Saturday, August 14, 2010

SHE IS MY MAID OR MERMAID..

“Encik...encik…” Maria mengejutkan bosnya dengan perlahan, takut kalau bosnya akan melenting. Maria menggaru2 tengkuknya, macam mana nak bangunkan En. Herddy nie.. dah banyak kali Maria cuba untuk bangunkan tapi tak jugak bangun-bangun. Sesekali Maria memandang jam tangannya, Bosnya sudah terlambat untuk meeting petang nie.. matilah, tak pasal-pasal aku yang kena nie.. rungut hati Maria.
“Encik Herddy!!!!” jerit Maria sekuat hatinya, boleh pecah gegendang telinga mendengar jeritan Maria. Dengan secepat kilat Herddy terjaga.
“em..encik dah lambat pergi meeting la…” Maria tidak berani memandang wajah Herddy yang kini memandangnya dengan pandangan yang begitu tajam.
“kalau ia pun aku ada meeting, kau janganlah jerit macam pontianak nak beranak!! Aku tampar nanti baru kau tau!!” jerkah Herddy sambil sibuk mencari fail yang harus di bawa.
“saya dah sediakan semuanya kat atas meja tu..” Maria menjuih kan bibirnya kearah meja kecil di hujung pejabat Herddy. Pantas sahaja lelaki itu menyambarnya dan meninggalkan biliknya.
Maria mengeluh, entah sampai bila bosnya akan berubah. Malam berfoya-foya, pagi di tempat kerja tidur… hu… “nasib badan kau la Maria… dapat bos macam begitu..” Maria tersenyum sendiri mengenangkan bosnya. Orangnya kacak, anak orang kaya, berjaya lagi tu tapi… kesian… tak terurus.


“mama… malam nie… Diddy tidur kat sini, boleh tak?” Pn. Subaidah memandang anaknya hairan, mimpi apa tiba-tiba nak tidur kat sini.
“kenapa tiba-tiba nak tidur kat rumah mama? Kan Diddy ada rumah sendiri.” Herddy menggaru-garu kepalanya, tak tahu hendak bagi alasan apa, kalau dia jujur sekali pun… pasti kena bebel.
“tak de.. saja..lagipun rindu kat mama..” Pn. Subaidah ketawa, dia tahu yang anaknya berbohong.
“cakap je… yang Diddy tak tahan dengan rumah Diddy kan. Sebab rumah Diddy dah macam kapal pecah. Betul tak cakap mama nie?” Herddy tersengih-sengih sendiri, dia terlalu sibuk untuk menguruskan kerjanya dan kehidupannya, hinggakan rumahnya boleh dijadikan tempat tikus bersarang.
“apalah Diddy nie… rumah cantik, besar…tapi kotor, apa nie.. mama suruh ambik orang gaji tak nak.” Pn. Subaidah pun binggung dengan kelakuaan anaknya.
“bukan tak nak.. Cuma Diddy tak percaya, nanti banyak kes lagi, pembantu mencuri la apalah… Diddy tak suka lah.” Itu sahaja alasan yang diberikan oleh Herddy pada Pn. Subaidah.
“kalau mama yang carikan Diddy percaya tak dengan pembantu mama tu?” Pn. Subaidah menduga. Herddy mengusap-usap dagunya… hu.. kalau dia menolak sampai bila rumahnya akan bersih, kalau dia terima nanti lain jadinya.. tapi…
“terserah pada mama je lah… Diddy tak kisah yang penting rumah Diddy bersih.” Herddy nekad yang dia akan terima sesiapa sahaja yang akan menjadi pembantu rumahnya.
“ok.” Pn. Subaidah tersenyum suka kerana cadangannya diterima Herddy.


Hari ini hari ahad, Herddy tidak bekerja lagipun hari ini mamanya akan membawa pembantu rumah. Herddy sedang asyik menonton tv, tiba-tiba pintu rumahnya di ketuk.
“sekejap!!” jerit Herddy sambil berlari-lari menuju ke depan pintu, sebaik sahaja Herddy membuka pintu…mata Herddy bagaikan hendak terkeluar memandang kelibat manusia yang ada di hadapannya.
Telefon bimbitnya berbunyi, Herddy menyambutnya sambil matanya masih tertumpu pada kelibat manusia yang ada di hadapannya.
“Diddy, ada tak pembantu rumah tu datang?”
“mama pasti ke ini pembantu rumah Diddy?” Herddy masih ragu-ragu, adakah mamanya cuba untuk bergurau atau apa?? Dia tak tahu..
“betul la.. nama dia Alisyah. Mama ada hal..k…” talian terputus…
Herddy menelan air liurnya, oh My God!! She is my maid or mermaid??

Kelibat manusia yang ada di hadapannya betul-betul cantik, Herddy terpanah, dengan rambut yang panjang sampai ke pinggang dan beralun, mata yang bundar, kulit yang putih, alis yang hitam dan tebal, hidung yang comel macam nak di gigit-gigit, serta bibir yang mungil itu.. hu!!! She so beautiful like mermaid!!
“em.. masuklah..” Herddy mempelawa Alisyah masuk ke rumahnya yang bagaikan kapal pecah.
Sebaik sahaja Alisyah masuk, mulutnya ternganga… ini rumah ke.. atau tong sampah?
Melihat reaksi Alisyah, Herddy terasa di sindir, walaupun rumahnya kotor dan tak terurus tapi janganlah begitu sekali reaksinya...
“ehem!! Kalau ia pun.. tutuplah mulut tu. Nanti lalat masuk.” Tegur Herddy dengan wajah cemberut.
“maaf..” tutur Alisyah lembut..’nie rumah ke apa? matilah aku nak kerja kat sini… tercerailah badan dari nyawa…’ Alisyah mengeluh berat, di pandangnya segala seisi rumah itu yang bersepah bagaikan kapal pecah!!! Tidak!!!!

“Nie bilik kau, aku belum kemas lagi jadi kau pandai-pandai la kemas sendiri, lagipun kau kat sini memang untuk mengemas kan..” Alisyah terasa dirinya di sindir, tak guna punya lelaki…. Geramnya!! Rasa nak cekik-cekik je kau nie..nasib baik aku kerja kat sini kalau tak haram la aku nak pijak rumah macam sarang tikus nie..
“yang kau tengok-tengok aku macam nak makan je nie kenapa? Kurang senang?” Herddy tersenyum, puas rasanya dapat mengusik mermaid nie. He..he… Herddy gelak-gelak sendiri dalam hatinya. Comelnya kau nie…mcam mermaid tau, nak je aku cubit-cubit pipi kau yang gebu tu…sabar Herddy..sabar…
“tak de.. saje je nak tengok, muka hendsem, kaya, kereta besar…tapi sayang pengotor!!” Alisyah dengan berani menatap wajah Herddy yang sudah berubah menjadi merah. ‘alamak!! Aku kena sendiri… awas kau mermaid…aku kerjakan kau!’ Herddy menjeling Alisyah yang tersenyum suka kerana dapat mengenakan Herddy.
“kalau ada apa-apa bagi tau je.” Herddy keluar dari bilik Alisyah.
Pang!! sebaik sahaja kaki Herddy melangkah keluar, Alisyah dengan pantas menutup pintu biliknya. Herddy mengurut dadanya, dah gila ke budak tu tutup pintu kuat-kuat, nak aku mati terkejut agaknya!

“hello mama..” kedengaran suara Herddy di corong telefon, Pn. Subaidah tersenyum, dia sudah dapat membayangkan wajah Herddy sewaktu berjumpa dengan Alisyah, kalau boleh memang Pn. Subaidah nak Herddy dijodohkan dengan Alisyah, itupun tengok keadaan la dulu.
“ada apa nie Diddy malam-malam telefon mama kenapa?”
“em…Alisyah tu betul ke nak kerja kat rumah Diddy?” Herddy meraup rambutnya yang terjuntai di dahinya ke belakang.
“betul la..kenapa?” mama nie cakap macam tak de mood je…
“tak delah, takut je kalau kena tangkap basah. Ialah dia tu muda lagi..” Herddy tidak dapat membayangkan yang dia di tangkap basah bersama Alisyah, kemudian dia tersenyum.. he..he.. best jugak, dapat jugak aku berbini kan mermaid.
“kenapa? Diddy tak yakin pada diri sendiri ke? Takut tak boleh kawal ke?” mama nie tau-tau pulak.. ialah Alisyah tu cantik, cute, manis, semualah…
“tak delah, Cuma…tak de apalah. Oklah mama.. kalau ada apa-apa Diddy telefon mama lagi.”
“apa-apa? Apa –apa yang macam mana?” kedengaran gelak ketawa Pn. Subaidah, pantas Herddy mematikan telefon, malu bila di usik sedemikan, jujur, dia juga takut untuk membenarkan Alisyah untuk tinggal di rumahnya, ialah apa kata orang nanti. Alah… dia tu budak lagi la..

p/s: cerita nie akan bersambung... komen le yer..