Friday, December 30, 2011

The End for EVERYTHING..

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..

apa kabar?? lama dah tak update apa2.. herm..... sedar tak sedar... hari ini adalah hari terakhir untuk 2011.. esok, will be 2012... aku tak tahu sebenarnya nak cerita apa, aku masih dalam kesedihan.. sedih bila memikirkan orang yang kita sangat sayangi sebenarnya tak sayang pun dengan aku... hati aku pedih.... sangat pedih.. aku tak nak selamanya sedih, aku penat... aku cuba tak ignore perasaan ini, berpura-pura kesakitan di hati ini tidak terasa.. tapi aku tak mampu.... aku sangat tidak mampu.. T_T

tapi sampai bila aku mesti begini? aku bersedih sedangkan dia? tak ada orang lain boleh tolong aku selain diri aku sendiri... aku mesti tabah, kuat..... aku akan relakan dia walau hati ku pasti akan terluka... tidak selamanya aku akan terluka... suatu hari nanti aku pasti bahagia... aku yakin itu.. tetapi aku masih berharap agar dia sedar yang aku disini menanti dia.... sememangnya penantian itu sakit... Ya Allah... berikan aku kekuatan untuk lalui semua ini... 

be strong Fatin... biarkan dia pergi... relakan pemergiannya.........

T_T

Friday, December 9, 2011

Luahan Hati Ku...

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia...

heeeyyy, apa kabar semua? sihat??? syukur Alhamdulillah kalau korang semua sihat. well, entry kali nie tak ada apa-apa nak share dengan korang selain daripada perasaan aku, tak ada info yang nak aku share.. so, kalau korang tak nak baca pun it's ok...

dalam hidup nie... mengapa terlalu sukar untuk bahagia? sedangkan aku sudah tidak memandang pintu kesedihan itu lagi... aku dah melangkah maju kehadapan tanpa berpaling.. mungkin Allah masih mahu menguji ku.. aku cuma mahu gembira, bahagia... ada orang ambik berat pasal aku.. (family aku memang ambik berat pasal aku, tapi aku maksudkan ... org lain..) 

serius, aku rasa sekarang sangat-sangat sunyi... dan sendiri... kadang-kala aku menghela nafas, terasa tersekat di dada, tiba-tiba sakit hati ini.. sebak... sepertinya aku mau menangis..... tidak faham kah orang-orang itu bahawa aku derita? jangan layan aku seperti insan yang tidak mempunyai hati dan perasaan.. sedangkan aku adalah insan yang paling mudah memaafkan segala kesalahan mu kerana cinta di hati ku sudah tidak bisa ku ubah menjadi benci.... buatlah kesalahan apa pun.. ia aku akan marah.. tapi kasih sayang ku tidak akan hilang..
perkenalan kita sudah lama.. sehinggakan aku tidak boleh berpisah jauh dari mu...

hati ku tabah... hati ku kukuh bila berhadapan dengan orang lain.. tapi apabila aku berhadapan dengan mu.. hati ku rapuh.. mudah pecah, mudah terguris, mudah terusik.. kerana sayang dan kasih ku terhadap mu... ku mohon jangan terus memaksa... segala yang tak mungkin dapat ku sanggupkan....

sorry.. tak boleh sambung entry nie.. T_T

Monday, December 5, 2011

Aku pun budak PLKN..

Bismillahirahmahnirahim.....

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia..

hey..hey.. lama tak update blog nie.. sejak kebelakangan nie.. aku busy la... sibuk menjadi usahawan berjaya.. hahahahah berjaya kunun.. setakat ambik upah print notes jer.. hahah aku nie over betul la kan.. ^_^ apa-apa pun, tak lama lagi nak menjejakkan kaki ke tahun 2012... sedar tak sedar, aku pun dah semakin tua.. panjang umur... aku 20 tahun dah tahun depan... aku rasanya tak pernah sebut yang aku nie bekas budak PLKN.. hehehe aku PLKN kat Sandakan, kem bagai budi sabah....





itu jer... sibuk nie..nak buat banyak kerja.. assignment pun dah berlambak... ok.. bye!!

Wednesday, November 30, 2011

Happy anniversary MOM & DAD

HAPPY ANNIVERSARY FOR MY LOVELY MOM & DAD YANG KE 23 TAHUN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

di sini saya ingin mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada emak dan ayah saya

HJ. DARMAWATI BTE SALEHUDDIN & MOHAMMED YUNUS BIN MOHAMMAD

semoga perkahwinan emak & ayah saya akan berkekalan hingga akhir hayat...


Sunday, November 27, 2011

Kenapa aku cepat EMOSI???

Assalamualaikum semua..... & salam 1 Malaysia..

tajuk entry kali nie 'KENAPA AKU CEPAT EMOSI?' soalan yang sering di tanya oleh rakan-rakan lelaki aku, dan sesiapa yang tak kenal aku yang sudah bercakap atau berdebat dengan aku..
kenapa aku cepat emosi??

aku kalau di dalam blog, memang korang semua akan cakap aku nie 'ayu' 'lembut' tengok gambar aku pun macam senang jer nak buli kan.... tapi hakikatnya, aku bukan gadis melayu terakhir, aku bukan wanita anggun.. aku adalah si pemarah, keras kepala, dan seorang yang takkan kalah! ya.. aku tidak berlagak 'ayu' atau lemah lembut. tapi aku tetap sopan dengan orang lain.. selagi orang itu bersopan dengan aku.. semua tak ada masalah.. 

dulu, aku tak macam begini. aku tak cepat melenting, tak cepat marah, tak cepat beremosi... aku masih ingat, waktu aku sekolah tadika..

aku nangis sebab nak balik rumah... aku memang PENAKUT!! aku memang penakut, takut dengan orang ramai, takut di tinggalkan seorang diri.. dan aku takut untuk menghadapi masalah seorang diri... pernah sewaktu aku tadika, aku menangis macam nak gila sebab aku tertinggal botol air aku kat dalam bas sekolah... aku nangis sampai semua cikgu-cikgu datang pujuk aku. betapa penakutnya aku dulu...

sewaktu sekolah rendah.. aku selalu kena buli... ya, sangat selalu kena buli.. kawan-kawan aku dulu selalu ambik duit aku, selalu suruh aku pergi beli makanan kat kantin, aku memang BODOH, aku percaya cakap dorang, kalau aku tak buat apa yang dorang suruh.. dorang tak nak kawan aku... sampai ada ketika itu, kawan aku tampar aku.. tapi aku diam jer.. ya memang aku kena buli berabis masa tu.... sangat-sangat kesian...

sekolah menengah, aku masih nurfatin yang dulu.. masih lemah dan lembik... tapi waktu aku tingkatan 1, aku dah pandai melawan.. melawan dengan lelaki jer... aku tak suka budak lelaki yang rapat dengan best fren aku time tu.. aku bergaduh dengan lelaki sebab lelaki tu nak ngorat best fren aku... sampai aku kena cop 'lesbian' dorang cakap aku lesbian sebab aku waktu tu tomboi, tak pandai nak bergaya, baju pun.. baju t shirt budak lelaki, seluar jeans, rambut di ikat satu.. itu pun tak ada rambut depan, semua aku ikat bagi nampak dahi aku yang luas.... muka aku memang hitam, sebab tak pandai nak make up2.. itulah aku sewaktu tingkatan 1..... saat itu, semua budak lelaki benci aku! aku pun tak tahu mengapa.. sedangkan aku hanya ingin melindungi sahabat baik aku...

aku selalu kena tindas... bukan setakat kawan, malah semua pun orang di sekeliling aku menindas aku dan keluarga ku... aku bukan berasal dari keluarga yang senang... setiap kali aku memohon biasiswa.. tak pernah berjaya, alasannya sebab ibu aku bukan warganegara.. ibu aku orang indonesia dan memegang pasport. so what?? duit itu di gunakan untuk kami yang susah ini.. untuk kami yang betul-betul memerlukan.. tetapi malangnya..... tetap juga biasiswa itu tidak pernah aku perolehi... tapi kawan-kawan aku yang senang, kaya raya boleh pulak dapat biasiswa.. bulan-bulan tukar beg baru... tukar kasut baru.. sedangkan aku, hanya bertukar beg kalau dah koyak.. aku pernah pergi sekolah dengan beg yang dah usang, dan dalam perjalanan pergi kelas.. beg aku runtuh... terkoyak.. habis semua buku-buku aku terjatuh.. bayangkan.. betapa malunya aku... semua orang yang melihat akan tertawa.. 'hahahah kesian orang miskin..' sampai sekarang, kata-kata itu ku semat dalam hati ku... ya memang aku miskin..

aku tak suka cara orang-orang even keluarga sendiri menilai aku dan keluarga berdasarkan harta benda... aku tak suka pergi kenduri-kenduri orang kawin.. tiada alasan lain, selain daripada aku tidak suka di pandang hina.. di pandang jijik kerana di leher, pergelangan tangan, dan jari jemari ku tiada emas... begitu juga ibu..... kasihan ibu....

banyak kali aku melihat ibu menangis... dan banyak kali juga aku menangis sebab di perlakukan tidak wajar.. hati ku memang rapuh, cepat terguris dan terasa... tetapi aku tidak akan membiarkan keadaan ini berterusan... sebab itu aku cepat emosi.. aku marah apabila orang menilai aku dari luaran.. menilai aku dari aspek yang ku rasakan tidak wajar.... aku di didik dengan penuh kesusahan... tetapi aku tidak pernah malu dengan diri sendiri.. tidak pernah menafikan bahawa aku memang susah... akan aku jadikan kesusahan dan kepayahan ini sebagai alasan untuk aku terus maju ke hadapan.... 

tidak akan sesekali aku akan membiarkan orang menindas aku... kerana aku...... juga ada maruah.. jadi jangan heran kenapa aku cepat beremosi... 





-the end-

MAAL HIJRAH ^_^

Assalamualaikum semua...

selamat menyambut maal hijrah kepada semua umat islam yang berada di seluruh dunia.. 
marilah kita beramai-ramai menghayati makna sebenar MAAL HIJRAH...

aku sambut tahun baru islam kat UITM, ada solat hajat dan ceramah.. 
(jom layan pic yang sempat di ambik)






malam tu, sewaktu bacaan yasiin.. tiba-tiba hati aku jadi sebak.. terasa kerdilnya diri ini.. insyaALLAH aku akan berhijrah dari benda buruk ke benda yang baik.. semoga di tahun baru i ni.. kita semua mendapat rahmatNYA... AMIN..

Friday, November 25, 2011

Di sebalik cerita memalukan itu.. adalah pengalaman..

Assalamualikum & Salam 1 Malaysia... 

heyyy heyyy, apa kabar semua?? sihat? aku tak berapa sihat ler, ada flu pulak dah..  korang pun dah tahu kan. aku tak tinggal Asrama dah, well untuk ke kelas, aku terpaksa tunggu bas NR (non resident) punya bas, kalau ketinggalan bas, pandai2 la jalan kaki pergi kelas... sebab bas NR nie terlalu mengikut jadual, sehinggakan tersangat2 lah menyusahkan aku... (this story will come in my next entry)

di sebalik cerita yang memalukan.. adalah pengalaman kepada kehidupan.. korang setuju tak? aku setuju sangat-sangat setuju.. pernah tak korang salah masuk kelas? pernah tak korang salah masuk tandas? salah tegur orang? salah masuk kereta? salah tarik tangan orang? kasut tercabut kat tengah jalan? payung korang terbongkar di tiup angin? terjatuh dan terbaring depan orang? pernah?? aku pernah.. dan yang di nyatakan di blog ini adalah betul2 terjadi pada aku.. hahaha aku tak malu nak share dengan korang sebab aku tahu semua itu adalah pengalam buat aku, yang akan ku ceritakan pada anak cucu aku esok bila aku dah tua..

semua cerita yang memalukan akan menjadi pengalaman dan pengajaran kepada diri sendiri, dan kadang kala menjadi penghibur tatkala kita sedang boring, sedih, dan tak ada mood.. ingat jer perkara itu pasti kita akan tersenyum dan tertawa... 

berberapa hari yang lalu, aku tengah asyik berjalan kaki pergi kuliah... tengok-tengok, kasut aku dah nak tertanggal.. punya aku kalut... patutlah, makcik-makcik yang berselisih dengan aku, tersenyum sumbing.. rupa-rupanya.. tapak kasut aku dah nak tertanggal... aku berhenti seketika, berfikir apa yang patut aku buat.. berpatah balik akan buang masa.. sebab kelas dah nak mula.. nak teruskan.. kelas sampai pukul 6 petang.. fikir punya fikir, aku ambik keputusan untuk teruskan juga perjalanan.. tapi sebelum tu..

aku singgah beli gam gajah, duduk kat tepi kedai tu, buka kasut, dan aku mula aku menggam.. hahaha serius, saat nie dah tak ada maknanya aku nak control cun.. sebab memang dah kantoi berabis.. beberapa senior aku lalu... diaoarang gelakkan aku.. aku memang buat muka bodoh jer, tapi dalam hati memang aku sumpah-sumpah.. hahahaha dah selesai menggam kasut, aku teruskan perjalan ke kelas..

sampai jer kelas, aku duduk dan buka kasut.. sehingga lecture aku cakap pasal orang dulu-dulu tak pakai kasut.. mula-mula aku tak perasan dia mengata aku.. last-last, aku tengok kat bawah kaki aku.. hahah aku berkaki ayam... apa-apa pun aku tak malu kerana aku mengaku kesilapan aku.. dan aku tak menyesal dan tak rasa terhina pun.. sebab bagi aku DI SEBALIK CERITA YANG MEMALUKAN.. ADALAH PENGALAMAN DAN PENGAJARAN BUAT AKU... 

bagi orang-orang yang tergelak dan menggelak kan aku... heheh macam jer korang tu tak pernah buat or terbuat perkara yang memalukan kan..... ;P

 Me, before pergi kelas...  hohoh
 kasut yang di maksudkan.. hehe
 boleh tengok sendiri kan.. adeeehh hahaha memalukan betul..
say good bye to kasut nie.. BYE-BYE..
at the end, kalau menghadapi perkara yang memalukan.. korang cool jer.. jgn terlampau panic.. heheh

-THE END-

Thursday, November 24, 2011

Apabila SI "Pekak, Buta, Bisu" mencari sahabat

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..

Entry kali ini tidak bermaksud untuk menperlekehkan OKU, TIDAK sama sekali..... 
apa yang aku maksudkan dengan pekak, buta dan bisu... adalah insan-insan yang tidak mengunakan anugerah Allah dengan sebaiknya untuk mencari sahabat...

susah sangat ke untuk ORANG itu menerima aku???? apa yang ORANG itu lihat dalam diri ku??? alasannya...'DIA TIDAK PANDAI BERKAWAN' kalau tidak pandai berkawan.. tidaklah aku terhegeh-hegeh hendak menyelesaikan masalah yang aku sendiri tidak tahu berpunca dari mana.....

maafkan aku ORANG itu, entry ini tidak bermaksud untuk mengecilkan kau, tetapi hati kecil ku terluka, terguris dengan sifat mu.... dulu KITA pernah berjanji, rapat, dan sangat memahami antara satu sama lain.. bergurau.. berpandangan.. dan tersenyum bersama... KAU sahabat buat ku.. tapi.. AKU siapa buat mu??

ADAKAH hati mu berubah kerana KAU terpengaruh dengan anasir-anasir luar?? Adakah KAU melihat aku seperti seorang yang ingin memanfaatkan mu... percayalah.. aku menangis sewaktu kau seolah-oleh tidak memandang ku.... T_T

kadang kala aku marah, benci, dengan kau yang berlagak pekak ketika aku memanggil mu, berlagak buta ketika aku di hadapan mu, dan berlagak bisu ketika aku bertanya kepada mu...
KENAPA?????

adakah aku tidak layak untuk berteman dengan mu?
aku tidak layak berteman dengan mu sebab aku tidak tergolang dalam orang-orang yang cantik?
aku tidak tergolong dalam orang yang famous?
aku tidak tergolong dalam orang-orang yang kaya?

mengapa semua itu menjadi kayu pengukur dalam persahabatan??? aku tidak faham mengapa tiba-tiba diri mu berubah.. melayani aku seperti musuh, sedangkan sebelumnya.. kita seperti adik beradik..
apa-apa pun.. SEMOGA KAU BAHAGIA...

Aku tidak akan lagi bertanya akan hal ini... cukup sekali.. dan tiada ke 2 kali...


Monday, November 21, 2011

Aku YANG terbuang...

buah pegaga di tepi paya,
naik sampan ke pulau sebatik,
tajuk entry memang menarik tertaik,
agar korang tertanya-tanya..

ASSALAMUALAIKUM SEMUA... dan bagi yang bukan beragama islam, HELLO dan bagi seluruh rakyat Malaysia.. SALAM 1 MALAYSIA..

apa kena dengan aku nie kan.. tiba-tiba berpantun.. (yessss tak payah la korang nak kutuk2, aku tahu memang pantun aku tunggang terbalik..) heheheh tajuk entry nie memang bikin muskil kan.. siapa la yang mau buang aku nie.. dah besar dah.. hahahahahah 

seperti yang korang maklum... (SEJAK BILA AKU MAKLUMKAN KORANG??? hehe), aku dah tak tinggal asrama.. aku tinggal kat luar dah.. dah kena halau sebab tak bayar yuran (TIPU!!) 

Sekarang nie aku tinggal kat Indah Permai, depan Uitm jer.. dekat kalau naik kereta, tapi kalau jalan kaki, naik lenguh jugak la kaki aku.. tapi best boleh kuruskan badan.. nanti boleh jadi barbie doll n boleh kawan dengan c XS.. opppppssss... ;P

tinggal di luar nie memang best!! best sebab rasa macam dah besar... (memang dah besar pun.....) rasa berdikari la sikit... (letak kari tu byk, boleh berdikari lebih-lebih kan..) beberapa hari datang KK, emak aku datang temankan... well, mak aku memang baik.. love u mom.. walaupun banyak kerja.. emak mau juga temankan aku pergi KK... macam budak2!1 (trep manja.. hahah)

i want to take a pic of this house.. but.. i'm scared.. malu pun ia jugak.. hehehehe malu dengan tuan rumah... siapalah aku nie kan.. nanti dia kata aku nie overdoss pulak.. hehehehehhe apa2 pun ada pic aku nak sertakan dengan entry nie.. even tak ada kena mengena... well enjoy...

 this is my mom... i love her.. she is rock.. sebab tak kisah aku bawa pergi makan bakso.. heheheh
 nie.. anak buah aku.. nama dia esya..... cute.. mcm mak dia.. (anak abang sepupu aku)
nie pun anak buah aku.. nama dia iman.... comel mcm muka mak dia jugak..(anak kakak sepupu aku)

both of them ikut muka mak masing2... 

aku ada muka2 mak aku ka??

that's it.... boring dah aku mau tulis apa lagi...

TARIK PAPAN,
SORONG PAPAN,
NAH KAN.. TERSEPIT.. HAHAHAHA 



Saturday, November 19, 2011

APA akan terjadi kalau.... dia pergi?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

lately, aku selalu berfikir macam mana kalau dia pergi untuk selamanya? or... pergi bersama perempuan lain?
sudah pastinya aku akan MENANGIS..... menangis kerana kehilangan.. dan rasa sedih.... lebih2 lagi dia tu orang yang paling di sayang..... kan.........

ada dua pemergian yang sukar untuk aku terima (tak tahu la pulak org lain..)
MAUT & HATI DAH BERALIH ARAH..

kalau pergi di sebabkan kematian... pasti akan sangat sedih, sebab kita tak akan jumpa orang tu lagi.. selamanya..... pertemuan kita akan berakhir di sini dan tiada lagi pertemuan yang lain... cukup sadis kan... bayangkan... orang yang korang sayang tu.. akan pergi... selamanya... TIDAKKKKKKKK!!! aku tidak rela.. kerana aku belum menyatakan rasa cinta ku lagi... aku belum cakap kat dia.. betapa kau mencintainya... hu... aku tak ingin kehilangannya kerana aku belum pernah merasai kebahagiaan hidup bersama dia yang ku cintai... 

pergi di sebabkan hati beralih arah... memang sakit tahap gaban bila orang yang kita cinta tu... dah pergi bersama orang lain... di saat hati dah berbunga-bunga...... tiba-tiba musnah kerana orang lain.... apa yang akan aku, anda, atau kamu lakukan???? 
kalau aku... akan akan menangis sepuas2nya.. tapi di samping tu aku akan gembira sikittttt jak... sebab orang yang aku sayang, bahagia bersama orang yang dia sayang.. walaupun orang yang dia sayang tu.... bukan AKU!!! pedih memang pedih...

TETAPI, perpisahan melalui cara apa sekali pun. memang sangat pedih dan sakit.... air mata boleh mengalir berbaldi-baldi.... tetapi... PERCAYALAH ALLAH TIDAK AKAN MENSIA-SIAKAN SESUATU.. PENDERITAAN AKAN BERBUAHKAN KEBAHAGIAAN JUGA... LAMBAT ATAU CEPAT... ia akan terjadi juga... so............................... renung-renungkan...


Friday, November 18, 2011

Big Girl Don't Cry...

Assalamualaikum semua... 

lokasi sekarang, ada di Kota Kinabalu, Tempat kakak sepupu aku.. hem, punya best on9 kat sini sebab BB aku laju jer.. hehehehe happy..  Big girl dont cry kan... selalu ku tanamkan itu dalam hati ku, seperti yang korang tahu.... aku masih lagi 19, dan tahun depan dah 20 tahun... sampai bila aku nak begini terus kan.. sampai bila kau mahu menangis... huhu jujur, aku memang cepat nangis.. dasar cenggeng kan... herm, i want to stop crying... dan berdiri setabah mungkin... 
aku tak nak lagi jadi macam dulu2... fatin kau dah matang!! dah boleh jadi emak orang.... 
buat masa sekarang nie, aku memang masih berduka, bersedih, semoga Allah akan membantu aku untuk menjadi orang yang lebih tabah, dan boleh berdiri sendiri.... tak kisah aku menangis samapi buta, asalkan, aku boleh berdiri sendiri dan mengatasi rasa kesedihan di hati ku... aku penat untuk menangis seorng diri... semoga Allah... mengurniakan aku seseorang yang boleh menemani ku menangis.. ketawa... dan segala-galanya.. 
Ya Allah... kurniakan aku teman itu.. agar aku tidak merasa keseorangan.. dan kesunyian....
itu yang aku rasakan saat ini.... aku ada emak yang sangat2 sporting... tapi aku tak nak luahkan segalanya dengan emak.. aku tahu, beban yang emak tanggung juga berat... 
jangan di tambah dengan masalah2 remeh ku ini....
sekarang nie aku mungkin belum jumpa orang tu lagi.. tapi... suatu hari nanti.. aku yakin aku akan jumpa orang itu....................

AKU BERJANJI... AKU AKAN BELAJAR UNTUK TIDAK MENANGIS!!

even orang pandang rendah dengan aku...
even orang layan aku macam najis...
even orang sakitkan hati ku...
even orang buat aku merana.... 

AKU TAK MAHU MENANGIS LAGI... AKU TAK INGIN MENANGIS................ CUKUP KISAH SEDIH KU SAMPAI SINI.. KERANA AKU TIDAK SUDI UNTUK MENANGIS LAGI...


akan ku cuba untuk berdiri sendiri........

Tuesday, November 15, 2011

Bersedih atau buat tak tahu

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

heyyy peeepssss.... terus bersedih atau buat tak tahu saja, kalau aku dah tulis mcm nie... mesti ada kena mengena dengan percintaan kan.. hehe well, korang tengah berada di blog 'erti cinta luka' so dalam blog nie.. akan berbicara tentang erti, cinta, dan luka.. hahahaha (sorry agak blur sikit.. )

kebiasannya apabila sakit hati seseorang itu akan terus membiarkan dirinya hanyut dengan kesedian, (i'm talking about my self) heheheh sekali di sakiti, aku pasti akan terus2 bersedih, aku sendiri tak faham, kenapa aku tak boleh buat tak tahu saja, mungkin sebab aku belum matang kot.. 

aku bukan manusia yang pandai buat tak tahu, aku tak pandai mau sembunyi apa yang aku rasakan, korang tahu la, muka ku terlalu jujur untuk mencerminkan perasaan ku... kalau aku marah, memang satu hari tu aku akan marah tahap gaban, kalau aku hepi, wajah ku memang akan tersengih2 mcm kerang busuk, kalau aku sedang rungsing memang muka macam taik la.. hahahaha

aku betul-betul perlu belajar mengawal emosi dan reaksi muka, sebab aku tahu org boleh baca perasaan ku dengan memandang muka saja, kalau korang tengok muka ku sekarang nie, memang korang tahu la yang aku sedang bersungguh-sungguh menulis entry nie dengan penuh perasaan, apa2 di sekeliling ku juga aku tidak peduli lagi.. sangat2 serius nie..


Monday, November 14, 2011

minggu terakhir cuti..

Assalamualaikum, dan salam 1 Malaysia...

heeelllllloooooooo...... wah lamanya aku tak update apa2 kan, sorry busy bercuti2.. nanti aku buat entry khas sempena cuti sem nie... byk gambar2 menarik yang aku dah ambik.. well, rasa sedih pulak nak tinggalkan rumah... minggu nie last sudah aku habiskan masa. btw, esok hari jadi mama ku... 
sorry Mom, tak ada apa2 nak bagi, kek pun tak ada.. sebab tak ada duit.. elaun makan pun belum keluar lagi... PTPTN pun belum masuk lagi.. nah!! kedapatan guna duit PTPTN untuk urusan peribadi...
hehehehhe

cuti nie aku ada byk gambar nak upload, tapi BB aku sangat2 lembab.... bikin panas.. satu pic pun nak berjam2, kawasan rumah aku nie tak kuat sangat line 3G, entahlah bila mereka nak buat menara line tu tinggi2.. kawasan rumah ku nie.. susah mau cakap, payah nak dapat line!!! 

tadi aku pergi hangout dgn kawan aku, Fatin Annisa... pergi jalan2 jer.. tak beli apa2 pun...B.E.T.U.L (wek! saya tipu.. saya ada beli beg tangan!! hehhe) aku beli beg tu pun hasil daripada jual tudung... haahlah, aku lupa nak cerita yang aku buat business tudung.. hehe dengan mak aku, kami buat tudung tu sendiri.. well setakat nie tempahannya sangat memuaskan... dan aku dah byk dapat duit hasil jual tudung tu.. dan duit tu aku beli BEG tanga.. hahahahahahah mak aku marah, dia kata beg yg aku beli tu tak cantik sebab bintik2 hitam.. hahahah bagi aku yang berjiwa remaja nie.. cool apa tu beg..

aku sangat2 nak upload pic.. tapi line tak bagus.. nanti dah balik KK, aku upload banyak2... 

jumaat nie aku balik KK dah... huhuhuhuhuhu sedihnya... tapi aku semangat mau kuliah....

ok aku chau dulu.. dada.......

Tuesday, October 25, 2011

Aku Rasa sangat2 Tercabar..

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA...

sebelum aku mula menulis entry nie.. aku nak ucap HAPPY B'DAY DAD!! yeah!! MY DAD = MOHAMMED YUNUS BIN MOHAMMAD... selamat hari lahir bapa, ayah, daddy... hari nie genap la umur bapa 44 tahun... walaupun you always said that today is your 14 b'day.. hahahaha bapa adalah lelaki yang paling hebat dalam hidup ku!! ^_^ (so, malam nie... apa plan kita sekeluarga??) 

this is my dad.... 


really handsome ya.. hahahahahah 

OK! back to my first point... hem... you know what.. aku rasa sangat2 tercabar... ialah.. i really2 damn want to be a LAWYER!!!!! dari kecik... itu sahaja cita-cita ku.. tidak pernah berpaling dari apa pun... sekarang aku stdy kat utim, and taking PUBLIC ADMIN.. and i'm at the right track.. but. the question is... 

BOLEH KA AKU SAMBUNG IJAZAH DALAM BIDANG PERUNDANGAN????

jalannya ada sahaja, hanya dari diri ku untuk berusaha... i will do anything to become a lawyer.. 
aku pernah berjanji dengan Arwah atuk.. yang aku akan berusaha mencapai cita-cita ku... 

but.. i dont know lah..... RASA SANGAT2 TERCABAR SEKARANG NIE!!!!


SANGAT2 TERTEKAN!!!!

Saturday, October 15, 2011

Persahabatan KITA untuk SELAMANYA...

SALAM!!

aku dah tak sedih dah.. sorry.. tadi memang aku emo sikit.. hem.. aku rindu dengan seorang rakan nie.. pempuan ek.. aku rindu dengan dia.. sebab.. kami dah tak bertegur sejak form 5.. until now.. 
susah nak jelaskan mengapa kami tak bertegur.. (adalah sebabnya.. dan itu tidak akan d nyatakan kat sini..) cuma aku ceritakan hal ini.. sebagai pengajaran buat kamu semua...

sebenarnya, aku menyesal dengan tindakan ku dahulu... aku tahu, menjauhkan diri dari dia adalah satu kesalahan.. di saat dia dalam masalah, aku pula semakin menyalahkan dirinya... disebab kan itu.. aku dan dia dah tak bertegur lagi... semuanya terlalu pantas.. sehinggakan aku sendiri tak mampu mengawal emosi ku...
satu pergaduhan besar telah berlaku di dalam kelas 5 Amanah dulu.. antara aku.. dia.. dan balak dia..
hu... i'm sorry SHARMILA.... i miss u.. kita kawan dari form 1 lagi.. sekarang nie.. aku sangat2 menyesal.. aku tahu.. masing-masing kita ada salah.. tapi sekarang nie.. aku sangat-sangat menyesal.. 

tak sepatutnya aku salahkan kau, aku sebagai rakan sepatutnya membantu rakan yang sedang dalam masalah..
SHARMILA orgnya cantik, kecik-kecik jer.. kalau aku berdiri kat sebelah dia... macam gunung kinabalu dengan rumah d pinggir bukit...

moralnya... sebagai seorang kawan yang baik, tidak seharusnya kita menyalahkan kawan kita di saat dia dalam masalah... sepatutnya kita tolong dia.. kalau tak.. nanti jadi mcm aku dengan kawan aku nie...

tetapi dalam hati ku.. kita tetap bersahabat.. dan aku sentiasa mendoakan kau yang terbaik.. walaupun aku sering intai-intai kau d fb.. ko tak tahu kan.. huhu i miss u mila...

pic nie.. time kami form 4...


ini pic.. sebelum kami gaduh.. time form 5.. huhuhu

world in my eyes..


pic apa nie?? hehe i dont know.. 

HATI KU RAPUH..

SALAM... tak ceria.. sebab..hati ku sakit...
hati ini terlalu sakit... hu... nak nangis!!!!!!

i'm not happy!!!

THE END FOR SEM 2

Assalamualaikum... n salam 1 Malaysia...

sekarang aku dah kat kampung tercinta... TAWAU!!! Dah 5 hari aku pulang tawau.. and hari nie baru aku dapat turun bandar.. hehehe tak byk yang berubah kat bandar nie.. hem, orgnya jer yang berubah.. yalah, zaman kegemilangan ku dah tamat.. now, yang merayau-rayau kat bandar tawau nie hanyalah budak-budak hingusan yang baru jak besar... hahah yang seangkatan dengan aku semua dah pergi belajar jauh-jauh. 

bukan nak mem'BAD' mood kan entry nie.. but.. really, budak-budak zaman sekarang nie.. dah sangat-sangat kurang bertamadun.. i'm not joking about this.. it is true, baru umur setahun jagung dah pandai buat perangai tak senonoh... aku harap adik aku tak macam nie.... kalau aku dapati adik aku tak senonoh... SIAP LA DIA!! AKU SUNAT DIA UNTUK KALI KE 2!! 

ok.. let me tell you about my final exam for sem 2.. u know what, exam kali nie.. aku tak terlalu tertekan sangat.. i dont know why, mungkin dah tahu sistem exam uitm kan, so aku dah berusaha, aku dah berdoa dan sekarang aku tawakal sahaja la apa yang akan terjadi nie.. wish me luck ar.. i dont want to repeat any paper.. huhuhuhu apa yang merungsingkan aku saat ini, paper ACC106.. I hope i will pass with flying colour... amin..

add info.. next sem start bulan 11, mungkin aku tak tinggal d asrama dah... kemungkinan besar susah nak dapat   hostel sebab semua sekarang UITM SABAH dah tambahkan jumlah pengambilan pelajar.. jadi yang pelajar lama nie.. sedar-sedar la diri cari rumah sendiri... hu.... (masalah nie masih lagi berlarutan dan belum ada lagi jalan penyelesaian..)

Monday, September 26, 2011

Kesejukan belajar ACC106

Assalamualaikum semua.. how are u guys????
huhuhu it's cold right now.. currently i'm at the Library(University Teknologi Mara kampus Kota Kinabalu)..

sejuk tahap gaban o kat sini... huhuhuhuhu aku yang stdy akaun pun terus stuck.. tgh menaip pun.. tgn terasa sangat kebas.. tak tau la.. apa yang akan jadi kalau aku stay sampai jam 6 kat sini..



huhuhu aku takut la paper ACC106 nie.. tak pernah pun belajar akuan.. huhuhu dulu time sekolah menengah aku ambik sains tulen.. huhuhu rasa mcm tak berbaloi jak aku stdy sains tulen kat sekolah.. sekali tgk kat universiti aku ambik course sains pentadbiran.. huhuhuhuhu it's hard for me.. but i never give up!!

aku akan berusha sampai berjaya! aku tak mau repeat paper nie!! tak nak!! tak mahu!!!

wish me luck for this paper ok.... 


Thursday, September 22, 2011

Bestnya PUTUS CINTA...

SALAM semua... 
wah!! dah maju dah blogspot nie.. 

that's not my point.. heheh my point is... BESTNYA PUTUS CINTA!!!

Gila ka apa aku nie kan.. hahahahahhahahahahah serius nie.. putus cinta memang best! sebab kita rasa sakit hati.. dan persan atau tidak.. apabila kita putus cinta.. kita mula membuka mata untuk melihat dunia dgn lebih luas.. lebih mendekatkan diri kepada ALLAH.. tak gitu.. kan... sangat2 best la putus cinta nie.. 

SAKIT HATI???

 ya.. putus cinta memang la sakit hati.. tapi yakin la.. ada org lain yang lebih baik dari org yang dah terputus tu.. heheh MUNGKIN kita bertemu orang yang SALAH sebelum kita bertemu orang yang BETUL supya kita boleh menjadikan kisah lalu sebagai pengajaran...

BUAT APA BECINTA KALAU SAKIT HATI KAN!!!
BAGUS SENDIRI2.. DAN MENCARI CINTA YANG HAKIKI.. IAITU CINTA ALLAH...


Tuesday, September 20, 2011

FINAL EXAM FOR SEM 2..

ASSALAMUALAIKUM N SALAM 1 MALAYSIA... how are you guys??? sorry sangat2 sebab dah lama tak on9.. bukan salah aku ar.. kau tak on9 coz.. wifi kat asrama nie rosak.. dan baru kemarin pulih seperti sediakala.. lagipun aku sibuk for final exam.. pejam celik..pejam celik.. dah hujun sem 2.. insyaALLAH bulan nov.. sem 3 dah.. hehehehhe dah jadi senior la nie.. (hahahahahahah X_X) tak ada rupa senior pun.. 


jom kita tengok jadual exam for AM110

22/9/2011 - BEL260 (9.00am-12.00pm)
                   - ECO162 (2.00pm - 5.00pm)

23/9/2011 - CTU151 (2.45pm - 4.45pm)

lepas tu ada cuti 10 days.. before the next paper.. (boleh enjoy kejap.. hehehe)

03/9/2011 - PAD170 (9.00am - 12.00pm)

05/9/2011 - ACC106 (9.00am - 12.00pm)

06/9/2011 - PAD190 (9.00am - 12.00pm)

gud luck!!!

Monday, September 12, 2011

Malunya!!!

buat pertama kalinya aku merasa begitu malu... malu yang teramat sangat... malu.. semalu.. malunya.. gila... huhuhuhuhu rasa mcm bodoh betul aliu.. mungkin selama ini aku merasa sangat pandai.. dan arif tentang semua yang ada di sekeliling ku... tetapi sebenarnya aku salah.. sangat salah... huhuhuhuhu
malunya aku... huhuhu malu... malu... 
aku rasa macam mau menangis saja.. huhuhu
T_T











Wednesday, September 7, 2011

SELAMAT HARI RAYA!!!

ASSALAMUALIKUM SEMUA... HEHEHEH
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.. MAAF ZAHIR DAN BATIN ERK...

di bulan yang mulia ini... memohon maaf dan memaafkan adalah pekara yang paling indah.. yang mampu aku buat.. hehehe so.... raya korang mcm mana?? raya aku biasa jer.. heheheh tapi best la raya kat indonesia. kampung mak aku.. actually aku nak upload pic.. tetapi memandangkan.. sekarang aku on9 kat uitm puna labry.. and tak bawak tumb drive.. so... tak ada la pic yang nak d kongsi... hehe

raya kali nie best.. tapi rasa sayu sangat sebab nenek dah tak ada.. hohohoh sangat sedih.. rasa mcm nak nangis... dan aku harap.. tahun depan aku masih sempat beraya lagi kat dunia nie.. hahahahhahahaha 

tu jer.. otak aku blank tak ada idea nak tulis entry.. bye2....

Wednesday, August 17, 2011

Henna on FIRE!!

Assalamualaikum semua!!! hey!!! apa kabar????
lama dah tak upload apa2 kan.. busy.. tak lama lagi exam.. hohohohoho tak sedar tak sedar dah nak habis sem 2.. cepatnya masa berlalu..kankankankankankan...

ok story hari nie tentang henna.. apa tu henna?? ala, inai bha.. yang letak kat jari kalau nak kawin tu.. warna merah.. ar.. tu la tu.. tapi ini yang segera punya.. adeh..adeh.. inai pun ada yang segera? ingat mee jer yang segera.. ok apa pun2
nielah hasilnya apabila sudah sangat bosan dan kretif hohoh
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
hand without henna...








that's it!! the end!!! corak2 nie hasil karya ku.. hohohoho dan kaki itu kaki kawan2 ku.. nice kan.. dah mcm tatu.. huhuhuhuhuhu
see u next time..

Friday, August 12, 2011

Kematangn tidak mengira UMUR

Assalamualaikum... dan salam 1 Malaysia...

umur tidak boleh menggambarkan sifat seseorang... percayalah.. kadangkala ada org yang berumur lebih tua dari diri anda.. tetapi perangai mereka sangat kebudak-budakkan.. kematangan tidak mengira umur!!

kadang kala apabila kita melihat seseorang itu sangat dewasa.. umur dah pun mencecah 26 tetapi dia masih berfikir seperti kanak2..


Wednesday, August 10, 2011

Aku sangat2 bengang!!

Assalamualaikum... dan salam 1 Malaysia..
sebelum aku meneruskan entry ini.. kepada sesiapa yang tidak tahan dgn kata2 pedas.. sila la ke entry yang lain..

aku tak tahu lah bulan puasa nie sepatutnya semua org harus bersabar, dan pandai mengawal emosi.. kalau tak pandai pun belajar la bha.. yang aku herannya.. semua org pun mcm ikut angin masing2.. aku dah perhatikan hal nie.. dari mula puasa.. aku diam jak tgk perangai dorang.. hu.. kalau aku tegur.. memang ada yang menangis.. so untuk melepaskan segala geram di hati aku luahkan semua kat blog nie..


ada yang hipokrit... ada yang batu api.. and ada pula jenis org  yang "marahkan nyamuk, kelambu di bakar!" 
owh! tolong la... adalah seorang insan ini... aku tny benda yang aku tak faham.. boleh2nya dia jerit dgn aku 
"owh tolong la..please la..." ha?????? adakah itu sifat seorang pendidik??????? 
aku tau la aku sekarng kat Universiti.. tetapi kau tidak boleh berkata begitu..adakah salah
apabila seseorang itu tidak tahu bila bertanya?? jgn la marah sebab memang itu tugas mu untuk mengajar dan mendidik YANG MEMBAWA MAKSUD untuk membuat PELAJAR FAHAM!!!

kalau la aku nie pandai, tak payah aku minta terangkan.. tak payah aku belajr.. terus pergi kerja.. taupun aku yang ganti posisi org itu!!! please la.. emosi tu sila kawal... bilang dah ada degree.. takkan kalah dgn seseorang yang berusia 19 tahun.. yang hanya ada SPM.. huhuhuhu

lagi satu... hal yang buat aku bengang!!
berkawan tapi mcm makan kawan sendiri!!!! argh! org yang satu nie susah mau d cakap.. tau2 sendiri la apabila kawan tu.. mau dapat nama jak.. dan semua taiknya kena dgn kita.. mcm g tu la perasaan ku.. ternyata.. aku BENGANG!!

sabar NURFATIN MOHAMMED YUNUS.... sabar..sabar...sabar..sabar..sabar....... 

sekian terima kasih!!


Monday, August 8, 2011

Benarkah begitu??

ASSALAMUALAIKUM.. DAN SALAM 1 MALAYSIA..

benarkah lelaki hanya akan tertarik dgn wanita yang seksi, tinggi, dan pakai make up?? 

aku tak suka lelaki menilai perempuan berdasarkan begitu.. kerana bagiku itu semua tidak menjamin kebahagiaan... huhuhuhu 
kenapa harus menilai seseorang pada luarannya? sedangkan hakikatnya.. seseorang itu baik atau buruk berpatrikan pada hati dan kelakuan..
cantik tapi perangai mcm HANTU pun susah jugak..
tapi itulah hakikat.. manusia akan menilai seseorang berdasarkan sesuatu yang mereka lihat..
well.. first impression is important.. 
tetapi pandangan pertama juga akan berubah bila kita dah mengenali org itu...
what i try to say here.... 

aku benci org yang nilai seseorang pada luaran! well luaran boleh di buat2 tetapi.. hati..
hanya ALLAH yang tahu...

PERINGATAN : INI HANYA PENDAPAT.. BUKAN FAKTA..
semua orang ada pandangan dan pendapat masing2.. saya hormati pendapat anda..

hidup harus di teruskan walaupun orang disekeliling kamu sangat2 berpura-pura...

^_^

Saturday, August 6, 2011

I love The way I am... ^_^

Assalamualailkum dan salam 1 malaysia semua!!!
apa khabar? sedar tak sedar dah masuk puasa ke 6.. and so far.. heheh i'm good! mcm mana puasa korang semua? sempena bulan ramadhan  yang mulia ini bersama2 la kita untuk meningkatkan keimanan kepada yang MAHA ESA...

hem.. i miss the old me.. yeah.. aku dulu adalah seorang penulis novel.. haha (penulis novel yang belum di iktiraf) tapi tak pe.. walaupun begitu aku dah ada peminat tersendiri.. heheheheheheeh perasannya >.<
aku pun tak faham kenapa sejak tahun lalu... idea ku dah tak ada.. huhu nak jumpa doktor.. tapi aku nie bukan sakit.. or  hilang ingatan.. cuma hilang ilham.. huhuhu menakutkan.. 
dan sekarng aku masih mencari ubat kepada penyakit nie..
kata org.. ilham akan datang apabila kita rasa bahagia..
dan adakah aku tidak bahagia?????

big question mark ?

hahahaha anywhere.. pejam celik..pejam celik.. minggu kuliah dah nak habis.. maknanya................................... EXAM MAKIN DEKAT!!
Dan aku rasa aku tak belajar apa2 pun sem 2 nie.. waktu sem 1 adalah jugak aku belajar2.. seramnya.. hu..
ok lah.. i need to go.. bye2.. muuuuaaahhhh!!

Thursday, August 4, 2011

ADUH aku pening...

Assalamualaikum semua... 
kemarin (4/8/2011) aku ada kelas PAD170 tutorial.. huhuhu punya sakit mencari buku d labry...
dari tingkat 1, ke tingkat 2, dan akhir sekali kau d tingkat 3... pun tak jumpa-jumpa..
sampai lecture sendiri yang turun padang carikan buku.. hehehe =_="" jahatnya aku.. hem.. not just that
aku pergi tanya soalan yang membuatkan lecture aku teragak2 nak jawab.. entahlah kenapa dgn aku hari tu...
mungkin sebabkan puasa kan.. hehe ooppppsss tak baik menyalahkan bulan puasa....
semua itu berpunca dari diri sendiri...
dan semoga hari ini aku tidak menyusahkan sesiapa lagi.. hehe
i have to go.. because.. hari nie test!!!! hahahahaha bye2.. see you when i see you...


Wednesday, August 3, 2011

A picture of the cast from my favorite show



i love EDWARD CULLEN!!! ;p

Tuesday, August 2, 2011

semalam aku bermimpi...

Assalamualaikum... dan selamat menjalani puasa  yang ke 3....
semalam aku bermimpi.. aku bermimpi aku berada disuatu tempat yang sangat asing.. tempat yang terdapat sebuah tangga yang amat panjang...
ketika itu aku masih kebingungan.. sepanjang tangga itu terdapat ramai orang, lelaki dan wanita.. semuanya indah dan cantik2 belaka... tiba-tiba... suatu suara yang besar memanggil-manggil...
wanita-wanita berlarian menuruni anak tangga.. wanita yang cantik berjubah pelbagai warna.. dan bertudung serta berpurda.. aku turut berlari mengiikut mereka...
sampai sahaja di akhir anak tangga.. aku bertanya...
"kemana kamu semua pergi?? boleh aku ikut" tanya ku kepada seorang wanita yang berbaju pink lembut serta bepurda.. dia mejawab..
"adik.. kami ini bidadari.... kamu tidak boleh ikut kami.."
selepas dia menjawab.. mereka semua ghaib.. hu........
aku rasa kecewa kerana tidak dapat ikut... semua itu hanya mimipi.. dan aku tidak tahu mimpi itu membawa erti ataupun tidak......
YANG PASTI AKU SANGAT2 KECEWA DAN TERKILAN KERANA TIDAK DAPAT MENGIKUTI MEREKA.. HU...

A picture of you and the person you have been closest with the longest

Assalamualalikum.....
person that i have been closest with the logest????? hem.................................. hard to say.. coz to many of them and aku sangat2 binggung..hehehe

senang jer.. aku paling rapat dengan family ku.. hehe sejak lahir lagi.... heheheheheheheheh ;p

Monday, July 25, 2011

Day 1 - A picture of yourself with fifteen facts


1) aku suka sungai!!

2) aku benci ketam!!

3) Aku start ada boyfren.. time form 3..

4) aku suka warna putih (sebenarnya semua warna pun.. tapi putih paling2 d suka)

5) aku orang bugis!!

6) birthday ku 30 june 1992

7) aku suka makan ayam dari ikan..

8) aku suka bunga ros

9) aku nak ada iguana n singa sebagai haiwan peliharaan.. (boleh ker)

10) aku anak kacukan Malaysia n Indonesia.. heheh

11) aku peminat JED sejati.. hahaha

12) aku suka main hujan.. tapi cepat sangat sakit!!

13) dalam banyak-bayak kuih.. aku tak minat makan kuih. haha

14) aku suka buat novel...

15) Aku memang banyak cakap!!

Thursday, July 14, 2011

KU TEMPAH DIA DARI ALLAH...

SALAM....
JODOH, CINTA, DAN PERKAHWINAN.. ada yang dapat jodoh awal, ada yang lambat, dan ada yang belum jumpa2 lagi... berapa ramai orang pernah mengatakan perkataan ini
"maaf.. rasanya jodoh kita sampai di sini.."
"maaf... kita tiada jodoh"
"ala.. bukan jodoh la tu.."
dan berapa ramai orang yang menyesal dengan jodoh pasangan yang dia ada sekarang.. 
dan berapa ramai orang yang MENDERITA kerana cinta..
otak ku masih belum cukup dewasa untuk memikirkan hal-hal sedemikian..
dan aku rasa aku belum cukup byk makan garam untuk menyuarakan pendapat tentang jodoh ini..
PERINGATAN : THIS IS ONLY AN OPINION.. NOT A FACT!!
ada orang bercinta bertahun-tahun tetapi kawin dengan orang lain.. 
ada yang benci.. tapi akhirnya kawin jugak..
bagi ku, perkahwinan itu suci kerana menghalalkan sesuatu yang haram untuk disentuh..
dan mencari orang yang tepat untuk diri sendiri itu amat penting
agar tidak menyesal di kemudian hari..
dan setakat ini.. aku serahkan soal jodoh di tangan ALLAH
sebab tugas utama ku pada saat dan ketika ini ialah : MENUNTUT ILMU..
aku harap suatu hari nanti.. AKU juga dapt jodoh yang baik, yang mampu membimbing aku ke jalan ALLAH dan sekali gus dapat mengawal perangai ku yang aku sendiri tak dapat kawal...
dan yang penting.. BAKAL JODOH KU NANTI ............
"KU TEMPAH DIA DARI ALLAH SWT"
KERANA ALLAH SAJA YANG TAHU SIAPA YANG TERBAIK UNTUK KU DUNIA DAN AKHIRAT...
SEMOGA.. SESIAPA YANG MEMBACA POST INI JUGA.. akan mendapat jodoh yang terbaik untuk diri masing2...

 
 

yeeee.. hari nie aku pulang TAWAU!!

SALAM!!! ^_^
Hari nie aku pulang TAWAU.. cuti seminggu jer.. hohoho apa2 pun.. i will enjoy my holiday with my family..
tapi yang tak bestnya.. cuti.. nie .. banyak assignment.. hu.. tapi tak nak mengeluh pasal hal tu.. coz.. i'm student.. and.. itu TANGGUNGJWB KU ok.. so.. terima jerlah..
i miss my family.. even syahiran tak cuti.. tapi aku still ada kawan2 untuk d bawa enjoy2. hehehe
tapi lain la perasaan ku cuti2 nie tak ada SYAHIRAN!! (I MISS YOU)
HUHUHUHU beg dah kemas.. kelas pagi nie.. missed.. hahaha lambat bangun.. sorry SIR.. 
kelas jam 10  nanti ada hohohoh
ok la.. out dulu.. dadadadad

 I LOVE TAWAU!!!!

Sunday, July 10, 2011

OTHER SIDE OF HIM..

SALAM...
sejak akhir2 nie.. aku sangat2 gila dgn movie korea.. PLAYFUL KISS.. hehe best2!
BEAK SEUNG JO.. i love him.. soooo much.. heheh oleh disebabkan aku suka dengan dia..aku pun google la.. profile dia.. rupa2nya dia ada berlakon dalam BOYS OVER FLOWER.. Kenapalah aku tak perasan?
dah tu.. time form 5.. aku pernah cakap aku tak suka dia.. dengan satu geng aku nie.. hahah setiap drama dia ada peranan masing2 dan time boys over flower aku tak suka sangat dengan dia.. muka dia pun tak la cute sangat aku tgk.. tapi.. time dalam playful kiss .. fuhhh hati ku terpanah!! 
YA ALLAH.. comelnya dia! dengan perangai sombong tapi mau.. hahahahah 
tapi bila difikir secara logiknya.. kalau aku jumpa lelaki perangai mcm nie.. pandai tapi sombong memang aku tak suka.. hehe jgn kata nak pandang.. dan sebut nama dia pun aku tak sudi..
bagi aku, lelaki idaman ku mesti la bijak baru boleh menarik perhatian ku.. tapi kalau dibekalkan dengan perangai mcm tu.. ehhhh tak sudi aku nak cakap dgn dia.. hehehe
aku nie bukan cantik sangat pun nak memilih.. tapi itu hny pendapat ku saja.. 
oleh disebabkan dia sangat2 cute.. aku tetap suka dgn dia.. hehehehehehehhehe
(senyum sampai ke telinga dah aku nie) dah dah 6 kali aku tgk drama nie.. hehehehhe tak bosan sampai bila2.. (bosan gak nanti tu.. tapi sekarang nie.. masih lagi angau) hehehe



adehhh comelnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

5 HARI yang sangat TERUK!!

SALAM...
5 hari kebelakangan nie.. aku jatuh sakit.. nie semua pasal ketam!! huhuhu sebenarnya bukan salah ketam tu 100%, aku yang mengada-gada p makan tu ketam.. dah tahu elergi ketam.. huhuhu
muntah-muntah gara2 makan ketam.. 
akhirnya..
aku tak pergi kelas untuk 3 hari.. rasa rugi sangat.. dalah tak dapat MC.. dah tu.. dah kira ponteng 3 hari.. sangat2 malang..
AKU DAH TAK NAK MAKAN KETAM LAGI!!!!!
Dah jerak aku makan ketam.. huhu sangat2 jerak..
tak nak dah ketam tu.. aku benci ketam!!
dah 8 tahun tak makan ketam.. ingatkan elergi tu dah hilang.. rupa2nya masih ada..
well.. dah dapat pengajaran.. so.. pandai2 la llepas nie. jgn makan ketam lagi..
padahal hari tu, aku hanya makan stick ketam.. huhuhuhu benci la ketam tu..
hari nie  pun masih lagi rasa lemah.. tapi apa boleh buat.. mesti jugak pergi kelas.. kalau tidak.. nanti tak boleh exam.."NO CLASS NO EXAM" 
huhuhu minggu nie byk test sebelum cuti seminggu..
sedihnya!!! huhuhu what should i do??? huhuh sedih....
ku serakan semuanya kepada ALLAH..

Thursday, June 30, 2011

19 years old??

salam.. today is my birthday!!! yeah!! it's to old right!! heheheh
19?? huhu last year untuk memegang status 'teen'...
TODAY IS SO MUCH FUN! FIRST TIME sambut birthday di kampus.. heheh sangat2 hebat.. 
nest enty aku bagi masuk gambar2 time sambut b'DAY ar.. hehe bye2..
penat!!

Monday, June 27, 2011

Endak KU faham... =_=''

SALAM..
endak la ku faham.. mengapa seseorang itu berubah kerana tiada sebab yang munasabah...
aku rasa besikap seperti ini sangat kebudak-budakkan.. tak tau la aku. kenapa orang sangup buat hal mcm nie.. aku sungguh tak faham.. sangat2 tak faham.. 
kalau aku ada buat salah.. aku minta maaf.. umur ku tak lama lagi 19.. kita dah boleh fikir bha.. dah boleh berbincang bagus2.. bukan mcm budak2 4 tahun.. terus mau memulau kawan.. sangat2 tidak berpuas hati!!
pening.. sangat2 pening.. huhuhuhu

Monday, June 20, 2011

Sejak BILA aku jadi peminat KOREA???

SALAM....
dah teruk nie.. sejak bila aku nie jadi peminat korea?? hahah lucu la.. time sekolah menengah dulu tak pernah2nya aku minat korea.. dah masuk alam universiti nie... kau dah pandai nak tgk2 movie korea.. dan sekarang aku dah jadi ketagih.. dgr lagu korea la.. teruk...teruk..
nie semua angkara kawan2 kampus.. 
aku tak nak la terlalu ketagih dgn korea2 nie.. sekadar gembira2 jak boleh la. jgn sampai nak ketagih ek.. sengsara negara kalau aku dah ketagih. .heheh ;P

Sunday, June 19, 2011

Rasanya AKU lebih sesuai SINGLE..

Assalamualaikum.......... salam mesra.. dan salam hari ahad..
topik hari ini ialah SINGLE @ SOLO.. 
sebenarnya tak semua orang nie sesuai ada kekasih... betul tak????
rasanyalah...org mcm aku nie.. pun sebenarnya tak sesuai ada kekasih..
mcm masalah ku dalam dunia nie semua pun pasal cinta... ai pening kepala ku o...
entahlah.. bagus lagi aku solo2.. kan.....

Thursday, June 16, 2011

Aku tak boleh nak "MASUK"

Salam 1 Malaysia... 
well... sem 2 nie betul-betul mencabar.. di mana aku sendiri tak faham~.~.~.~.~.~

kawan-kawan pun mcm apa jak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

JIWA Ku yang TERLUKa

SALAM!!!!!!!

Buhhhhhhhhhhhhhhh jiwa ku luka lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! hahahaahaha lucu la pulak..
tiba-tiba jak terus mau terluka2 nie..
well aku tak bodoh.. (siapa jugak cakap ko bodoh?)
haha binggung bha.. hahahah 
i'm in love but at the same time.. aku kecewa.
siapa peduli kan.. haha

Tuesday, June 14, 2011

NEW STYLE.. NEW SEM..

HAHAH aku dah d sem 2.. hohohoho lain pulak perasaan ku ada junior nie.. hahahahahaha
(perasannya aku.. ;p) adeh.. 
baru sem 2.. belum sem seterusnya.. hahahahahahaha apa2 pun
untuk sem nie.. mesti........... berusaha sedaya upaya!! yeah!!!!
apa2 pun.... 
gud luck to all of my fren.. semoga sem nie.. result kita gempak ar!!



Friday, June 10, 2011

it's hard for me..

it's hard for me.. to let it go.....

aku tak faham la.. sepatutnya aku dah faham dgn perangainya.. tapi kali nie.. aku kalah dalam mengawal perasaan marah yang menyelubung di hati ku... 

aku penat mau marah-marah...
dan aku penat untuk berada di situasi ini... macam mau pecah jaak kepala ku!!!!
dang!!!

hu.. =_=''

Wednesday, June 1, 2011

WAKE ME UP!!

HEEEYYYYYY

LAMANYA TAK UPDATE BLOG NIE..... HAHAHA SORRY.. BUSY WITH MY HOLIDAY!!
result exam dah ok.. dapat pointer 3.33 jer.. huhuhu not good enough.. i want 3.5 above!! 
tak pelah next sem boleh usaha lagi kan...
tak tahu nak citer apa.. hehe nanti la upload byk2 gambar yer..
da...salam..






Friday, April 29, 2011

PERANG DAH TAMAT!!!

PERANG UNTUK SEM 1 DAH HABIS...
4 SEM LAGI NIE.. HUHU
HARAP2 TIADALAH SUBJEK YANG KECUNDANG..

COZ I DO MY VERY BEST!!!

Wednesday, April 27, 2011

I'M ONE OF THE FANS!!!

HEY GUYS!!!

I JUST WANT TO SAY THAT " I LOVE TWILIGHT!!!'

NOT JUST LOVE.. BUT OBSESS WITH IT!!!!

I'M GOING NUTS & CRAZY IF I LOOK EDWARD CULLEN.. 
hahaha just to let you know how i love thE movie..

Aku dah baca novelnya.. 4 buku tu aku dah habis belajar. hahahaha just i one week!! without any sleep.. eat.. or going out from my room...

and it's END UP 

"FATIN!!!! JANGAN NAK JADI GILA, TENGOK MUKA DAH JADI ZOMBIE KAMPUNG PISANG... SEBELUM MAK BUANG BUKU-BUKU TU.. BAGUS PERGI MANDI! BERTUAH PUNYA ANAK DARA" 

YES!! my mom really2 angry about it.. (sapa tak marah kalau dah muka macam zombie... tak makan, tak tidur..) and i still remember, my face really2 like ghost!!!

sampai termimpi2 lagi tu.. hahaha GILA KAN!! well past is past.. now i'm not like that..
dah besar la.. sekarang aku dah tau bezakan baik dan buruk.. aku dah tau nak atur masa yer..

anywhere i'm going nuts when see this picture...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*






cant wait for BREAKING DAWN!!!!