dengan korang selain daripada perasaan aku, tak ada info yang nak aku share.. so, kalau korang tak nak baca pun it's ok...

dalam hidup nie... mengapa terlalu sukar untuk bahagia? sedangkan aku sudah tidak memandang pintu kesedihan itu lagi... aku dah melangkah maju kehadapan tanpa berpaling.. mungkin Allah masih mahu menguji ku.. aku cuma mahu gembira, bahagia... ada orang ambik berat pasal aku.. (family aku memang ambik berat pasal aku, tapi aku maksudkan ... org lain..) 

serius, aku rasa sekarang sangat-sangat sunyi... dan sendiri... kadang-kala aku menghela nafas, terasa tersekat di dada, tiba-tiba sakit hati ini.. sebak... sepertinya aku mau menangis..... tidak faham kah orang-orang itu bahawa aku derita? jangan layan aku seperti insan yang tidak mempunyai hati dan perasaan.. sedangkan aku adalah insan yang paling mudah memaafkan segala kesalahan mu kerana cinta di hati ku sudah tidak bisa ku ubah menjadi benci.... buatlah kesalahan apa pun.. ia aku akan marah.. tapi kasih sayang ku tidak akan hilang..
perkenalan kita sudah lama.. sehinggakan aku tidak boleh berpisah jauh dari mu...

hati ku tabah... hati ku kukuh bila berhadapan dengan orang lain.. tapi apabila aku berhadapan dengan mu.. hati ku rapuh.. mudah pecah, mudah terguris, mudah terusik.. kerana sayang dan kasih ku terhadap mu... ku mohon jangan terus memaksa... segala yang tak mungkin dapat ku sanggupkan....

sorry.. tak boleh sambung entry nie.. T_T

Monday, December 5, 2011

Aku pun budak PLKN..

Bismillahirahmahnirahim.....

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia..

hey..hey.. lama tak update blog nie.. sejak kebelakangan nie.. aku busy la... sibuk menjadi usahawan berjaya.. hahahahah berjaya kunun.. setakat ambik upah print notes jer.. hahah aku nie over betul la kan.. ^_^ apa-apa pun, tak lama lagi nak menjejakkan kaki ke tahun 2012... sedar tak sedar, aku pun dah semakin tua.. panjang umur... aku 20 tahun dah tahun depan... aku rasanya tak pernah sebut yang aku nie bekas budak PLKN.. hehehe aku PLKN kat Sandakan, kem bagai budi sabah....





itu jer... sibuk nie..nak buat banyak kerja.. assignment pun dah berlambak... ok.. bye!!