Monday, June 7, 2010

Sejauh Mana KejujuraN mu

Sekali lagi aku mencoretkan kelukaan di blog ini (dah memang nama pun erti cinta luka) hu..hu.. kepercayaan.. cinta sudah pastinya memerlukan kepercayaan yang kuat.. namun bila kepercayaan itu telah di khianati berulang kali, sama la juga cinta itu tiada erti... aku tidak tahu... sejauh mana aku boleh bertahan dengan cinta tanpa kepercayaan ini..

hati ku sakit.. aku mencintainya.. tapi aku tidak boleh percaya dengan insan yang aku cintai.. perasaan yang pelik kerana kesakitan itu terasa di lubuk hati ku yang paling dalam. aku tidak tahu.. apa sebenarnya yang dia ingin kan. sewaktu aku tidak percaya...dia minta kau percaya.. setelah kepercayaan aku berikan, dia sia-siakan. mungkin inilah sifat manusia yang sebenar... meminta bila tidak d beri, dan mensia-siakan bila sudah di beri. yang sakit ialah orang yang mempercayainya...dan yang terluka ialah orang yang mencintai....

Saya K3mbali Lagi!!

aku kembali lagi setelah lama menghilangkan diri.. bukan hilang d telan bumi tapi... aku pergi PLKN la..haha PLKN tempat aku banyak belajar sesuatu yang baru. sesutu yang tak dapat aku baca dari buku.. sesuatu yang tak ada jual di mana-mana kedai. pengalaman ini sebenarnya menjadikan aku lebih matang.. lebih mengenal hidup dan ragam manusia yang selama ini aku tidak tahu.. dalam PLKN ini aku bertemu dengan orang dari pelbagai latar belakang.. aku suka jadi pemerhati dalam kem.. memerhatikan insan-insan lain... dengan telatah mereka..dengan ragam mereka sendiri. Asalnya, hati ku memberontak untuk pergi ke PLKN sebab aku tidak suka kepada peraturan yang ketat.. biasalah remaja...ingin hidup bebas. Tapi dengan akal fikiran ku yang waras, aku cuba berfikir selayaknya umur ku (18 tahun). Dari benci aku cuba untuk mencintai kem.... walaupun tidak seratus peratus.. tapi akhirnya aku berjaya la juga untuk mencintai kem.

ragam manusia.. aku sendiri tidak pasti, adakah inilah dunia yang sebenar. dimana sahabat sejati hanya akan muncul dalam 3 atau 4 orang diantara 430 pelatih dalam kem. dan yang selebihnya hanya jadi parasit!! dalam blok, seramai 28 orang... itu pun aku sudah tidak tahan melayan karenah mereka..

Aku tidak sempat menghabiskan latihan ku.. aku pulang awal..hahahah saja pulang awal.. melarikan diri dari yang sepatutnya... KEM BAGAI BUDI SANDAKAN.. TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA... GOOD BYE..