Saturday, September 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada semua umat islam yang berada di seluruh dunia.. maaf zahir dan batin... ampun maaf dipinta...

Wednesday, September 9, 2009

mAAF k@N AKU!!

SALAM,


tadi trial SPM paper BM 1 n 2, minggigil tangan melulis tanpa henti.. bukan main karangan berjela..jela..hu..hu.. penat la.. o ya... cian kat kawan aku yang sorang nie.. dia nie cina, nama dia Lee bong king, he love to sing and have his own album... dia memang hebat!! lagu cipta sendiri.. lau you all g youtube cari jer william, ada kot.. rasanya...


(ok, citanya macam nie)


time rehat. all the muslim student at the class, aku tengah syok membaca, tiba-tiba budak lelaki gelak besar, aku pun tengok la ada apa... ada satu orang kawan aku, nama dia Yazin, dia gelak macam nak gila.. siap buat gaya ala-ala sotong.. aku turut join gelak.. lucu tu memang lucu... tapi bila aku perhatikan, rupanya dorang gelak tu sebab tengah kutuk c william.. aku terus berhenti ketawa. aku serba salah!! Ya Allah, aku tumpang ketawakan orang ker nie.. actually aku tak tahu pun dorang ketawakan sebab apa.. aku ikut2 jer.. time aku tgk kat muka c william..hu.. dah lain berubah habis.. sebab dia tgk aku pun gelak, mungkin dia sangka aku gelak kan dia.. then dia pun berlalu. aku diam!! takut sangat sebab mengguris perasaan budak tu...


sampai jawap paper tadi pun aku sempat fikir lagi.. cian kat dia... tapi... hu..ia aku mengaku aku salah.. sebab tu aku tulis kat blog nie.. agar semua orang tahu aku nak minta maaf kat William... i'm so sorry!!! maafkan saya.... aku dah serik dan insaf.. next time aku tak nak gelak2 sembarangan dah.. aku akan pastikan yang kawan2 lain tak mengutuk siapa2 baru la aku gelak.... hu..hu.. serba salah o.......... hu.....


AKU AKAN MINTA MAAF BERAPA BANYAK SEKALI PUN ASALKAN DIA SANGGUP MAAFKAN AKU..... HU..HU...


Tuesday, September 8, 2009

Senyum Tu SEdekah tau..

Salam Ramadhan n Satu Malaysia,

Em, Ahad baru2 nie, aku pergi mengembara ke bandar nak beli set geometri untuk kegunaan exam... sekali gus nak pergi singgah kat bazar ramadhan.. berjalan la aku seorang diri menyusuri bazar ramadhan. tengok punya tengok, terasa tekak nie nak makan laksa. So mengembara la aku mencari laksa.

Aku dah dapat, Laksa penang..hu..hu.. tak sabar nak berbuka, tiba-tiba emak telefon pesan air tebu. so aku berpatah balik nak beli air tebu. tiba-tiba seorang mamat yang menjual kat tepi2 tu kata kat aku... 'cik adik, senyum tu sedekah... kalau cik adik senyum tambah manis..' aku terkedu. terkejut beruk pun ada.. ya la... tiba-tiba orang tu sergah aku macam tu. aku hentikan langkah ku kemudian memandangnya.. dengan wajah yang tak tahu malu, aku mendekatinya..

aku pun senyum tepat2 kat depan dia, dia kalut! dalam keadaan begitu aku terus cepat-cepat berlalu... pulang tu aku gelak2 sendiri... rasa lucu... lucu bila tahu rupanya wajah aku nie monyong n lucu tengok muka lelaki tu kalut semacam...ha..ha..ha.....


senyuman ikhlas

senyuman tak ikhlals (senyuman nie yang aku bagi kat lelaki tu)

Crying Girl!!

salam,

nampaknya hari ini aku mencoretkan lagi kelukaan di dada blog ini nama blog pun erti cinta luka... hu...hu...hu.... entah la... aku rasa yang aku dikhianati. tak pe, aku akan undur diri dari tempat tu... kan aku dah ada pengganti... tak pe!! aku pasrah! dia nak ambil tempat aku sila kan. aku tak kisah walau sedikit pun!!!!!!!

Monday, September 7, 2009

Erti luka Di H@ti

Entah mengapa hati ku masih terluka, walaupun kata maaf sudah aku lafazkan setulus mungkin. mungkin aku bukan manusia yang ikhlas agaknya... tapi aku cuba untuk memaafkan dia. Tapi, luka di hati ku akan tetap ada, walaupun tidak lagi berdarah, tapi ia berparut! menjadi parut yang hodoh di hatiku yang membuatkan hati ku cacat, dan senang terluka bila dia membuat kesalahan lagi...
ungkapan maaf dari bibirnya, mencoretkan seribu kelukaan di diary ku, tidak cukup itu, aku coretkannya di dalam blog ini... Dia terlalu kejam, melukakkan hati yang rapuh seperti ini. Puas sudah aku berfikir sewaras mungkin... Puas sudah aku menangis agar aku boleh melupakan kesakitan yang berdenyut di sebalik jantung ku...
Yang buat aku pelik, mengapa dia melakukan perkara yang sama berulang kali, sedangkan dia tahu aku akan terluka?????? mengapa??? pekak ka dia?? bodoh ka dia?? atau dia sengaja ingin mendera hati ku? sudah puas aku memberitahunya jangan lakukan perkara yang sama.. dia menjawab ia... tapi akhirnya... aku akan di lukai juga dan saat itu aku pasti menangis... dan tangisan ku semakin lama semakin hilang... membuatkan aku seorang yang tidak berperasaan... mungkin 2 tahun lalu dia berbuat begitu aku akan menangis teresak-esak, tapi sekarang... aku hanya buat tidak tahu dengan kesakitan di hati ku.. luka di hati ku juga tidak aku rawat atau peduli lagi... aku biarkan sahaja... dan jalani hidup seperti biasa. mungkin kesakitan dan kelukaan sudah sebati dalam hidup ku... mungkin juga.. aku tidak tahu...
Aku sepatutnya mengucapkan terima kasih padanya, kerana menjadikan aku wanita yang tabah. kalau satu hari nanti aku di lukakkan dengan teruk, pasti aku mampu bertahan kerana kelukaan yang dia berikan berulang kali sudah mengajar aku erti luka di hati.. ia...erti luka di hati.... terlalu menyedihkan, tapi itu hakikat yang harus aku terima.
Aku terima andai dia jodoh ku, dan andai takdir ku untuk terus disakiti oleh dirinya.... entah, masih ada rasa sayang kah dalam hati ku untuk dirinya. Dan mungkin andai dia ingin mengundurkan dirinya dan pergi bersama wanita itu.. aku mungkin akan tersenyum kerana... kebenaran sudah terungkap.... betul tu, kebenaran yang dia sebenarnya ingin bersama insan lain yang selama ini disembunyikan dari ku. walaupun hakikatnya aku tahu itu...
Tapi sekarang aku hanya akan berbuat tidak tahu, dan menunggu masa..... dia membuang aku dari hidupnya....... dan kenangan kami akan ku simpan dalam lipatan hati ku yang paling dalam..... dan tidak mungkin aku berani untuk membukannya kembali.... love with pain is such a lovely love... mungkin.... just see and wait!
Tapi aku tidak akan hidup dalam kesedihan, kerana Hiudp yang Tuhan bagi ini terlalu indah... dan aku Yakin, Satu saat........ akan ada bahagia muncul dalam hidup ku selamanya... aku yakin itu.. Insyaallah....
-

Saturday, September 5, 2009

Instilation Night!!

Assalamualaikum, salam satu Malaysia.

Tidak aku sangka, ternyata umur ku dah 17 tahun, terasa masa terlalu pantas membuatkan aku masih terkapai-kapai mencari arah hidup. Pada tanggal 1 ogos 09 nie, sekolah kami menganjurkan satu parti khas terutamanya untuk form 5. Aku terasa ingin pergi, bukan hendak berbuat yang bukan-bukan cukup untuk mengutip kenangan sempena tahun terakhir.

Aku takut untuk memberitahu emak dan ayah, takut mereka akan memarahi ku. Tapi sewaktu aku tanya, mereka tersenyum dan membenarkan aku pergi!! Aku terkejtu, acara itu pada sebelah malam dan emak dan ayah langsung tak marah, dulu time form 1 nak pergi bandar dengan kawan pun susah nie acara sebelah malam ayah dan emak langsung tak marah. aku tanya mengapa tak marah, mereka menjawab

'Fatin dah besar, dah 17 tahun, kepercayaan emak dan ayah dah bagi.. tapi pergi dan pulang masih ayah yang hantar. ok'

aku tersenyum riang, entah mengapa kepercayaan yang ayah dan emak berikan ku rasakan seperti satu amanah kepada ku yang akan ku jaga bagus-bagus...

malam tu, ramai orang yang datang tapi untuk satu kelas ku, hanya aku seorang sahaja bagi pihak perempuan yang hadir, em..kami sekelas perempuan ada 10 orang.. sembilan orang lagi tu.. aku tak tahu. mungkin ibu bapa mereka tidak benarkan. walaupun ada sedikit rasa gusar di hati ku, tapi aku yakin aku boleh lalui perkara baru ini dalam hidup ku. aku akan cuba belajar berdikari.

Di King Park hotel, acara itu bermula.... aku sampai tepat pukul 7 malam bersama dengan baju kurung warna ungu (acara tu mesti berpakain formal) baju kurung kan formal.. he.he.. aku main belasah jer.. bila sampai kat tingkat 1. aku terkejut dengan pemandangan yang terasanya asing, pelajar perempuan yang biasanya bertudung kat sekolah, kini tidak bertudung, malah mengenakan dress bertali halus, cukup seksi dan hot!! aku terkedu... hanya aku dan seorang pelajar tingkatan 4 yang masih kekal dengan imej bertudung dan sopan, aku cuba untuk jadi sporting.. dan aku buat-buat tak tengok..

acara berlangsung dan aku masih jadi pemerhati. bila tamu VIP dah keluar dari dewan tu, para pelajar mula mengambil alih acara, Cikgu kami (perempuan, penganjur) hanya memerhati gelagat mereka. aktivitinya mula jadi huru hara.. muzik yang bukan-bukan mula terpasang, terdapat pelajar perempuan dan lelaki yang menari bagaikan ini adalah club malam. aku menggeleng kepala.. pening.. pening... aku terkejut, seseorang pelajar lelaki memadamkan lampu. habis gelap! aku panik seketika!! lantas aku berdiri dan menghidupkannya semula. mereka yang sedang asyik menari turut berhenti memandang ku. Mereka menyuruh aku memadamnya kembali tapi aku menggeleng, mereka terus menari tanpa menghiraukan apa-apa. aku terasa begitu malu...malu sebagai seorang muslim dan seorang perempuan! aku terus keluar dari dewan itu. dan pulang...

di rumah.. ayah dan emak bertanyakan hal itu kepada ku, aku diam. entah nak kata apa.. tiada satu pun daripadanya menarik dan harus diceritakan kecuali makanannya..(enak la juga..)

Malam tu aku sebelum aku tidur.. aku sempat berfikir, bagaimanakah kehidupan ku dewasa kelak??? adakah aku mampu menahan godaan seperti tadi dan adakah aku boleh kekal dengan imej bertudung dan sopan ini?? bolehkah aku terus hidup dengan nilai-nilai dan ajaran agama ku?? aku tidak punya jawapannya sekarang.. aku terus tidur, dengan harapan dewasa kelak aku mampu berdiri menjadi insan dan wanita berjaya dunia dan akhirat.... amin...

gambar sekelas kami time instilation night..



kenanangan bersama kawan memang manis.. tapi... kenangan 'itu' hu..hu.... entah apa rasanya...

Thursday, September 3, 2009

Benarkah???

Benarkah cinta itu bagaikan gula-gula getah? manis untuk seketika dan bila dah lama ia jadi pahit?? aku tertanya sendiri... dalam kebinggungan aku mencari jawapannya. Bercinta dan berkasih... tapi akhirnya.. aku dapat jawapannya, terlalu sukar rupanya untuk bercinta, dan aku percaya... cinta benar-benar seperti gula-gula getah.. manis untuk seketika, dan bila dah lama ia jadi pahit dan akhirnya diluahkan keluar... begitulah cinta yang aku alami.. menyedihkan, tapi itulah hakikatnya...