Wednesday, November 30, 2011

Happy anniversary MOM & DAD

HAPPY ANNIVERSARY FOR MY LOVELY MOM & DAD YANG KE 23 TAHUN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

di sini saya ingin mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada emak dan ayah saya

HJ. DARMAWATI BTE SALEHUDDIN & MOHAMMED YUNUS BIN MOHAMMAD

semoga perkahwinan emak & ayah saya akan berkekalan hingga akhir hayat...


Sunday, November 27, 2011

Kenapa aku cepat EMOSI???

Assalamualaikum semua..... & salam 1 Malaysia..

tajuk entry kali nie 'KENAPA AKU CEPAT EMOSI?' soalan yang sering di tanya oleh rakan-rakan lelaki aku, dan sesiapa yang tak kenal aku yang sudah bercakap atau berdebat dengan aku..
kenapa aku cepat emosi??

aku kalau di dalam blog, memang korang semua akan cakap aku nie 'ayu' 'lembut' tengok gambar aku pun macam senang jer nak buli kan.... tapi hakikatnya, aku bukan gadis melayu terakhir, aku bukan wanita anggun.. aku adalah si pemarah, keras kepala, dan seorang yang takkan kalah! ya.. aku tidak berlagak 'ayu' atau lemah lembut. tapi aku tetap sopan dengan orang lain.. selagi orang itu bersopan dengan aku.. semua tak ada masalah.. 

dulu, aku tak macam begini. aku tak cepat melenting, tak cepat marah, tak cepat beremosi... aku masih ingat, waktu aku sekolah tadika..

aku nangis sebab nak balik rumah... aku memang PENAKUT!! aku memang penakut, takut dengan orang ramai, takut di tinggalkan seorang diri.. dan aku takut untuk menghadapi masalah seorang diri... pernah sewaktu aku tadika, aku menangis macam nak gila sebab aku tertinggal botol air aku kat dalam bas sekolah... aku nangis sampai semua cikgu-cikgu datang pujuk aku. betapa penakutnya aku dulu...

sewaktu sekolah rendah.. aku selalu kena buli... ya, sangat selalu kena buli.. kawan-kawan aku dulu selalu ambik duit aku, selalu suruh aku pergi beli makanan kat kantin, aku memang BODOH, aku percaya cakap dorang, kalau aku tak buat apa yang dorang suruh.. dorang tak nak kawan aku... sampai ada ketika itu, kawan aku tampar aku.. tapi aku diam jer.. ya memang aku kena buli berabis masa tu.... sangat-sangat kesian...

sekolah menengah, aku masih nurfatin yang dulu.. masih lemah dan lembik... tapi waktu aku tingkatan 1, aku dah pandai melawan.. melawan dengan lelaki jer... aku tak suka budak lelaki yang rapat dengan best fren aku time tu.. aku bergaduh dengan lelaki sebab lelaki tu nak ngorat best fren aku... sampai aku kena cop 'lesbian' dorang cakap aku lesbian sebab aku waktu tu tomboi, tak pandai nak bergaya, baju pun.. baju t shirt budak lelaki, seluar jeans, rambut di ikat satu.. itu pun tak ada rambut depan, semua aku ikat bagi nampak dahi aku yang luas.... muka aku memang hitam, sebab tak pandai nak make up2.. itulah aku sewaktu tingkatan 1..... saat itu, semua budak lelaki benci aku! aku pun tak tahu mengapa.. sedangkan aku hanya ingin melindungi sahabat baik aku...

aku selalu kena tindas... bukan setakat kawan, malah semua pun orang di sekeliling aku menindas aku dan keluarga ku... aku bukan berasal dari keluarga yang senang... setiap kali aku memohon biasiswa.. tak pernah berjaya, alasannya sebab ibu aku bukan warganegara.. ibu aku orang indonesia dan memegang pasport. so what?? duit itu di gunakan untuk kami yang susah ini.. untuk kami yang betul-betul memerlukan.. tetapi malangnya..... tetap juga biasiswa itu tidak pernah aku perolehi... tapi kawan-kawan aku yang senang, kaya raya boleh pulak dapat biasiswa.. bulan-bulan tukar beg baru... tukar kasut baru.. sedangkan aku, hanya bertukar beg kalau dah koyak.. aku pernah pergi sekolah dengan beg yang dah usang, dan dalam perjalanan pergi kelas.. beg aku runtuh... terkoyak.. habis semua buku-buku aku terjatuh.. bayangkan.. betapa malunya aku... semua orang yang melihat akan tertawa.. 'hahahah kesian orang miskin..' sampai sekarang, kata-kata itu ku semat dalam hati ku... ya memang aku miskin..

aku tak suka cara orang-orang even keluarga sendiri menilai aku dan keluarga berdasarkan harta benda... aku tak suka pergi kenduri-kenduri orang kawin.. tiada alasan lain, selain daripada aku tidak suka di pandang hina.. di pandang jijik kerana di leher, pergelangan tangan, dan jari jemari ku tiada emas... begitu juga ibu..... kasihan ibu....

banyak kali aku melihat ibu menangis... dan banyak kali juga aku menangis sebab di perlakukan tidak wajar.. hati ku memang rapuh, cepat terguris dan terasa... tetapi aku tidak akan membiarkan keadaan ini berterusan... sebab itu aku cepat emosi.. aku marah apabila orang menilai aku dari luaran.. menilai aku dari aspek yang ku rasakan tidak wajar.... aku di didik dengan penuh kesusahan... tetapi aku tidak pernah malu dengan diri sendiri.. tidak pernah menafikan bahawa aku memang susah... akan aku jadikan kesusahan dan kepayahan ini sebagai alasan untuk aku terus maju ke hadapan.... 

tidak akan sesekali aku akan membiarkan orang menindas aku... kerana aku...... juga ada maruah.. jadi jangan heran kenapa aku cepat beremosi... 





-the end-

MAAL HIJRAH ^_^

Assalamualaikum semua...

selamat menyambut maal hijrah kepada semua umat islam yang berada di seluruh dunia.. 
marilah kita beramai-ramai menghayati makna sebenar MAAL HIJRAH...

aku sambut tahun baru islam kat UITM, ada solat hajat dan ceramah.. 
(jom layan pic yang sempat di ambik)






malam tu, sewaktu bacaan yasiin.. tiba-tiba hati aku jadi sebak.. terasa kerdilnya diri ini.. insyaALLAH aku akan berhijrah dari benda buruk ke benda yang baik.. semoga di tahun baru i ni.. kita semua mendapat rahmatNYA... AMIN..

Friday, November 25, 2011

Di sebalik cerita memalukan itu.. adalah pengalaman..

Assalamualikum & Salam 1 Malaysia... 

heyyy heyyy, apa kabar semua?? sihat? aku tak berapa sihat ler, ada flu pulak dah..  korang pun dah tahu kan. aku tak tinggal Asrama dah, well untuk ke kelas, aku terpaksa tunggu bas NR (non resident) punya bas, kalau ketinggalan bas, pandai2 la jalan kaki pergi kelas... sebab bas NR nie terlalu mengikut jadual, sehinggakan tersangat2 lah menyusahkan aku... (this story will come in my next entry)

di sebalik cerita yang memalukan.. adalah pengalaman kepada kehidupan.. korang setuju tak? aku setuju sangat-sangat setuju.. pernah tak korang salah masuk kelas? pernah tak korang salah masuk tandas? salah tegur orang? salah masuk kereta? salah tarik tangan orang? kasut tercabut kat tengah jalan? payung korang terbongkar di tiup angin? terjatuh dan terbaring depan orang? pernah?? aku pernah.. dan yang di nyatakan di blog ini adalah betul2 terjadi pada aku.. hahaha aku tak malu nak share dengan korang sebab aku tahu semua itu adalah pengalam buat aku, yang akan ku ceritakan pada anak cucu aku esok bila aku dah tua..

semua cerita yang memalukan akan menjadi pengalaman dan pengajaran kepada diri sendiri, dan kadang kala menjadi penghibur tatkala kita sedang boring, sedih, dan tak ada mood.. ingat jer perkara itu pasti kita akan tersenyum dan tertawa... 

berberapa hari yang lalu, aku tengah asyik berjalan kaki pergi kuliah... tengok-tengok, kasut aku dah nak tertanggal.. punya aku kalut... patutlah, makcik-makcik yang berselisih dengan aku, tersenyum sumbing.. rupa-rupanya.. tapak kasut aku dah nak tertanggal... aku berhenti seketika, berfikir apa yang patut aku buat.. berpatah balik akan buang masa.. sebab kelas dah nak mula.. nak teruskan.. kelas sampai pukul 6 petang.. fikir punya fikir, aku ambik keputusan untuk teruskan juga perjalanan.. tapi sebelum tu..

aku singgah beli gam gajah, duduk kat tepi kedai tu, buka kasut, dan aku mula aku menggam.. hahaha serius, saat nie dah tak ada maknanya aku nak control cun.. sebab memang dah kantoi berabis.. beberapa senior aku lalu... diaoarang gelakkan aku.. aku memang buat muka bodoh jer, tapi dalam hati memang aku sumpah-sumpah.. hahahaha dah selesai menggam kasut, aku teruskan perjalan ke kelas..

sampai jer kelas, aku duduk dan buka kasut.. sehingga lecture aku cakap pasal orang dulu-dulu tak pakai kasut.. mula-mula aku tak perasan dia mengata aku.. last-last, aku tengok kat bawah kaki aku.. hahah aku berkaki ayam... apa-apa pun aku tak malu kerana aku mengaku kesilapan aku.. dan aku tak menyesal dan tak rasa terhina pun.. sebab bagi aku DI SEBALIK CERITA YANG MEMALUKAN.. ADALAH PENGALAMAN DAN PENGAJARAN BUAT AKU... 

bagi orang-orang yang tergelak dan menggelak kan aku... heheh macam jer korang tu tak pernah buat or terbuat perkara yang memalukan kan..... ;P

 Me, before pergi kelas...  hohoh
 kasut yang di maksudkan.. hehe
 boleh tengok sendiri kan.. adeeehh hahaha memalukan betul..
say good bye to kasut nie.. BYE-BYE..
at the end, kalau menghadapi perkara yang memalukan.. korang cool jer.. jgn terlampau panic.. heheh

-THE END-

Thursday, November 24, 2011

Apabila SI "Pekak, Buta, Bisu" mencari sahabat

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..

Entry kali ini tidak bermaksud untuk menperlekehkan OKU, TIDAK sama sekali..... 
apa yang aku maksudkan dengan pekak, buta dan bisu... adalah insan-insan yang tidak mengunakan anugerah Allah dengan sebaiknya untuk mencari sahabat...

susah sangat ke untuk ORANG itu menerima aku???? apa yang ORANG itu lihat dalam diri ku??? alasannya...'DIA TIDAK PANDAI BERKAWAN' kalau tidak pandai berkawan.. tidaklah aku terhegeh-hegeh hendak menyelesaikan masalah yang aku sendiri tidak tahu berpunca dari mana.....

maafkan aku ORANG itu, entry ini tidak bermaksud untuk mengecilkan kau, tetapi hati kecil ku terluka, terguris dengan sifat mu.... dulu KITA pernah berjanji, rapat, dan sangat memahami antara satu sama lain.. bergurau.. berpandangan.. dan tersenyum bersama... KAU sahabat buat ku.. tapi.. AKU siapa buat mu??

ADAKAH hati mu berubah kerana KAU terpengaruh dengan anasir-anasir luar?? Adakah KAU melihat aku seperti seorang yang ingin memanfaatkan mu... percayalah.. aku menangis sewaktu kau seolah-oleh tidak memandang ku.... T_T

kadang kala aku marah, benci, dengan kau yang berlagak pekak ketika aku memanggil mu, berlagak buta ketika aku di hadapan mu, dan berlagak bisu ketika aku bertanya kepada mu...
KENAPA?????

adakah aku tidak layak untuk berteman dengan mu?
aku tidak layak berteman dengan mu sebab aku tidak tergolang dalam orang-orang yang cantik?
aku tidak tergolong dalam orang yang famous?
aku tidak tergolong dalam orang-orang yang kaya?

mengapa semua itu menjadi kayu pengukur dalam persahabatan??? aku tidak faham mengapa tiba-tiba diri mu berubah.. melayani aku seperti musuh, sedangkan sebelumnya.. kita seperti adik beradik..
apa-apa pun.. SEMOGA KAU BAHAGIA...

Aku tidak akan lagi bertanya akan hal ini... cukup sekali.. dan tiada ke 2 kali...


Monday, November 21, 2011

Aku YANG terbuang...

buah pegaga di tepi paya,
naik sampan ke pulau sebatik,
tajuk entry memang menarik tertaik,
agar korang tertanya-tanya..

ASSALAMUALAIKUM SEMUA... dan bagi yang bukan beragama islam, HELLO dan bagi seluruh rakyat Malaysia.. SALAM 1 MALAYSIA..

apa kena dengan aku nie kan.. tiba-tiba berpantun.. (yessss tak payah la korang nak kutuk2, aku tahu memang pantun aku tunggang terbalik..) heheheh tajuk entry nie memang bikin muskil kan.. siapa la yang mau buang aku nie.. dah besar dah.. hahahahahah 

seperti yang korang maklum... (SEJAK BILA AKU MAKLUMKAN KORANG??? hehe), aku dah tak tinggal asrama.. aku tinggal kat luar dah.. dah kena halau sebab tak bayar yuran (TIPU!!) 

Sekarang nie aku tinggal kat Indah Permai, depan Uitm jer.. dekat kalau naik kereta, tapi kalau jalan kaki, naik lenguh jugak la kaki aku.. tapi best boleh kuruskan badan.. nanti boleh jadi barbie doll n boleh kawan dengan c XS.. opppppssss... ;P

tinggal di luar nie memang best!! best sebab rasa macam dah besar... (memang dah besar pun.....) rasa berdikari la sikit... (letak kari tu byk, boleh berdikari lebih-lebih kan..) beberapa hari datang KK, emak aku datang temankan... well, mak aku memang baik.. love u mom.. walaupun banyak kerja.. emak mau juga temankan aku pergi KK... macam budak2!1 (trep manja.. hahah)

i want to take a pic of this house.. but.. i'm scared.. malu pun ia jugak.. hehehehe malu dengan tuan rumah... siapalah aku nie kan.. nanti dia kata aku nie overdoss pulak.. hehehehehhe apa2 pun ada pic aku nak sertakan dengan entry nie.. even tak ada kena mengena... well enjoy...

 this is my mom... i love her.. she is rock.. sebab tak kisah aku bawa pergi makan bakso.. heheheh
 nie.. anak buah aku.. nama dia esya..... cute.. mcm mak dia.. (anak abang sepupu aku)
nie pun anak buah aku.. nama dia iman.... comel mcm muka mak dia jugak..(anak kakak sepupu aku)

both of them ikut muka mak masing2... 

aku ada muka2 mak aku ka??

that's it.... boring dah aku mau tulis apa lagi...

TARIK PAPAN,
SORONG PAPAN,
NAH KAN.. TERSEPIT.. HAHAHAHA 



Saturday, November 19, 2011

APA akan terjadi kalau.... dia pergi?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

lately, aku selalu berfikir macam mana kalau dia pergi untuk selamanya? or... pergi bersama perempuan lain?
sudah pastinya aku akan MENANGIS..... menangis kerana kehilangan.. dan rasa sedih.... lebih2 lagi dia tu orang yang paling di sayang..... kan.........

ada dua pemergian yang sukar untuk aku terima (tak tahu la pulak org lain..)
MAUT & HATI DAH BERALIH ARAH..

kalau pergi di sebabkan kematian... pasti akan sangat sedih, sebab kita tak akan jumpa orang tu lagi.. selamanya..... pertemuan kita akan berakhir di sini dan tiada lagi pertemuan yang lain... cukup sadis kan... bayangkan... orang yang korang sayang tu.. akan pergi... selamanya... TIDAKKKKKKKK!!! aku tidak rela.. kerana aku belum menyatakan rasa cinta ku lagi... aku belum cakap kat dia.. betapa kau mencintainya... hu... aku tak ingin kehilangannya kerana aku belum pernah merasai kebahagiaan hidup bersama dia yang ku cintai... 

pergi di sebabkan hati beralih arah... memang sakit tahap gaban bila orang yang kita cinta tu... dah pergi bersama orang lain... di saat hati dah berbunga-bunga...... tiba-tiba musnah kerana orang lain.... apa yang akan aku, anda, atau kamu lakukan???? 
kalau aku... akan akan menangis sepuas2nya.. tapi di samping tu aku akan gembira sikittttt jak... sebab orang yang aku sayang, bahagia bersama orang yang dia sayang.. walaupun orang yang dia sayang tu.... bukan AKU!!! pedih memang pedih...

TETAPI, perpisahan melalui cara apa sekali pun. memang sangat pedih dan sakit.... air mata boleh mengalir berbaldi-baldi.... tetapi... PERCAYALAH ALLAH TIDAK AKAN MENSIA-SIAKAN SESUATU.. PENDERITAAN AKAN BERBUAHKAN KEBAHAGIAAN JUGA... LAMBAT ATAU CEPAT... ia akan terjadi juga... so............................... renung-renungkan...


Friday, November 18, 2011

Big Girl Don't Cry...

Assalamualaikum semua... 

lokasi sekarang, ada di Kota Kinabalu, Tempat kakak sepupu aku.. hem, punya best on9 kat sini sebab BB aku laju jer.. hehehehe happy..  Big girl dont cry kan... selalu ku tanamkan itu dalam hati ku, seperti yang korang tahu.... aku masih lagi 19, dan tahun depan dah 20 tahun... sampai bila aku nak begini terus kan.. sampai bila kau mahu menangis... huhu jujur, aku memang cepat nangis.. dasar cenggeng kan... herm, i want to stop crying... dan berdiri setabah mungkin... 
aku tak nak lagi jadi macam dulu2... fatin kau dah matang!! dah boleh jadi emak orang.... 
buat masa sekarang nie, aku memang masih berduka, bersedih, semoga Allah akan membantu aku untuk menjadi orang yang lebih tabah, dan boleh berdiri sendiri.... tak kisah aku menangis samapi buta, asalkan, aku boleh berdiri sendiri dan mengatasi rasa kesedihan di hati ku... aku penat untuk menangis seorng diri... semoga Allah... mengurniakan aku seseorang yang boleh menemani ku menangis.. ketawa... dan segala-galanya.. 
Ya Allah... kurniakan aku teman itu.. agar aku tidak merasa keseorangan.. dan kesunyian....
itu yang aku rasakan saat ini.... aku ada emak yang sangat2 sporting... tapi aku tak nak luahkan segalanya dengan emak.. aku tahu, beban yang emak tanggung juga berat... 
jangan di tambah dengan masalah2 remeh ku ini....
sekarang nie aku mungkin belum jumpa orang tu lagi.. tapi... suatu hari nanti.. aku yakin aku akan jumpa orang itu....................

AKU BERJANJI... AKU AKAN BELAJAR UNTUK TIDAK MENANGIS!!

even orang pandang rendah dengan aku...
even orang layan aku macam najis...
even orang sakitkan hati ku...
even orang buat aku merana.... 

AKU TAK MAHU MENANGIS LAGI... AKU TAK INGIN MENANGIS................ CUKUP KISAH SEDIH KU SAMPAI SINI.. KERANA AKU TIDAK SUDI UNTUK MENANGIS LAGI...


akan ku cuba untuk berdiri sendiri........

Tuesday, November 15, 2011

Bersedih atau buat tak tahu

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

heyyy peeepssss.... terus bersedih atau buat tak tahu saja, kalau aku dah tulis mcm nie... mesti ada kena mengena dengan percintaan kan.. hehe well, korang tengah berada di blog 'erti cinta luka' so dalam blog nie.. akan berbicara tentang erti, cinta, dan luka.. hahahaha (sorry agak blur sikit.. )

kebiasannya apabila sakit hati seseorang itu akan terus membiarkan dirinya hanyut dengan kesedian, (i'm talking about my self) heheheh sekali di sakiti, aku pasti akan terus2 bersedih, aku sendiri tak faham, kenapa aku tak boleh buat tak tahu saja, mungkin sebab aku belum matang kot.. 

aku bukan manusia yang pandai buat tak tahu, aku tak pandai mau sembunyi apa yang aku rasakan, korang tahu la, muka ku terlalu jujur untuk mencerminkan perasaan ku... kalau aku marah, memang satu hari tu aku akan marah tahap gaban, kalau aku hepi, wajah ku memang akan tersengih2 mcm kerang busuk, kalau aku sedang rungsing memang muka macam taik la.. hahahaha

aku betul-betul perlu belajar mengawal emosi dan reaksi muka, sebab aku tahu org boleh baca perasaan ku dengan memandang muka saja, kalau korang tengok muka ku sekarang nie, memang korang tahu la yang aku sedang bersungguh-sungguh menulis entry nie dengan penuh perasaan, apa2 di sekeliling ku juga aku tidak peduli lagi.. sangat2 serius nie..


Monday, November 14, 2011

minggu terakhir cuti..

Assalamualaikum, dan salam 1 Malaysia...

heeelllllloooooooo...... wah lamanya aku tak update apa2 kan, sorry busy bercuti2.. nanti aku buat entry khas sempena cuti sem nie... byk gambar2 menarik yang aku dah ambik.. well, rasa sedih pulak nak tinggalkan rumah... minggu nie last sudah aku habiskan masa. btw, esok hari jadi mama ku... 
sorry Mom, tak ada apa2 nak bagi, kek pun tak ada.. sebab tak ada duit.. elaun makan pun belum keluar lagi... PTPTN pun belum masuk lagi.. nah!! kedapatan guna duit PTPTN untuk urusan peribadi...
hehehehhe

cuti nie aku ada byk gambar nak upload, tapi BB aku sangat2 lembab.... bikin panas.. satu pic pun nak berjam2, kawasan rumah aku nie tak kuat sangat line 3G, entahlah bila mereka nak buat menara line tu tinggi2.. kawasan rumah ku nie.. susah mau cakap, payah nak dapat line!!! 

tadi aku pergi hangout dgn kawan aku, Fatin Annisa... pergi jalan2 jer.. tak beli apa2 pun...B.E.T.U.L (wek! saya tipu.. saya ada beli beg tangan!! hehhe) aku beli beg tu pun hasil daripada jual tudung... haahlah, aku lupa nak cerita yang aku buat business tudung.. hehe dengan mak aku, kami buat tudung tu sendiri.. well setakat nie tempahannya sangat memuaskan... dan aku dah byk dapat duit hasil jual tudung tu.. dan duit tu aku beli BEG tanga.. hahahahahahah mak aku marah, dia kata beg yg aku beli tu tak cantik sebab bintik2 hitam.. hahahah bagi aku yang berjiwa remaja nie.. cool apa tu beg..

aku sangat2 nak upload pic.. tapi line tak bagus.. nanti dah balik KK, aku upload banyak2... 

jumaat nie aku balik KK dah... huhuhuhuhuhu sedihnya... tapi aku semangat mau kuliah....

ok aku chau dulu.. dada.......