Friday, October 23, 2009

Maruah keluarga KU!

Salam satu Malaysia...


Aku tidak dapat berfikir dengan waras buat seketika... bila kenyataan itu menyapa telinga ku. terasa seperti kecilnya dunia ini... dan sesuatu yang indah di mata ku dahulu kini sudah tercemar dengan sesuatu yang pasti tidak akan hilang dari ingatan ku.. kerana mengetahui hal ini.....
Ya Allah....
Bertapa hinanya mereka yang berbuat begitu.. dan yang paling teruk... rumah dimana membawa seribu satu kebahagian ku kini sudah tercemar dengan peristiwa itu.. hu.. sungguh keji!! ingin ku hina.. tapi siapa aku untuk menghukum mereka.. dan sudah yakin kah aku bahawa.. aku pasti akan tumbuh menjadi insan yang sempurna.... aku dalam ketakutan.. takut menjadi dewasa.. dan takut menerima kenyataan perit ini..
Ya Allah pimpin la Hambu Mu ini.. sungguhnya.. aku tidak mahu menjadi seperti mereka yang hanyut dalam gelora dunia yang membinasakan ini..
Bila aku mendengar cerita orang lain.. hati ku tidak terdetik insaf.. tetapi bila perkara itu sudah terjadi di rumah yang ku anggap syurga itu.. aku takut.. tubuh ku menggigil... takut... dan takut... hanya itu mampu ku ucapkan..
seandainya penghuni tua itu masih hidup.. akan terjadikah perkara sebegini di rumah itu... ah!!!! aku benci!! tidak suka dengan perkabaran yang ku dengar.. aku rasa seperti maruah keluarga ku di pijak-pijak.. di ludah... dan di caci... hu.. berat sungguh bagi ku...
Mengapa insan itu harus megotorkan rumah syurga ku itu.... benci! dan bila aku pulang ke sana satu hari nanti... akan bahagiakah isi rumah itu.. setelah kejadian itu... hu..... kembalikan RUMAH ARWAH ATUK KU!! aku... saat ini menangis... mana maruah keluarga ku.... mana.......
mulai saat ini.. aku akan perjuangkan maruah keluarga ku.. ya.. aku janji ATUK!! aku berjanji.............. tiada siapa akan dapat memijak maruah keluarga ku lagi.. tiada sesiapa selagi aku masih bernafas.. Ya Allah lindungi la Hamba Mu ini.........

Wednesday, October 14, 2009

H@rgAI Aku SEkali Shaj@

Ucapan cinta.... sentiasa meniti di bibirnya.. sentiasa diucapkan pada ku.. tapi, mengapa terlalu banyak perkara yang disembunyikan daripada ku.. mengapa??? tidak pentingkah aku dalam hidupnya.. inilah erti cinta luka.. luka di hati yang sentiasa ada, dan tidak pernah akan berhenti membuat aku menangis..


aku termengu seketika, melihat sekelilingku... aku tidak meminta lebih. hanya meminta dia menghargai kau sebagai kekasihnya, sungguh aku tidak bisa berjuang mempertahankan dirinya.. sekurang-kurangnya aku tahu yang aku amat bermakna baginya..


Sungguh aku letih Ya Allah... letih mencintai insan yang tidak pernah menganggap aku penting pada dirinya... indahnya kehidupan yang Engkau kurniakan pada ku, tapi dengan perasaan luka di hati ku ini, aku jadi insan yang buta.. dan hanya memandang pintu kesedihan dan kesakitan itu terlalu lama.. hinggakan aku lupa.. ada insan lain yang terluka dengan sikap ku ini..


Namun apa yang harus aku buat?? bagaimana untuk menerima hakikat yang cinta ini hanya membawa seribu kelukaan dan.. menerima hakikat.. bahawa dia tidak mencintai ku.. seperti aku cinta padanya..


Terima sahaja wahai gadis... dia bukan untuk mu!! ah!!! beratnya kenyataan ini.... berat!! aku mencintai dia.. aku mencintai dia.... aku mencintai dia...


kalau kau mencintai dia... dia tidak mencintai mu... lupakan dia. .masih banyak cinta lain di luar sana untuk mu gadis..


aku sedar.. kenyataan ini yang tidak boleh aku... terima.. dan mungkin kah aku akan terus dalam kesedihan ini.. menulis setiap coretan luka hanya di blog erti cinta luka ini... aku tidak pasti..



INILAH, SALAH SATU PERSOALAN ERTI CINTA LUKA YANG DAPAT AKU FIKIRKAN.. BAYANGKAN.. ANDA JADI GADIS.. APA YANG AKAN ADA LAKUKAN....??? BERITAHU C GADIS...


CINTA ITU AMAT MENYAKITKAN BILA TIDAK DIHARGAI!!

Thursday, October 8, 2009

WHEN LOVE IS GONE

ALAMAK!!!

Kenapa cinta harus dilukai. sekali lagi aku tersungkur dalam permainan perasaan ini. mengapa setiap kali aku hendak percaya bahawa dia milik ku.. dia semakin jauh dan pertengkaran itu selalu muncul antara kami. aku binggung.. dan dalam blog ini aku hamburkan semua keluh kesah yang bersarang dihati ku..

aku mencintai mu, setinggi langit... dan aku berdoa apa Yang Maha Esa.. agar kau di ciptakan untuk ku dunia dan akhirat.. aku amat mencintai mu.. dan sanggup buat apa sahaja asal kau bahagia.. tapi tak nampak kah dikau bagaimana aku mencintai ku.. bagai mana aku menjaga perasaan mu... hu... wahai kekasih.. begitu berat ku menguji kesetiaan ku dengan bermain curang di belakang ku...

hu... hati ku hampa, bak kaca jatuh ke batu... hancur berderai perasaan ku... semoga kau bahagia..